CHAPTER 36

58 6 0
                                    

Aku terasa seperti diikat kemas di tangan dan kaki. Aku juga tak tahu aku di mana. Rumah usang yang seakan-akan aku kenal. Oh ya, aku terjumpa Liam dan entah macam mana aku boleh sampai ke sini. Tapi sekarang ni..dimana Ender..?

Mulutku di tampal menggunakan pita pelekat hitam yang kuat. Buatnya, aku tak dapat menjerit. Nasib baik dia tak tutup mata. Jadi dapatlah aku melihat sekeliling bagi mencari Ender. Rumah usang itu malap di malam hari. Kelibat Ender pun sukar untuk dicari.

Dalam hati, aku tak putus-putus berdoa supaya Allah tunjukkan dimana Ender berada. Walaupun dia dah jadi suami aku, tak bermakna dia bukan lagi bodyguard aku.

Tapak kasut berbunyi seperti berjalan ke arahku. Tubuhnya yang tegap dan berbaju serba hitam. Aku tahu itu Liam.

"Aku ingatkan kau dah mati. Tapi tak sangka hidup lagi. Nampaknya, Damian tak jalankan tugas yang aku bagi. Mungkin kali ni, peluang terbaik aku untuk tamatkan riwayat hidup kau" Liam mengeluarkan pisau.

Semakin rapat dia berjalan ke arahku, semakin aku meronta-ronta ingin melepaskan diri. Tubuhku berpeluh. Terasa seperti sudah diseksa olehnya ketika pengsan. Pisau itu dihalakan ke mukaku. Hujung pisau yang tajam menikam itu cukup membuat aku menggigil.

"Kenapa? Takut? Hahaha! Kesian kau. Mana pergi lelaki kononnya sejati yang jaga kau tu?" Pisau diacukan lagi ke mukaku. Nampak sangat dia ni sengaja! Kemudian pisau itu diangkat lagi sekali.

"Damian dah mati. Jadi, kau sebagai isteri dia, kau ikutlah dia mati sekali. Barulah sweet, kan?" Ujarnya lagi. Liam mula menarik pita pelekat hitam yang kuat itu. Buatnya, mulut aku terasa perit sehingga memerah.

"Bagitau aku mana Ender!" Jeritku sebaik saja pita pelekat itu ditanggalkan. Liam langsung tak peduli tentang apa yang aku katakan. Dia semakin mengacukan pisau ke mukaku.

"Jangan ingat aku takut dengan senjata kau tu. Apa kau nak dari aku? Apa yang kau tak puas hati lagi?!"

"Apa aku nak? Aku nak kau mati ikut Damian tu je. Lepas tu, bapak kau pun aku nak dia mati ikut anak dia ni"

Aku memandang dengan bengis. Sudahlah bunuh mama. Sekarang dia target aku dan papa? Aku takkan biarkan benda tu berlaku.

"Kalau nak bunuh bapak aku, kenapa tak buat? Takut? Takut tak dapat lawan kehebatan dia? Oh ya kau ada pisau je nak dibandingkan dengan dia yang ada pistol"

PANG! muka aku ditampar.

"Hoi, betina. Baik kau diam sebelum aku cucuk kau dengan pisau ni.."

Liam menarik tudung aku hingga senget. Selepas itu mencuba untuk menariknya daripada kepala aku.

"Apa kau ni?! Dah gila ke?!"

Dia terus menarik hingga sampai ke hujung.

"Janganlah!!"

PANG! Aku ditampar buat kali kedua. Kali ni datang dengan pakej menendang di bahagian perut. Aku dah tak terdaya lagi. Tudung dah ditarik habis hingga menampakkan segala aurat kepalaku.

"Bising betullah kau ni. Apa benda atas kepala kau ni? Mengarut je nak pakai"

Tudung aku dibuang ke dalam semak. Lelaki tak guna ni..aku harap dia akan dapat balasan satu hari nanti. Tunggulah balasannya, Liam. Kau akan menyesal.

"Mana kau pergi? Aku nak balik! Nak balik!! Lepaskan aku!"

Di sebalik sudut, aku nampak sesuatu yang mengejutkan. Liam membakar sedikit hujung pisau tersebut sebelum kembali ke arahku. Pisau tersebut mula diacukan ke arahku lagi. Tetapi kali ni di bahagian perut. Dia mula untuk menikam.

"Arghh!!"

"Shh. Kau diam boleh tak? Kau tak nak jumpa suami kau kat syurga ke? Baik kau diam sebelum aku tikam muka kau"

Aku mulai menggigil. Mengeluarkan bunyi-bunyi kecil yang menandakan aku berada dalam ketakutan.

"AKU KATA DIAM!!"

"ARGH!!"

Kaki kiri aku ditikam olehnya. Bahagian hujung pisau yang tajam dibakar itu, cukup buatkan aku rasa seperti hendak menangis. Saat-saat dia mengeluarkan pisau tersebut daripada kulit kakiku, aku nampak hirisan yang mulai melecur dan berdarah.

Pisau itu diangkat lagi bagi menikam ke bahagian perut pula.

PANG! bunyi pistol kedengaran. Tembakan yang dilepaskan tepat kena di bahagian perut Liam. Padan muka. Tadi nak sangat tikam perut aku. Sekarang rasakan dengan peluru pula. Aku harap kau mampus kat situ.

"Sayang! Sayang okey tak? Sayang tolonglah buka mata! Jangan pejam mata okey? Tengok abang sekarang! Tengok abang!!" Ender tiba. Terus dia mengangkat kepalaku ke atas ribanya. Pistolnya diletakkan di tepi. Liam juga sudah lunyai dikerjakan oleh Ender.

Tubuhku digoncang kuat disuruh sedar. Tapi apa yang aku lihat hanyalah dunia yang samar-samar. Ada air mata menitis di atas pipiku. Ender memeluk tubuhku dengan erat sambil melepaskan jeritan.

...

"Sayang. Sayang, bangunlah. Mia Miciela. Isteri abang. Tolonglah bangun. Tak sanggup abang tengok isteri abang macam ni.."

Suara rintihan yang aku kenal. Dia menggenggam tanganku dan tak mahu dilepaskan. Kaki masih terasa perit dek pisau panas yang menikam.

"Mana Liam? Dia dah mati ke?" Sebaik saja aku bersuara, Ender lantas memeluk tubuhku dengan erat. Tangisan masih lagi didengar. Aku tak percaya yang Ender ni boleh menangis sekuat ini. Rasa terharu pula.

"Abang? Janganlah sedih. Mia tak matilah" aku senyum kelat. Walaupun dia berjaya selamatkan aku daripada detik-detik terakhir, entah kenapa aku rasa marah kepadanya. Aku tak tahu ke mana dia pergi sebelum tu.

"Liam tak mati lagi. Tapi dia larikan diri. Abang tak tahu nak kata apa lagi. Abang stres disebabkan dia" Ender mengeluh.

"Mana abang pergi sebelum ni? Mia call tak angkat. Abang pergi mana? Balik pun lambat" suaraku berubah dingin. Mestilah aku marah kalau balik lambat tak bagitahu.

Ender hanya diam. Ha..ni memang nak bagi aku naik angin kat hospital ni. Kalau aku dah naik angin, orang koma yang dah setahun pun boleh terjaga.

"Abang ni kenapa? Tak reti nak jawab soalan Mia?!"

"Mia.. abang minta maaf. Abang sibuk sangat"

"Abang sibuk apa? Takkanlah sampai tak balik sehari suntuk? Ke abang ada buat apa-apa kat belakang Mia? Abang jangan berani nak sorokkan apa-apa dari Mia!"

Tangan yang digenggam olehnya aku tarik. Pelukan yang tadinya menunjukkan kasih sayang, aku lepaskan. Air mata terasa seperti mahu mengalir tapi digagahkan diri supaya kawal ekspresi.

"Suka hati abanglah nak bagi alasan apa. Jangan dekat dengan Mia lagi. Pergi balik" aku kembali baring. Mula untuk menutup mata. Lebih baik tidur daripada hadap muka dia. Mana tahu kalau dapat mimpi jumpa mama.

"Abang tak sorok apa-apa pun, sayang. Percayalah. Ada sebab kenapa abang balik lambat. Abang pergi jumpa papa" ujarnya. Mataku yang tadinya tutup, sekarang terbeliak. Tak mungkin.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now