"Again, I'm so sorry, Mia"
Ender merasa bersalah lagi. Di mukanya terpampang kekecewaan dan kesedihan. Sudah beribu kali dia meminta maaf.
"Dah lah tu. Abang rehatlah. Tak perlu minta maaf lagi. Mia faham dan Mia tak kisah" Ujarku secara jujur. Benar aku tak kisah jikalau dia meminta maaf beribu kali pun, aku tetap akan maafkan.
"I have plan" Ender bangun daripada perbaringan.
"Plan apa?" Soalku penuh tanda tanya. Aku nampak hujung bibir Ender terangkat sedikit tanda dia tersengih penuh makna.
"Ikut abang"
Aku mengikuti langkah Ender. Nampaknya ada banyak bilik yang aku tak pernah buka lagi di rumahnya itu. Dan..sekali lagi terdapat lorong yang gelap di bawah tanah rumah Ender. Tempat yang aku tak pernah jejak.
Pintu bilik di lorong bawah tanah dibuka. Mata aku menjadi terbeliak dengan suasana di dalam bilik itu. Terdapat Boxing dan peralatan gym milik Ender sendiri. Ada juga tempat bertinju seperti atlet MMA selalu guna untuk berlawan.
"Apa kita nak buat kat sini..? Bertinju? Tapi Mia tak pandai. Lagi satu, kaki tak baik lagi"
Ender sengih dan ketawa. Apa pula yang kelakar? Betullah apa aku kata. Ada juga nanti kaki ni patah gara-gara bergusti dengan dia.
"Hilarious. Abang dah agak mesti Mia akan tanya dan jawab macam tu. Well, abang nak tunjuk kat Mia skill abang. Lepas tu, Mia kena ikut perlahan-lahan. Don't worry. We will start with the basic way first"
Ender mula membalut kedua-dua tangannya dengan pembalut untuk meninju. Bajunya pula ditanggalkan dan sekali lagi menunjukkan abs dan biceps nya yang banyak zat. Aku pun apa lagi? Tersenyum saja.
"Come here and stand beside me"
"Abang janganlah pukul Mia. Takutlah"
Lihat gaya pun dah macam gangster yang sedang menunggu musuhnya. Dari tangannya yang besar itu, aku tahu tumbukan nya pasti kuat dan sakit. Berbeza dengan tangan aku yang hanya kecil dan panjang macam lidi ni.
"Don't worry. Takkanlah abang nak pukul isteri abang kut? Cepat sini"
Aku mendekatinya. Gaya Ender yang mula seperti hendak bergusti itu cukup buat aku menggigil. Ender mula menunjukkan cara-cara menumbuk dengan betul. Tapi hakikatnya, aku gagal mengikuti dan dia mendenda aku untuk tekan tubi sebanyak 20 kali. Jangankan 20, 10 pun aku tak larat!
"What's wrong? Macam ni lah kalau badan tak rajin bersenam. Nak buat tekan tubi pun terkial-kial"
Cis! Berani dia kutuk aku. Siaplah dia kalau aku dah berlatih dengan betul. Akhirnya, badan aku terus terbaring di lantai. Muka penuh pasrah.
"Dah! Mia tak larat lagi. Take five?" Aku membuat muka manja minta kasihan. Tapi Ender menggeleng. Aku pula menjeling.
"You know? This is important for your safety. Kalau abang tak sempat nak tolong Mia dalam bahaya, Mia dah ada asas untuk pertahankan diri. So, no need to be worry"
Daripada menjeling, mataku bertukar menjadi bersinar-sinar. Ya lah. Siapa je yang tak tersentuh hati kalau suami betul-betul caring and protective dengan kita?
Aku melihat badannya yang basah dengan peluh. Rambutnya juga basah dan disikat menggunakan tangannya. Entah kenapa aku rasa seperti tak percaya dia ni suami aku.
"Tengok apa?"
"Oh tak. Tu hah tengah tengok cicak kat dinding. Warna merah"
Erk? Mia apa kau merepek ni! Aku menepuk dahi sendiri. Aduh nak menipu pun tak bijak! Aku nampak Ender melihat sekeliling mencari cicak yang aku sebutkan itu. Sekali lagi, aku rasa malu tahap dewa.
"Are you serious ada cicak warna merah? Tapi apa yang abang nampak bukan cicak merah. Tapi muka tu yang merah. Apa pasal?"
Ah alamak! Kantoi pula! Muka aku merah ke? Takkanlah pula. Aku cuba kawal ekspresi aku kot? Dia ni bijak betul baca reaksi orang.
"Oh tak adalah. Cuma selsema sikit je. Tu yang muka warna merah. Eh kita dah selesai berlatih kan? Kalau macam tu Mia nak ke bilik mandi dulu. Assalamualaikum"
Apa aku buat ni? Kenapa nampak macam kasual sangat? Apa-apa lah yang penting aku mesti cepat pergi dari sini. Risau pula jadi benda lain nanti. Lagipun, aku dah penat berlatih dengan tekan tubi aje. Itu pun dah cukup buatkan perut berkeroncong.
"No. Siapa kata dah siap? We not done yet"
Aku ternganga.
"Tapi Mia dah lapar lah bang. Nak makan" sekali lagi buat muka kasihan sebab tadi tak menjadi. Aku harap kali ni dia faham dengan sedikit lakonan konon-konon sakit perut.
"Tunggu sini. Biar abang ambilkan makanan. Jangan pergi mana-mana"
Aku angguk dan sebaik saja Ender beredar, aku hanya duduk di kawasan lapang tempat bergusti itu. Tiba-tiba terdengar ada satu susuk tubuh yang berjalan masuk ke bilik.
Seorang lelaki memakai pakaian lengkap seperti hendak bergusti. Dia memandang aku dengan pelik. Muka dia juga tak seperti orang Malaysia. Aku syak dia ni mesti orang luar negara Eropah. Dia meletakkan beg nya di atas kerusi berdekatan dan memakai alatan kelengkapan sebagai persediaan.
Dia mula membuka bajunya. Nampak dengan terang benderang badannya yang sado itu. Automatik aku menoleh ke tempat lain. Aduhai dia ni! Kenapa buka baju kat sini juga? Tak nampak ke aku ni Muslim? Kemudian barulah susuk Ender tiba dengan bungkusan nasi goreng.
"Abang kenal tak siapa dia ni? Main masuk je lepas tu buka baju" bisik aku kepadanya. Ender ketawa besar.
"Mia, ni kawan sekerja abang. Dia bodyguard papa juga. Nama dia Lycus Weylyn. Asal dari Rusia dan dia teman papa sementara papa duduk Malaysia sekarang ni. Abang ajak dia untuk bergusti dengan abang sebab nak tunjuk kat Mia "
Aku mencebik. Namun hanya seketika saja. Dalam masa yang sama, aku kagum dengan Ender. Mungkin dia dah biasa bergusti dengan kawannya. Aku tahu bahagian belakangnya itu belum sembuh sepenuhnya. Tapi apa yang aku nampak, Ender gigih untuk melatih aku supaya tahu melindungi diri sendiri saat dia tiada.
Mereka bercakap bahasa Rusia. Dan lagi sekali lah, aku tak faham apa-apa. Lantaklah. Mungkin mereka berbincang tentang apa yang nak dilakukan semasa gusti. Nasi goreng yang diberikan aku mula menyuap ke mulut. Masa untuk saksikan persembahan percuma.
Lycus dan Ender berdiri di permukaan gusti sambil melihat dengan tajam sesama sendiri. Risau pula sekejap lagi bakal menjadi pergaduhan terbesar. Suapan makanan aku terhenti sebaik saja mereka tiba-tiba bergelut. Ha sudah. Aku sudahlah tak faham bahasa Rusia. Mana lah tahu mereka bergaduh mulut dan bergelut. Pergerakan yang tangkas membuatkan aku sukar menghentikan mereka.
YOU ARE READING
ENEMY OR HUSBAND?
RomanceSiapakah lelaki disebalik topeng itu? Topeng dibuka. Muka tampan itu, cukup kukenal. Tak lain tak bukan, itu adalah dia. Matanya yang cantik, hidungnya yang mancung, mulutnya merah. Apa yang penting baunya menjadi aura pertama. Dia ialah... Lelaki...