"Sayang. Bangun. Dah subuh. Jom solat sama-sama"
Aku kekal di katil tak bergerak. Entah kenapa sukar untuk aku bangun. Bukannya malas tapi aku rasa seperti perut aku sakit tak terhingga. Mungkin aku sedang mengalami kitaran haid?
"Mia. Kenapa ni? Jom lah nanti lambat!" Tegas Ender. Tapi aku masih kekal di katil menahan sakit.
"Oh my... Mia. Katil ada darah!" Suara Ender berubah huru-hara. Terus dia mengendong aku supaya aku bangkit daripada baring. Aku kekal menahan sakit yang tak terhingga.
"Kenapa sakit tak cakap kat abang? Jom lah abang bawa pergi hospital, nak?"
Aku geleng. Aku bukannya rasa seperti mengandung. Mungkin ya aku sedang uzur. Lagipun aku belum uzur di bulan ni.
"No it's okay. Mia rasa Mia period je. Jangan risau. Mia memang macam ni setiap kali uzur" ujarku tenang. Aku tahu aku bukannya mengandung. Rasa sakit mengandung dan uzur tu lain. Tapi entah kenapa wajah Ender masih berkerut.
Usai saja mengemaskan katil dan membersihkan diri, aku kembali baring di katil sambil menahan sakit. Tak dapat untuk aku berjalan dengan betul. Nasib baik suami aku yang gentleman ni bagi aku ubat dan air masak. Lelaki memang tahu bagi air masak je eh?
"Thank you, abang" hanya itu saja dapat aku ucap.
"Sakit sangat ke senggugut tu? Kenapa tak pergi hospital je? Mana tahu elok?"
Ey dia ni memang nak kena agaknya! Kalaulah lelaki boleh rasa apa perempuan rasa, mesti dia orang yang paling dramatik!
"Sakitlah! Abang tahu apa? Dah lah setiap bulan Mia rasa. Kadang-kadang nak pergi mana-mana pun fikir dua tiga kali tau!" Marahku. Rasa nak aje hempuk kepala dia ni. Nasib dah jadi suami. Kalau bukan rasanya kuali pun aku pakai ketuk.
"Kalau macam tu, kenapa tak minta tolong abang hilangkan je rasa sakit tu?"
Aku berkerut. Eh? Apa maksud dia ni eh?
"Apa maksud abang? Mana boleh hilangkan kalau dah macam ni " suara aku berubah sedih. Ujian yang semua perempuan tak dapat lari.
"Senang je. Abang boleh kasi hilang. Tapi untuk sembilan bulan je lah. Lepas tu kena balik. Kalau nak hilang lagi sembilan bulan pun boleh. No problem. Anything for you, honey" mukanya sengih macam ada maksud tersirat.
Beberapa minit lepas tu, baru aku tersedar maksudnya. Terus aku tepuk lengannya yang berotot itu.
"Abang! Apa ni?!"
"Betullah. Kenapa Mia nak marah abang ni? Abang gurau je" Ender mengusap lengannya yang berubah merah hasil aku sepak. Haa itulah kan dah mendapat.
"Kalau macam tu Mia tak payahlah datang kerja. Risau abang tengok" Ender mula bangkit daripada katil.
Baju t-shirt nya ditanggalkan bagi menggantikan suit untuk ke pejabatnya. Badan dia..hm.. maskulin. Ada beberapa parut hasil torehan pisau. Aku syak dia pernah bergaduh dengan sesiapa dulu. Ya Allah, Mia! Apa aku tengok ni? Pagi-pagi dah sarapan roti berketul-ketul!
Aku bangkit ke arahnya dan mengusap hasil torehan pisau yang panjang. Ada juga kesan jahitan di belakangnya. Ini ke penyebab dia jaga aku dulu? Tapi dulu aku tak nampak dia bergelut dengan sesiapa. Mungkin sebelum dia jumpa aku.
"Kenapa belakang badan abang ada banyak parut?" Walaupun ada parut, tapi badannya tetap tenang untuk tengok. Hehe ada-ada je aku ni.
"Jangan sentuh abang. Abang nak cepat ni" tegasnya. Eh? Kenapa dia marah aku ni? Aku ada buat silap ke? Tiba-tiba rasa macam nak merajuk dengannya.
"Alah Mia tanya je. Salah ke Mia nak tahu sebab apa?" Aku mula buat muka sedih. Sengaja nak attention dari suami sendiri.
"Nanti abang bagitahu. Sekarang tak boleh. Abang dah nak lewat"
Sebaik saja Ender bersiap dengan lengkap, kakinya melangkah keluar daripada pintu utama. Hatiku bercelaru. Mungkin banyak lagi benda yang dia sorokkan daripada aku. Aku akan cuba korek satu persatu. Aku takkan membiarkan dia sorokkan apa-apa dariku.
Hari menjelang malam. Aku tak dapat tidur dengan tenang. Jam menunjukkan hampir pukul 10. Eh mana suami aku pergi ni? Janganlah dia pergi bergelut sebab aku lagi. Makan tak kenyang, mandi tak basah, duduk tak senang aku dibuatnya. Tidur pun tidur-tidur ayam saja.
Aku tetap setia menunggu sehingga Ender tiba. Namun, dia masih tak muncul. Aku mulai risau. Janganlah orang apa-apakan dia.
...
Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Tapi disebelah aku tetap tak ada Ender baring menemani aku seperti biasa. Entah kenapa aku rasa sedih ditambah dengan risau dan kecewa. Dia langsung tak bagitau aku ke mana dia pergi bahkan, aku membuat panggilan pun tak di jawab.
Aku bangkit dan cuba menelefon beberapa kali lagi. Tapi masih sama tak berjawab. Di whatsapp juga hanya one tick tapi dia tak block aku pun. Ya Allah mana Ender pergi ni? Janganlah jadi apa-apa dekat dia! Hatiku resah terasa.
Nak tanya papa tapi papa di Rusia menjalankan tugasnya seperti biasa. Aku tiada sesiapa di sisi untuk mendapatkan pertolongan. Akhirnya aku putuskan untuk ke pejabatnya seorang diri. Aku tahu dia akan mengamuk kerana keluar tanpa izin. Tapi niatku demi keselamatan dia.
Tiba-tiba di belakang rumah, aku terdengar seperti bunyi tembakan yang kuat. Aku mulai bergerak ke arah belakang rumah secara senyap. Kawasan yang sedikit gelap itu, aku menyelinap masuk. Mengintai daripada semak samun. Deja Vu.
Aku menghidupkan smartphone dan membuat rakaman siap-siap. Jika polis perlukan bukti, aku dah ada jadi senanglah sikit kerja nanti. Mataku terbeliak apabila melihatkan susuk tubuh tersebut.
"Liam..?"
Aku mulai menyorok di sebalik semak itu. Takut dia perasan aku. Apa yang paling gerun, di tangannya ada pistol yang bila-bila masa saja dia boleh menekan pacu. Di otak aku sekarang ni hanya memikirkan keadaan Ender. Ya Allah tolonglah jaga dan lindungilah Ender! Aku mohon kepadamu!
Aku mula mengintai sekali lagi. Susuk Liam sudah hilang. Aku perlahan-lahan bangkit dari semak samun untuk melihat apa yang terjadi seterusnya. Tadi terdengar bunyi tembakan tapi tak ada sesiapa pun? Mayat pun tak ada? Habis tu dia tembak siapa? Takkanlah hantu pula?
"Ah..!"
Terasa ada tangan manusia menekup mulutku daripada menjerit sekuat hati. Aku tak dapat mengenalpasti siapa. Dia menyucuk aku dengan jarum dan racun di jarum tersebut meresap ke dalam tubuhku. Buatnya, aku tak dapat sedarkan diri. Penglihatan aku samar-samar. Aku hanya nampak beberapa orang lelaki di hadapan aku sedang ketawakan aku. Kemudian perutku di sepak olehnya. Buatnya aku terbatuk-batuk lalu duniaku gelap gelita.
YOU ARE READING
ENEMY OR HUSBAND?
RomansaSiapakah lelaki disebalik topeng itu? Topeng dibuka. Muka tampan itu, cukup kukenal. Tak lain tak bukan, itu adalah dia. Matanya yang cantik, hidungnya yang mancung, mulutnya merah. Apa yang penting baunya menjadi aura pertama. Dia ialah... Lelaki...