Sudah dua bulan berlalu, selepas perkahwinan aku dan Damian. Hidupku kembali normal. Melakukan rutin harian. Damian pula berhenti mengacau hidupku. Kadangkala dia tak balik ke rumahku. Bila ditanya dia dimana, dia kata dia tidur rumah Aunty Lily. Musykil juga. Namun dibiarkan aje.
Seperti biasa, pergi kerja,balik kerja. Penat betul. Ender masih tak balik Malaysia. Dah genap tujuh bulan. Hampir setahun juga. Perasaan rinduku padanya mulai lenyap sedikit demi sedikit. Apapun aku perlu fokus dengan apa yang dirancangkan olehku.
Sesekali aku terfikir tentangnya, perasan rindu menerpa. Cuba untuk call lagi. Kali ini aku tak berhenti. Satu jam satu kali aku cuba. Tapi masih sama. Aku hanya mengeluh.
Malam itu, aku pulang dari tempat kerja. Melihatkan tiada kereta Damian di garaj. Aku berasa lega sedikit. Dah dua hari dia menghilang. Bila dia balik nanti, aku akan pastikan aku tanya dia apa yang sebenarnya berlaku ketika dia menghilang. Rasa tak sedap hati muncul.
Usai saja mandi, aku duduk di meja untuk selesaikan beberapa kerja. Kemudian telefonku berdering. Mataku terbeliak tak percaya. Nama Ender terpampang di skrin. Terus aku menekan ikon hijau tersebut.
Aku diam dulu selain memulakan perbualan. Entah kenapa rasa awkward. Padahal kawan. Tapi aku tak terasa aku kawan dia pula.
" er..hello Ender.." suaraku bergetar. Entah kenapa aku seram sejuk dan nervous. Lain macam.
" oh hi Mia. How's your life? Sorry. I was too busy to respond all of your calls " ujarnya.
" Ender...where are you going? Kenapa awak hilang untuk masa yang lama. How about our work? Macam mana kalau perniagaan awak mengalami kemelesetan? "
" oh about our company? Don't worry. Ada orang atas saya jaga. Jadi saya tak perlu risau. I've seen you calling me for plenty of time. Kenapa? "
Kali ini aku diam. Tak tahu nak cakap apa. Entah kenapa aku rasa macam nak menangis. Aku sebenarnya rindu. Nak jujur dengan perasaanku tapi aku sedar aku siapa. Lagipun mesti dia tahu aku dah kahwin.
" er..saya..nak tanya khabar saja. Saya cuma..rindu nak jumpa awak lagi " kali ni suaraku seakan-akan bergetar. Rasa nak menangis.
Ender diam. Kemudian dia mula bersuara.
" oh i see. Did you miss me? Haha. Why? Don't you already have husband? Oh and, how's your life with him? Did it goes well? " suaranya seakan mengusik.
Aku diam lagi. Tanpa sedari, aku menangis teresak-esak.
" oh no, Mia. Cry again? Dia buat awak ke? Tell me everything "
Aku menangis lagi. Tak dapat ditahan. Bayangkan berapa lama aku cuba untuk call Ender. Dan akhirnya dia jawab juga. Jujur aku rindu padanya. Rasa bersalah sebab terlalu jujur. Satu perasaan yang aku tak mampu untuk sorok lagi. Dan aku terpaksa terus terang padanya.
" i miss you...i miss you so much " kemudian semakin deras air mataku.
Ender diam. Kedengaran suaranya mengeluh. Aku terus rasa bersalah. Ketika aku cuba untuk end call, dia mula bersuara.
" Mia please don't miss me. Saya akan balik Malaysia nanti. But I can't sure when. I..i actually miss you so much. Do you know how break my heart is when you tell me you already have husband? It breaks my heart so bad " ujarnya.
Jantungku berdegup laju. Bukan main kencang. Entah kenapa aku rasa seperti mahu terbang ke Rusia dan peluknya sekarang. Bau nya juga aku rindu. Setiap malam bau perfume Acqua De Gio itu. Terus terbayang muka Ender yang kacak.
" Sorry. I'll tell you the truth. Saya tak cintakan dia langsung. Please believe me! Saya buat atas sebab tertentu. But promise me you'll be at Malaysia soon. Please don't be late..." Air mata jatuh lagi.
Setelah itu, panggilan dimatikan. Bersyukur sajalah. Tak dapat jumpa, sekurang-kurangnya dapat call. Dengar saja suaranya yang sedap tu pun, cukup buat aku bahagia. Aku harap dia tunaikan janji aku.
Bunyi pintu diketuk. Apabila buka, terlihat Damian berdiri dengan baju yang basah. Macam..air wine. Aku terus menyuruhnya masuk.
" apa awak buat ni? Kenapa baju basah dengan air wine merah? Awak pergi mana? Balik pun lewat. Jujur dengan saya mana awak pergi?! " marahku.
" sayang, maafkan saya. Saya baru balik dari restoran. Tadi ada jamuan makan-makan dengan pensyarah lain. Maaflah, saya.." belum sempat Damian habiskan percakapan, aku potong.
" Awak pergi kelab malam? Kan? " aku memandang dia dengan pandangan penuh dendam.
Terus dia diam. Kemudian bersuara.
" eh..tak..tak! Saya tak pernah pergi kelab malam! Sumpah! Tadi masa jamuan makan-makan ada orang tu dia langgar saya lepas tu baju saya habis kotor terkena air! "
Aku hanya diam melihatnya. Terus aku menghampiri bajunya. Terlihat ada gincu kesan ciuman di bahagian dada. Kemudian diperiksa lagi, di leher juga ada kesan gincu. Gincu berlainan warna. Mesti dari perempuan berlainan.
Terus dia menolakku. Bajunya yang tadi dibuka. Terus dilempar ke satu sudut. Hilang terus baju tersebut.
" i see. I understand now, Damian ". Ujarku kemudian terus meluru masuk ke bilik. Tanganku secara tiba-tiba ditarik kasar.
" no, Mia! Actually... apa saya kata tu betul! Tolonglah percaya saya! " Tangannya menggenggam tanganku erat sekali. Melihatkan wajahnya yang nervous. Aku gelak kecil.
" trust? Trust you? Thank you lah. Saya dah nampak semuanya " aku melepaskan tangan tersebut dan berlalu pergi.
"MIA!! " namaku dipanggil dengan kuat sekali.
" MIA!! Please!! " dan lagi sekali.
Aku menutup pintu bilik dan terus kunci. Diketuk kuat olehnya sampai nak tercabut pintu itu. Aku baring di katil. Tangan diletakkan di atas kepala. Stres tahap maksima dengan pintu yang ditumbuk kuat oleh Damian. Tanpa sedar air mata mengalir lagi.
...
Seawal pagi lagi, ada sesuatu di mejaku. Melihatkan Aria di situ. Terletaknya sebuah kotak hadiah. Pelik. Hari ni hari jadi aku ke? Setahu aku lambat lagi.
" kau kenapa tersengih-sengih ni, Aria? Macam kena sampuk " ujarku sambil ketawa kecil.
" hehe kau tahu hadiah ni dari siapa? Bukalah " Aria menawarkan hadiah tersebut. Aku menyambutnya dan duduk di kerusi.
" aku tinggalkan kau kat sini tau. Nak buat kerja. Apa-apa panggil aku, ya? Bye bye! " Aria berlalu pergi.
Dikotak tersebut diselitkan sekeping surat. Lantas aku mengambilnya dan baca setiap bait tulisan tertera.
For my dear Mia Miciela,
I want to say thank you because you keep thinking about me for a long time. It's been 7 month. I knew how you feel without me. But please keep fighting and be strong as always. You're the strongest girl I've met in my life. Meeting you was my favorite accident. I wish i can be the one who always by your side but I can't. You also can't. Our love as friend will always be my favorite. Your pretty face, your polite attitude, is my favorite. I miss you a lot. I can't describe how much. It's like a billion stars at the sky. When i look at a cat, it reminds me of you. Because they're cute and pretty like you. The cute eyes, the small nose, the red lips, all of that, reminds me of you. And maybe we can't met in the future anymore. I hope you can keep this letter forever.From: Ender Leonard ♡
YOU ARE READING
ENEMY OR HUSBAND?
RomansaSiapakah lelaki disebalik topeng itu? Topeng dibuka. Muka tampan itu, cukup kukenal. Tak lain tak bukan, itu adalah dia. Matanya yang cantik, hidungnya yang mancung, mulutnya merah. Apa yang penting baunya menjadi aura pertama. Dia ialah... Lelaki...