"Mia. Ikut saya sekejap"
Ender bangkit daripada tempat duduknya kemudian berjalan di koridor bangunan itu. Tanpa banyak tanya, aku ikutkan saja. Aku harus percaya kepadanya. Dalam masa yang sama, aku pelik. Ke mana dia nak bawa aku ni? Nampak jauh daripada tempat papa.
Ender membuka pintu. Ini mungkin penthouse dia di bangunan milik papa? Atau ni tempat papa duduk? Aku tak tahu.
"Tempat apa ni? Cantik sangat. Mesti tempat papa duduk kan?" Tanyaku. Ender geleng.
"No. This is my own penthouse. Papa awak bagi free kepada semua bodyguard dia"
Wow..aku tak sangka papa baik sangat. Sanggup bagi free kepada pekerja dia tanpa sebarang bayaran. Ini kalau beli di Malaysia, mahu berjuta habis untuk penthouse mewah ni saja. Aku berjalan masuk.
"Apa kita nak buat kat sini?"
Eh? Mana pergi Ender? Hilang lagi? Seperti kejadian di pejabat dia dulu. Puas aku mencari dia tak jumpa. Haih dia ni nak main permainan apa? Jangan sampai aku tak ada mood pula.
Lampu semuanya terpadam secara tiba-tiba. Tindakan itu sekaligus buatkan aku menjerit. Aku tak nampak apa-apa. Kemudian, aku nampak ada barisan lilin yang cantik disusun mengikut urutan di atas lantai. Susunan itu seperti menunjukkan aku ke sebuah bilik di dalam penthouse itu.
Aku jalan mengekori lilin yang disusun. Kemudian aku tak nampak apa-apa lagi. Haih dia ni kenapa? Dah susun lilin lepas tu tak tunjuk sebarang respon?
"Ender! Mana awak?" Jeritku memenuhi ruangan tempat itu. Sekarang aku tak tahu aku berada di arah mana.
Lampu pertama dibuka ialah lampu kecil yang tersusun di sekitar bilik. Aku boleh nampak ada susuk tubuh yang berdiri depan aku. Aku kekal diam menyaksikan. Kemudian lampu kedua besar di pasang dan kelibat tubuh aku nampak sedikit jelas. Nampak seperti dia sedang melutut.
Dan.. akhirnya semua lampu dibuka. Ender melutut sambil mengeluarkan cincin.
"Dear Mia Miciela, I wanna say thank you for accepting me as your bodyguard. But now, can I be your husband instead?"
Muka Ender ikhlas. Setia melutut di depan aku yang sedang ternganga tak percaya. Dia ni biar betul? Suka kat aku? Sejak bila? Tapi jujur, aku pun pernah ada rasa suka terhadapnya. Aku keliru nak terima atau tak.
"Ender... kenapa?.." suara gagap. Aku tak tahu nak berkata apa. Aku kelu.
Ender berdiri daripada melutut dan mendekatkan tubuhnya. Dia masih menjaga batas.
"Kenapa? Awak fikir saya bukan Islam? No, Mia. I also convert to Islam after you did. It's because I want to marry you. I also fell in love with Islam. The perfect religion. I want you to be my wife. Saya betul-betul jatuh cinta pada awak. Saya akan terima segala kekurangan. Will you accept me?"
Ender mendekat lagi.
"Instead of be your hero, I wanna be your husband and dad of our future kids. Saya dah tanya papa. Dia restu. Come on" ujarnya lagi. Cukup ikhlas.
"We maybe tak pernah bercinta. But that doesn't mean we don't know each other right? Mia, will you accept me?"
Tanpa banyak soal, aku angguk. Cincin yang diberikan aku sarung sendiri. Ya lah. Belum halal lagi kut! Nantilah kami rancang bila nak bernikah dan berkahwin. Kata Ender, papa setuju. Aku pun tak tahu bila Ender ni tanya papa. Apapun, aku rasa bahagia sangat. Aku punya bakal tunang dan suami sekarang.
Ender.. bakal jadi suami dan imam aku. Bakal jadi bapa kepada anak-anak kami suatu hari nanti. Aku harap jodoh kami kuat. Aku nak papa bahagia. Aku nak buat kehidupan kami jadi normal seperti orang lain. Dan sekarang, aku tak tahu bila aku dapat balik Malaysia.
...
"Assalamualaikum, bidadari abang" Ender menghampiri.
"Waalaikumussalam, abang. Suami Mia yang mithali" ujarku. Bermuka manis.
Kami baru saja selesai solat Isyak berjemaah. Lelaki aku ni memang mithali. Jadi imam pun handsome sangat. Siapa agaknya mak dia ya? Terima kasihlah sebab lahirkan Ender yang tersayang. Ender, atau nama Islamnya Muhammad Ewadh Luth.
Aku bersalaman dengannya. Kalau boleh, hari-hari aku nak solat berjemaah dengan dia. Tak nak tertinggal satu pun. Tapi kami selalu sibuk. Jadi, mampu solat berjemaah ketika cuti saja dan pada masa terluang.
Kali ni lah aku boleh peluk cium suami sendiri. Bau aromanya kekal macam dulu tak pernah lesap.
"Mia sayang abang" aku memeluk tubuhnya. Pelukan aku disambut kembali. Tangan kamu memegang antara satu sama lain. Cincin permata yang mahal cantik menyarung di jari kami. Ender mengucup tanganku.
"Abang pun sayang Mia. Apapun, kita mesti terus berjuang lindungi keluarga kita pula. Ingat, walaupun Damian dah mati, Aunty Lily tu dihantar ke hospital mental, tapi Liam je kita belum jumpa" muka Ender daripada manis berubah menjadi cold.
Aku tahu dia tak puas hati. Bila-bila masa saja Liam boleh target kami. Aku takut. Aku nak lindungi Ender tapi aku tak mampu. Aku tak nak ada benda malang terjadi pada kami.
Kopiah dibuka. Ender mengusap rerambutnya. Haih.. kenapalah dia ni kacak sangat? Hari-hari kacak.. baguslah juga. Dapat lihat permandangan indah setiap hari kan?
"Dah dah. Jangan fikir panjang. Abang tak nak Mia stres sangat. Tak baik. Sekarang jom kita tidur" ajaknya sambil melipat kain sejadah lalu menyusun di dalam rak.
"Tapi awal lagi kan nak tidur? Baru pukul berapa kut?" Bukan apa. Aku memang dah biasa tidur lambat. Tak tidur sampai subuh pun pernah. Semuanya akibat menyelongkar pejabat rahsia Aunty.
Sekejap.. Aunty? Ah, dia bukan Aunty atau sesiapa bagiku lagi. Siapa aku nak panggil dia sekarang? Perempuan tua yang gila? Ya boleh lah. Kena juga dengan tindak tanduk dia selama ni. Harta mama dah jatuh ke tangan aku dan Ender bukan perempuan tua tu lagi.
"Tak ada maknanya nak berjaga, sayang. Tak kesian kat abang ke tidur seorang diri?" Ender sengih gatal. Ey dia ni memang nak kena agaknya! Ada makna lah tu!
"Alah tidur je lah dulu. Nanti lewat sikit, Mia masuk lah tidur sebelah abang"
Tanpa lengahkan masa, Ender tarik tangan aku secara lembut dan membawa aku lari ke dalam bilik.
"Eh abang! Apa ni?" Jeritku terkejut.
"Baring sekarang"
Aku angkat kening. Lagi sekali? Rasa seperti deja vu! Tapi aku masih berdiri di sisi katil. Aku kalai boleh nak dia baring dulu lepas tu barulah giliran aku. Bukan apa cuma tak salah pun kan?
Melihatkan aku masih berdiri, Ender terus mengangkat aku ke atas katil. Buatnya, aku pun baring. Terjerit kecil akibat terkejut. Dia masih tak lekang daripada sengihnya itu. Seram pun ada.
YOU ARE READING
ENEMY OR HUSBAND?
RomanceSiapakah lelaki disebalik topeng itu? Topeng dibuka. Muka tampan itu, cukup kukenal. Tak lain tak bukan, itu adalah dia. Matanya yang cantik, hidungnya yang mancung, mulutnya merah. Apa yang penting baunya menjadi aura pertama. Dia ialah... Lelaki...