CHAPTER 44

145 5 1
                                    

Memandangkan Ender sibuk, aku tak dapat ajak dia teman aku ke hospital untuk check up. Lagi beberapa hari saja lagi, Ellyssa bakal dilahirkan. Sebaliknya, aku ajak Nevan untuk menemani.

Kami duduk di bangku yang tersedia, menunggu giliran. Dalam masa yang sama, perasaan nervous aku muncul. Entah kenapa rasa pelik semacam. Mungkin sebab doktor akan membuat x-ray. Di situ, aku akan nampak tubuh Ellyssa yang bergerak-gerak.

Nevan berdiri dan meminta untuk ke tandas. Memandangkan masih lambat lagi giliran aku, aku angguk saja. Harapnya dia boleh cepat. Ender pula bekerja sampai malam. Tak mungkin dia sempat datang ke sini.

Sedang aku duduk, ada seorang manusia berbaju serba hitam, bertopi dan memakai topeng muka. Aku sama sekali tak dapat mengecam siapa. Namun di tangannya terdapat beberapa kotak air susu pelbagai perisa. Ada perisa strawberi, coklat, pisang dan kurma. Dia mula mempromosikan air tersebut kepada aku.

"Hai cik selamat petang. Kami ada jual minuman susu sedap. Harga pun murah. Tapi sebelum cik beli, cik boleh rasa dulu. Manalah tahu berkenan, bolehlah beli" Ujarnya mesra.

Tapi..siapa benarkan orang berniaga di hospital? Walaupun hanya kecil-kecilan, sekadar mempromosi, aku rasa canggung. Namun aku tetap mahu mencuba. Rasa seperti mahu pula minum susu. Lagipun bagus untuk aku dan kandungan aku ni.

"Saya nak rasa yang coklat tu boleh?"

Lantas orang itu memberikan aku kotak susu coklat yang aku sebut. Di hadapannya, terdapat pelekat bertulis taste me yang bermaksud memang air itu boleh dicuba sebelum beli. Aku mula meneguk hingga habis. Rasanya sedap tak terkata.

"Macam mana? Berkenan tak nak beli? Kalau berkenan, cik boleh beli sekarang. Rm 10 saja untuk sekotak besar ni" Manusia itu mengeluarkan saiz besar pula. Makin menjadi-jadilah keinginan aku. Aku pun bersetuju dan membelinya.

Setelah itu, manusia itu terus berlalu. Yang peliknya, kenapa dia hanya promosikan kepada aku? Kalau berniaga, pasti peniaga akan promosikan produknya ke semua orang di tempat tersebut. Pelbagai soalan mencurigakan di otak aku sekarang ini.

"Hm..mana Nevan ni? Lamanya. Ni tengah membuang ke apa" Soalan bermain di fikiran. Sambil itu, aku tenung kotak susu coklat.

Aku tersedar akan sesuatu. Aku dapat rasakan..

Telinga aku berdesing.
Kepala terasa berpusing.
Penglihatan aku kabur semacam.

Apa kena dengan aku ni? Sejak tadi elok saja. Rasa mual pun turut menerpa. Aku perlahan-lahan bangun, kerana giliran aku sudah tiba. Perlahan-lahan aku berjalan masuk ke bilik doktor. Akan tetapi, badan aku dahulu tersembam di lantai. Yang aku nampak hanyalah kabur dengan bayangan jururawat panik sedang menolong, suara-suara agak bising. Dan.. dunia aku gelap.

...

"Sayang"

"Sayang bangunlah! Please! Please don't leave me"

"Mia Miciela, please wake up. Everyone miss you"

Suara-suara itu bingit memenuhi ruang bilik. Mata aku perlahan-lahan terbuka. Yang aku nampak sekarang, Ender dan Nevan. Mereka berdua risaukan aku. Mereka juga kelihatan cemas. Aku baru teringat apa yang terjadi. Aku.. pengsan.

Sebaik saja aku bangun, Ender lantas memeluk aku. Erat dan ketat. Tangisannya kedengaran, badannya tersedu-sedan. Aku pelik. Aku hanya pengsan, bukannya mati. Nevan pula, diam saja. Hanya menundukkan pandangan ke lantai.

Pelukan dilepaskan. Ender pandang aku secara serius.

"Sayang. You tak makan ke? Kenapa pucat semacam, pengsan lagi. Why? What's wrong? Can you tell me?"

Aku tak mampu diam lagi. Aku menceritakan hal yang terjadi dari A hingga Z. Salah aku juga kerana mahu mencuba minuman daripada orang mencurigakan. Sepatutnya aku patut beli di pasaraya. Lagipun, pakaian manusia tadi gelap. Aku tak cam wajahnya. Dan..aku rasa seperti dianiaya.

"Mia, sepanjang you mengandung, you jaga makan. Tarikh dah nak dekat. Baby tak lama lagi akan dilahirkan. Kenapa jadi macam ni?" Ender kelihatan stres. Aku rasa bersalah. Bersalah sangat. Semua disebabkan kecuaian aku!

"Abang tak marah. Abang cuma geram. Abang nak tahu siapa manusia tu. Lelaki atau perempuan?" Soalnya.

Aku cuba ingat balik suaranya.

"Mia rasa dia lelaki. Suara dia garau dan husky"

Sekali lagi Ender mengelus rambutnya seperti orang stres.

"Bagi abang air kotak tu"

Aku turutkan saja. Air kotak tersebut aku berikan padanya. Kemudian, dia berlalu pergi. Nevan pula setia menemani aku. Satu per satu masalah timbul.

"Miss, I'm scared to tell you about this. It may hurt you also me and Ender. But I need to tell you. I can't hide it" Nevan bersuara. Sedari tadi senyap saja.

Aku memandang. Mataku membuat isyarat supaya dia meneruskan perbualan.

"Your baby.. dia gugur"

Aku tersentak. Jantung aku bagaikan tiada nyawa. Tapi..kenapa aku tak sedar langsung? Aku tak sedar bahawa anak aku dan Ender telah pergi buat selama-lamanya dalam perut aku sebelum dia bakal dilahirkan. Tapi kenapa..?

"As you can see, Ender is crying when he hug you earlier. He want to told you about this but seems like he isn't ready. But instead, he help you to find out what is the content of the milk because Ender can feel that there is poison in it"

Sekali lagi. Aku memegang dada. Sesak nafas. Aku tak menyangka. Racun? Racun di dalam susu aku minum? Jadi, orang tu menjual racun lalu diberikan kepada orang. Orang mengandung pula tu. Ya Allah, aku seperti mahu mati. Tak sanggup, tak sanggup.

"Please calm down. I know it's hard. But I hope you can be strong. I know you're a strong women. Ender will told me if he done his job, okay? Please don't cry"

Aku kalah dengan kata-kata Nevan. Air mataku tumpah dengan jaya. Aku cuma nak tahu, siapa manusia tersebut. Jika aku dapat tahu siapa, aku takkan maafkan dia. Bahkan, aku harap ada kifarah yang menimpanya. Dia.. adalah punca kebahagiaan aku dan Ender musnah!

Padahal lagi beberapa hari saja sebelum kelahiran anak kami. Aku harus terima semua ni. Aku tahu ada sebab kenapa semua ni berlaku. Mungkin Allah akan beri yang terbaik satu hari nanti. Aku tak kuat hadapi semuanya. Papa dan Lycus cedera, anak aku pula pergi buat selamanya.

Aku memaksa hati aku supaya terus kuat. Menangis saja tak guna. Nasi dah jadi bubur. Qada' dan qadar Allah perlu kita terima. Ellyssa, maafkan mama dan papa. Janji dengan mama Ellyssa akan tunggu kami di syurga. Kami akan rindukan kamu. Kamulah permata pertama kami walaupun hanya sementara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now