"where are we?" Soalan itu aku tuju kepada Nevan yang entah bawaku ke mana. Rumah banglo serba hitam itu hanya aku tenung dari dalam kereta. Kereta mula memasuki kawasan tersebut.
Pertanyaan aku tidak dijawab. Sebaliknya, Nevan diam saja.
"You can get down now. We're here. Your dad's house in Malaysia. But first, let me bring you. Don't walk alone" Nevan mula menanggalkan tali pinggang keledar nya dan membuka pintu untukku.
Kami berjalan memasuki banglo. Ada satu jalan untuk ke bawah tanah. Nevan menekan satu butang untuk membuka jalan tersebut. Kami mula memasukinya. Keadaan dalam lorong bawah tanah itu sedikit malap bersama dengan lampu-lampu kecil yang menghiasi.
Sekejap aku tertanya. Apa mereka buat di bawah lorong ni? Jangan-jangan ada tersimpan mayat sudah lah. Beribu soalan yang muncul di otakku. Terus menjadikan aku rasa ingin tahu dengan lebih lanjut.
Nevan membuka pintu besar tersebut. Rasanya dalamnya hanyalah bilik biasa atau ada rumah lagi? Aku tak tahu. Sebaik saja pintu dibuka, yang ada hanyalah meja bulat yang besar untuk berbincang dan ruang tamu.
"What? No one is here" ujarku dengan muka pelik. Apa yang dia nak tunjukkan sebenarnya?
Nevan diam dan meneruskan kerjanya. Banyaknya pintu? Dia nak buat apa ada banyak pintu di sini? Kelibat Ender dan papa pun aku belum nampak lagi. Suasana dalam ni seperti maze. Mengelirukan dan dan menyeksakan.
Satu lagi pintu tersorok di dalam bilik itu dibuka dan barulah aku nampak susuk tubuh dua orang lelaki yang aku cari. Tapi kenapa Ender diikat sebegitu rupa? Bajunya juga ditanggalkan hanya memakai seluar saja. Aku terus menapak masuk dengan laju.
"Ender!!" Kuat suaraku menyeru namanya sambil berlari ke arahnya. Aku terus terlupa dengan kakiku yang semakin sakit.
Aku nampak papa memegang rantai besi panjang. Kelihatan dia mahu mengangkat untuk memukul Ender. Ender terlihat berserah dengan takdirnya. Kuat suaranya menjerit kesakitan. Air mataku mengalir melihat kejadian itu. Aku menolak badan papa dengan kuat seraya marah.
"Papa! Apa papa buat dekat Ender?! Kenapa papa pukul dia?! Apa salah dia?!"
Papa menghentikan tindakan dan terkejut dengan kehadiran aku. Aku lihat bahagian belakang Ender semakin banyak parut yang terhasil. Ada darah dan lebam menghiasi belakangnya yang tegap. Sekarang barulah aku tahu apa sebabnya. Aku agak kecewa dengan papa. Kenapa..? Apa tujuan papa sakitkan bodyguard dia ni?
"Nevan, ty privel yego syuda?" Tanya papa kepada Nevan. Nevan angguk dengan muka gugupnya. Mukanya pandang ke arah lantai. Tak berani untuk bertentang mata dengan papa.
"Papa! Bagitahu Mia kenapa papa buat semua ni? Apa lagi papa sorokkan?! Kenapa perlu papa cederakan Ender?! Bagitahu Mia segalanya! Mia.. kecewa dengan papa!" Air mataku deras mengalir, memandang papa dengan bengis.
Aku nampak Ender tak berdaya untuk bangun.
"I'm sorry for this, Mia. Your dad giving punishment to his bodyguard because didn't do the job well. He also did this to me before. This is to ensure that we do not neglect his and your safety" Nevan bersuara untuk papa. Aku memandang papa sekali lagi.
"Papa, is that true?"
Papa angguk. Mukanya jelas bersalah. Tapi kenapa aku tak boleh maafkan dia? Dia dah cederakan Ender tanpa pengetahuan aku. Ender pun satu. Kenapa perlu dia sorokkan daripada aku? Dia selalu lalai dalam menjaga aku ke?
Bila fikirkan balik, apa Nevan kata tu betul. Kemungkinan Ender sudah biasa dengan denda yang ditimpa. Aku rasa bersalah. Aku tak dapat jaga diri aku dan sekarang, aku menyusahkan semua orang. Sepatutnya, yang patut dihukum tu aku. Bukannya Ender.
"Tapi papa tak patut cederakan Ender! Dia cuai dan lalai tak bermaksud dia tak buat kerja dengan betul! Papa boleh buat denda lain tapi tolonglah jangan cederakan Ender! Mia tak sanggup nak tengok!" Air mata mengalir lagi.
"Papa buat semua ni untuk keluarga kita, Mia. Tengoklah Mia sekarang. Kaki tu dah cedera, lebam sana sini. Kena culik dengan Liam,kan? Itu maksudnya, Ender tak jaga Mia. Papa ingatkan bila dia jadi suami Mia, dia boleh jadi lebih cekap. Tapi sama je. glupyy"
Hati semakin sakit dengar, nafas berat terasa seperti mahu pengsan. Muka papa langsung tak ada belas kasihan. Jadi, adakah Ender benar-benar cintakan aku atau, dia kahwin sebab papa suruh?
Ada beberapa bodyguard papa yang turut berada di situ. Menunggu giliran atau hanya melihat aku pun tak tahu. Semuanya kacak dan sado belaka. Tapi entah kenapa mereka hanya diam dari tadi dan melihat saja apa yang terjadi.
Aku mula bantu Ender untuk bangun. Ender yang sudah terbaring itu kelihatan tak berdaya langsung.
"Satu je Mia nak cakap. Mia cukup kecewa dengan papa. Mia tak nak datang jumpa papa lagi. I hate you, papa"
"Wait, Mia! Puteri papa!"
Panggilan papa aku tak endah. Aku teruskan berjalan sambil memegang bahu Ender untuk membantunya berjalan. Nevan juga turut sekali membantu aku hantar ke rumah.
..."Uhuk!"
"Abang dah bangun? Macam mana? Sakit lagi ke belakang tu?"
Ender menggosok bahagian belakangnya yang perit. Dari reaksi mukanya, aku faham betapa sakitnya kesan pukulan rantai besi.
"Mia minta maaf. Sepatutnya papa marah Mia, pukul Mia. Bukan abang. Salah Mia sebab cuai. Mia dah cederakan abang. Mia minta maaf bagi pihak papa. Sangat-sangat!"
Air mata berderai lagi. Kalaulah aku pandai jaga diri, mesti Ender takkan cedera teruk sebegini. Untung papa tak belasah dan hanya memukul. Tapi masih sukar untuk aku maafkan.
Tubuhku dipeluk erat. Bau aromanya memikat. Membuatkan aku semakin teresak-esak.
"No, Mia. It's my fault. Abang sepatutnya fikir rancangan lain untuk tangkap Liam. Abang tak patut jadikan Mia umpan. I'm the one who really needs to say sorry. Do you forgive me? I'm so careless, Mia. Abang gagal jadi bodyguard yang berguna dan suami yang baik"
"Tapi abang dah memang yang terbaik untuk Mia. Mia benci apa papa buat dekat abang. Depan mata Mia pula tu. Mia sedih"
Aku melepaskan pelukan dan memandang Ender dengan satu maksud.
"Are you really love me atau kahwin dengan Mia sebab papa..?"
"Mia..jangan cakap macam tu. Cinta abang pada Mia tak pernah berubah. From the beginning, I already fell for you. I tried my best to protect you and be your first choice. Again, abang sayang Mia. So much" Pipiku dikucup.
"Aww..your cheeks goes red. Looks like cute cherry"
Dan.. sekali lagi aku menepuk bahunya. Hanya tepukan lembut saja.
"Mia.. Mia masuk bilik dululah. Kalau abang nak apa-apa, panggil Mia". Aku bingkas bangun. Namun tanganku ditarik olehnya dan aku terus terduduk di atas ribanya.
"Teman abang kat sini. Boleh kan?"
YOU ARE READING
ENEMY OR HUSBAND?
Любовные романыSiapakah lelaki disebalik topeng itu? Topeng dibuka. Muka tampan itu, cukup kukenal. Tak lain tak bukan, itu adalah dia. Matanya yang cantik, hidungnya yang mancung, mulutnya merah. Apa yang penting baunya menjadi aura pertama. Dia ialah... Lelaki...