CHAPTER 20

80 6 0
                                    

Malam itu, aku hanya duduk di meja untuk selesaikan kerja. Sambil-sambil tu aku makan. Hanya makan makanan ringan saja. Sedang khusyuk buat kerja, ada satu mesej masuk. Terus aku mengambil telefon di sebelah laptop.

Aria: oh my godd! MIA! Encik Ender awalkan tarikh untuk kita berangkat pergi  travel!

Mia: oh ya ke? Baguslah kalau macam tu. Anyways, kat mana kita travel sebenarnya?

Aria: dengar-dengar kita akan ke Las Vegas

Mata aku terbeliak membaca mesej tersebut. Las Vegas? Ender? Biar betul! Rasa teringat akan peristiwa yang berlaku masa dulu. Terus aku rasa macam tak nak pergi! Trauma!

Mia: Aria..sorry. aku rasa aku tak dapat pergi kot?

Setelah aku hantar mesej tersebut, Aria terus marah. Di spam nya mesej sampai beribu meminta aku turut serta. Aku hanya mengeluh. Ender pula kenapa? Kenapa dia rancang ke Las Vegas? Sedangkan banyak lagi tempat lain. Cari pasal betullah!

Aku hanya menyambung kerjaku. Abaikan si Aria yang tengah baran. Malas mahu bergaduh. Tak pasal-pasal aku datang rumah dia bawa tong gas. Jadi perang dunia nanti. Sesekali aku tak dapat fokus. Aku masih memikirkan apa yang terjadi dan bagaimana cara aku untuk menjaga keselamatan. Diambil pen dan buku catatan lalu mencatat segala rancanganku.

...

Hari untuk ke Las Vegas tiba. Semua pekerja hadir awal. Masing-masing teruja sangat. Siap pakai cantik-cantik. Lelaki juga lebih kurang dengan perempuan. Sakan bergaya. Aku juga memakai pakaian yang sesuai untuk melancong. Pakaian yang paling bergaya di sini jatuh kepada...aku! Mukaku bangga.

Aku melihat sekeliling takut ada Haelyn turut serta. Ternyata ada. Cis! Sibuk betullah! Tak habis-habis dengan perangai miang dia tu! Melihatkan pakaian kami seperti sedang berlawan siapa paling cantik. Tapi akulah yang cantik. Haha.

" hey Mia! " tegur Aria dengan gembira.

" oh hai. Kenapa kau lambat ni? Mesti bersiap lama. Biasa lah, Aria. Mana aku tak kenal kau? Pemenang perempuan bersiap paling lama jatuh kepada Aria " usikku.

Aria mencebik. " Eleh kau pun apa kurangnya? Datang kerja lambat sampai kena surat amaran "

Sekejap aku terasa. Terus diam mengeyakan aje.

" oh mana Encik Ender? Dia bersiap lambat juga? " tanyaku. Mengubah topik.

Aku melihat sekeliling. Tak nampak susuk tubuh Ender yang tegap lagi sado. Sekali aku mengeluh mengharapkan dia turut serta. Tak kuat jika aku pergi seorang diri dengan trauma. Sekurang-kurangnya, Ender tahu apa yang terjadi antara kami dulu.

Aku bergerak sekeliling. Penuh dengan pekerja seramai 1000 lebih orang itu. Tapi masih tak nampak batang hidung mancungnya. Menghidupkan telefon untuk hantar mesej, tiba-tiba terasa seperti ada orang menyentuh bahuku.

" mak kau! "

" Oh my.. so silly "

Aku toleh belakang.

" Ender?! "

" oh yes I am. The most handsome man here "

Ew! Perasan! Tapi betullah hehe.

" so everyone, are you ready for our flight? The flight will depart in five minutes. Please make sure your items is with you. Jangan tinggal pula. Kapal terbang tak akan patah balik " ujar Ender. Selaku ketua yang bakal membawa kami bersama.

...

Di Las Vegas, apabila melihatkan seni bina bangunan dan permandangan, rasa macam Deja Vu. Aku teringatkan segala peristiwa sejarah hitamku yang lalu. Namun hanya kekal tenang. Tak nak lah stres di hari yang bermakna ini. Percutian selama tiga hari mungkin aku mampu bertahan.

Semua pekerja duduk di hotel khas masing-masing kecuali aku dan Ender. Kami menempah bilik yang mewah secara senyap-senyap. Itu pun semuanya rancangan Ender. Katanya nak jaga aku betul-betul kali ni. Dia mesti teringat kisah lama juga.

Malam hari, kami mengadakan parti secara kecil-kecilan di kafe hotel tersebut. Meriah juga kalau dah 150 orang. Masing-masing di mod makan,bersosial, bergambar. Hanya aku saja yang kekal duduk di meja menanti kehadiran Ender yang entah ke mana.

Aria menghampiri. " hello friend! Kenapa duduk je ni? Come on. Kita semua tengah enjoy memandangkan hari ni hari pertama kami di Las Vegas. Jom lah meriahkan parti ni! " Aria senyum.

" oh tak apalah. Kau pergilah. Aku nak duduk je isi perut " ujarku.

Aria hanya menuruti. Dia pasti penat kalau paksa aku banyak kali. Biasalah, kalau dah nama Mia Miciela. Kekal berada di meja bulat yang besar itu seorang diri. Termenung.

" I saw a pretty girl tengah termenung sekarang " ada suara garau di sebelah telinga kanan ku. Terkejut beruk aku. Sekali lagi keluar perkataan " mak kau! ". Sekali lagi lengan Ender aku pukul. Geram!

" What are you thinking about? Termenung bukan main lama lagi "

" ohh? Awak menghendap saya ke? " aku menjeling.

" tak menghendap pun. Sesiapa lalu pun boleh nampak awak tengah termenung. Well, don't worry too much. Are you still remember the time? "

Mendengarkannya juga sudah membuatkan aku rasa sedih. Ya. Memori tu masih segar di fikiranku. Masih boleh ulang tayang apa yang terjadi. Dimana Elina menghilangkan diri buat selamanya. Aku menunduk.

" look at me, Mia. Don't be like this. Saya akan pastikan saya jaga awak kat sini " ujarnya penuh prihatin. Aku masih berdegil. Entahlah. Rasa nak balik Malaysia sekarang juga.

Ender memegang tangaku. Kemudian membawaku ke atap hotel. Hanya kami berdua saja. Aku mulai musykil. Apa dia nak buat ni? Kemudian, kami tiba di atap. Semuanya gelap. Yang ada hanya lampu-lampu daripada bangunan di city Las Vegas yang membuatkan atap hotel itu sedikit cerah. Permandangan dari atap hotel ketika malam sangatlah cantik. Luxurious.

" kenapa kita kat sini? "

" You look very stressed. So i bring you here. Do you like the view? " Ender padang aku. Mata yang cantik kini bertemu. Hatiku berdebar.

" ya.. cantik. Sangat " aku senyum segaris.

Kemudian Ender menarik tanganku lagi. Membawa aku ke satu sudut di atap hotel. Kat situ ada terletak satu meja bulat dihiasi dengan lilin dan pinggan mangkuk. Macam Candle Light Dinner. Makanan sudah tersedia. Aku pun tak tahu macam mana Ender boleh minta pengurus hotel untuk makan di atap. Pelik bin ajaib. Punggung dilabuhkan. Duduk bertentangan dengan Ender. Awkward pula.

" Kenapa kita makan sini? Kenapa tak makan kat bawah dengan pekerja lain? " soalku.

Ender yang sedang memotong stik terhenti seketika.

" we have something to discuss. Hal ni tak ada siapa boleh tahu. It's just the two of us. Kalau duduk sini, kita ketawalah sekuat manapun, no one will heard "

Aku angguk tanda faham. Perbincangan kami bermula. Sambil makan, sambil berbincang. Terasa stres pula. Tapi sebab view cantik, aku rasa tenang pada masa yang sama.

" so.. what's the matter? " tanyaku

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now