CHAPTER 19

76 5 0
                                    

Damian duduk di sofa. Ditarik tie nya kemudian membuka sedikit butang bajunya bagi membenarkan sedikit udara penghawa dingin terasa. Duduk dalam keadaan terlentang. Macam dugong.

" You kenapa? Berpeluh-peluh semacam ni. Baru habis marathon ke baru lepas kena kejar cheetah? " tanyaku selamba. Berdiri di sisi sofa sambil tangan disilangkan ke dada.

" tak ada apalah. Biasalah penat kerja. You dah lama tak OT. Kenapa? " dia tanya aku balik.

Terus mataku menjeling. Menyampah pula. Takkan hari-hari aku nak OT kot? Ingat tenaga perempuan ni sama dengan tenaga lelaki ke apa?

Kami hanya berbual secara perlahan. Aku juga menjaga mulutku daripada bercakap dengan kuat. Sebab dalam rumah tu ada makhluk selain kami berdua.

Damian terus menarik tanganku. Aku terbaring meniarap di dadanya. Menindih badannya. Kemudian mataku terbeliak. Reaksi benci jelas kelihatan dari mukaku. Tapi dia hanya sengih. Dah mulalah dengan perangai miang dia tu!

" apa awak ni? Saya nak pergi tidurlah " aku masih menjaga suaraku daripada menjerit.

Damian mencengkam pinggangku dengan erat. Membuatkan aku semakin rapat dengan dadanya. Muka aku dicengkam juga merapati mukanya dan bibir. Terus aku menutup mata. Masih menjaga suaraku daripada menjerit.

Menggigil badanku. Selama kami kahwin, kami belum pernah bersentubuh. Cium pun tak pernah. Memang aku elak segalanya daripada dia. Dia juga pernah menyuruh aku buka baju, tapi laju saja aku tolak. Kali ni, aku tak rasa aku dapat lari lagi. Sesiapa tolong aku!

" Damian...jangan.. " masih mengawal bunyi suara.

Dekat...dan semakin mendekat. Terasa bibir kami hanya berjarak 2 inci. Punggungku diraba. Diusap lembut.

" AAAAHH!! " akhirnya aku melepaskan jeritan gorilla.

PANG!

Bunyi ketukan di kepala Damian. Terus pengsan Damian. Apabila melihatkan tubuh tersebut, ternyata Ender lebih awal bertindak sambil memegang kuali. Elok mengetuk tepat ke kepala Damian.

" Ender! Why? " Tak kusangka. Dia mengintip kami sedari tadi.

" sorry but I can't stand this. He's too horny. Cringe "

Aku mengusap dadaku. Terkejut dengan apa yang terjadi. Terus Ender menarik tanganku ke arahnya. Minta dijauhi dari lelaki bernama Damian.

" ew his face looks disgusting. Look at that. Ada air liur terkeluar " Ujar Ender selamba.

Aku hanya memandang jijik ke arah Damian. Nasib baiklah ada Ender. Kalau tak, aku tak tahu apa akan jadi dengan nasibku. Kami perlu buat kerja clean tanpa pengetahuan Damian. Selepas dia pengsan, kami meletakkan dia di bilik lagi satu di tingkat tiga rumahku. Dibaringkan dengan baju tak ditukar,tak mandi. Busuk! Euw!

Setelah itu, barulah kami dapat tidur dengan lena. Aku mengunci pintu bilik seperti biasa demi menjaga keselamatan. Mana tahu ada makhluk terjah masuk?

TOK! TOK! Pintu diketuk lagi. Kali ni pukul tiga pagi hampir pukul empat. Aku mengeluh lagi. Marah tahap maksima. Siapa lagi yang datang tu? Kacau daun betullah!

" Ender? Kenapa ni? " terbuntang mata melihatnya. Ender masih dalam keadaan mengantuk sambil memeluk bantal. Macam budak-budak. Inikah Ender yang aku kenal?

" Mia i can't sleep " ujarnya sambil menggosok mata. Mengantuk sangat.

" habis tu? Awak nak saya buat apa? Dodoi kan awak dalam buai? "

Ender berdiri tegak. Kemudian berhenti menggosok mata membuat gaya seolah-olah mengantuk tahap maksima. Tadi bukan main ketuk kepala orang! Tanganku ditarik lembut kemudian dia mengunci pintu. Hanya kami berdua di dalam bilik ni.

Aku keliru. " apa ni? Apa awak nak? "

" baring sekarang "

Aku keliru.

" baring? Kat katil ni? "

" oh yes. Habis tu kat mana? Dalam almari ke? Tak nampak saya tunjuk katil? " jari telunjuk dihalakan.

Aku pelik.

" kenapa saya kena baring? Awaklah baring " awkward pula rasa.

" betul ni? Nak saya baring ke awak baring, Moya lyubov'? "

Aku terpinga-pinga. Tak tahu apa tujuan jantan ni. Tiba-tiba saja. Buang tabiat ke?

" er... Saya baring bawahlah. Saya ada toto " aku mula mengambil toto dari almari.

" no I said lean here. On bed. Not floor or closet "
Aku mengeluh. Hanya akur perintah CEO sendiri. Aku hampir lupa dia CEO aku. Pelik macam manalah kami boleh serapat ni.

Aku baring. Kakiku tegak. Macam mayat bersedia untuk dibungkus. Kemudian aku memandangnya dengan pelik lagi. Setelah itu, dia merebahkan badan ke sebelah aku. Sambung tidur lena.

" kenapa awak tidur sini? Awak tak jawab pun soalan saya! " marahku.

Ender menggeliat. Kali ini, kepalanya dipusingkan ke arahku. Kami memandang sesama sendiri. Tangannya menongkat kepala. Memandang dengan penuh perhatian.

" i said I can't sleep. And.. salah ke saya tidur sini. Tidur je. Bukannya ada niat jahat pun "

" memanglah tapi awak boleh je tidur seorang diri kan? Kenapa nak berteman dengan saya pulak? " menyampah terasa. Aku menoleh ke tempat lain.

" look at me, Mia. I said i don't like people avoiding my eye contact when i talk "

Lagi sekali aku menurut perintahnya. Baiklah, CEO! Huh menyampah.

Tubuhku dipeluk sambil baring. Mengiring. Terbuntang mata aku.

" wait apa ni? "

" oh i forgot. Saya tak boleh tidur kalau tak peluk sesuatu. Bantal peluk saya kat rumah. Lupa nak bawa "

" hah? Seriously? Ender Leonard tidur dengan bantal peluk? Pfft! " tergelak kecil aku dibuatnya.

Pelukan diketatkan. Rasa insaf dan menyesal ketawakan dia tadi.

" shut up, Mia. You're my pillow now "

" wait! No! " aku meronta-ronta namun semuanya terlambat. Tangannya yang besar dan berotot mencengkam erat. Akhirnya aku tewas dan tidur lena.

...

Aku berjalan menuju ke meja. Melihatkan Haelyn ada di meja dia sendiri. Sudahnya aku hanya buat-buat tak tahu kewujudannya. Duduk di kerusi dengan selamat. Gembira untuk memulakan kerja di pagi hari yang indah tak indah ini.

Ender memasuki pejabat dan masing-masing bangun untuk tunduk hormat kepadanya. Sekilas aku dipandang oleh nya kemudian dia memberi arahan untuk duduk.

" alright, guys. We have trips abroad for the employees of this company. A maximum of only 150 people. If the rest want to join, you have to pay. So, I will submit this form to fill "

Ender mengagihkan borang tersebut kepada semua pekerja. Ada yang terlihat bahagia, ada yang tak menyangka. Yalah, nama pun percutian ke luar negara. Siapa tak nak, kan?

" wow macam best je. Jom pergi nak, Mia. Aku tak pernah pergi oversea! Ni lah peluang keemasan aku! " Aria teruja.

" oh ya ke? Kalau kau nak, kau pergilah. Aku dah bosan lah " aku buat muka bosan. Borang tersebut diberikan kepada pekerja lain.

" aip! Jangan! Tolonglah weh! Ikut aku. Kau kan ada pengalaman. Lagipun aku bukannya pandai bahasa Inggeris sangat! Mana tahu nanti aku nak order makanan, aku buntu nak cakap apa. Please lah, Mia! Please...! "

Aku mencebik. Kemudian teringat Elina. Spesies yang sama seperti dia. Terus lembut hati. Aku menerima permohonan Aria itu. Apa lagi? Lompat gembira lah si Aria tu!

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now