CHAPTER 43

54 4 0
                                    

"Jangan risau. Buat masa sekarang, dia selamat. Memandangkan dia juga terima organ daripada orang lain, dia takkan mati. Dia untung" Jelas Doktor. Aku menghela nafas kemudian mencuri pandang kepada Ender. Nampak juga dia kelihatan tenang. Aku lega.

Buat yang dermakan kepada Lycus, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tanpa orang tu, pasti Ender kehilangan orang terdekat. Tapi aku mahu juga ketahui lebih lanjut siapa penderma kepada Lycus. Aku agak sibuk mahu melawat Lycus sehingga tak kesampaian. Tak apalah. Aku akan tanya pada dia sendiri nanti.

...

Aku bersiap-siap untuk kerja. Maklumlah dah lama tak pergi. Daripada duduk rumah, baik aku pergi buat benda berfaedah. Dapat juga tolong suami sendiri di sana.

Setelah aku siap memperbetulkan tudung, aku harus segera meninggalkan rumah. Akan tetapi, awal-awal lagi Ender menghalang. Dia memakai baju lengkap bersama tali leher berwarna burgundy red.

Jantung berdetak laju. Reaksi mukanya seakan marah. Aku masih rasakan dia sakit tentang hal yang terjadi baru-baru ini. Dah puas aku memujuk, tapi dia masih dengan sikap yang dingin itu. Aku ni..tak serasi dengan dia ke? Ayat yang kekal bercelaru dalam kepala aku.

"Don't go to work. Just stay home, do anything you can" Ujarnya dingin. Lengan aku masih digenggam erat. Tatapan masih ketat kearah aku.

"Awak ni kenapa? Saya nak pergi kerja. Bukannya lari" Balasku dingin. Ya aku juga merajuk dengan dia. Merajuk hanya kerana dia tak dengar kataku. Dia tetap pada perasaan bercelaru itu.

"You're pregnant, Mia. Please listen to me. Kasihan awak kena kerja berat. You shouldn't do if I can do. Plus, you almost come to the day you'll giving birth" Suara berubah lembut. Tangannya melepaskan genggaman.

Ada betul juga. Aku sedang sarat mengandung. Lagi-lagi kalau orang lain nampak, habislah aku. Satu bangunan akan kecam aku sebab berkahwin dengan Ender. Ah, aku tak mahu kerja. Akhirnya aku putuskan untuk turuti arahan Ender. Duduk di rumah seperti katak di bawah tempurung.

Perut aku usap. Wahai bakal anakku, Mia Ellyssa, janganlah engkau menendang perutku.

"Dia tak sabar nak keluar. Dia tak sabar nak jumpa daddy and mommy dia" Ender merapati tubuhku dan mencium dahi. Sebelum dia keluar, aku sempat melambai. Aku juga tak lekang dari senyuman. Jarang-jarang kut dapat ciuman daripada si Ender ni!

Dan.. kembali lagi bersama hari yang membosankan. Apa aku buat hanyalah menonton movie, makan, tidur, solat dan diulang beberapa kali hari ini. Nak keluar bersenam tak boleh pula. Haih, apalah nasib.

Ting tong! Loceng berbunyi.

"Oh Nevan?" Soalku. Muka berkerut. Ada apa dia datang sini? Kelihatan mukanya ceria semacam. Lesung pipit tenggelam sebaik saja dia senyum. Comel.

"Hi. I'm here to accompany you. It's dangerous to let you sit alone here. So, Ender told me to stay here until he gets home soon"

Aku angguk faham. Aku mula mempelawa dia masuk.

Suasana sunyi seketika. Aku melarikan anak mata ke pelbagai arah. Tak tahu nak borak apa. Dia pun sama. Personaliti dia yang introvert buatkan aku teragak-agak. Aku pun bukanlah jenis extrovert. Ada masa kita perlu diam juga kan?

"You can't speak Malay?" Daripada diam baik aku mulakan perbualan. Ada juga sampai ke subuh asyik duduk termenung. Kasihan dia.

"I can but.. not really. I know a little bit Malay language"

Aku angguk lagi. Buah potong yang tersedia aku hulurkan padanya. Dia tersenyum lagi menampakkan lesung pipit. Minat betul aku dengan lesung pipit dia. Aku harap anak aku pun akan ada juga.

"So.. what are we going to do now?" Soalku. Buah potong aku menyuapkan ke dalam mulut.

Aku perhatikan matanya menuju ke sesuatu. Aku mula menoleh. Piano. Piano yang tersedia di hujung sudut ruang tamu. Memang tak ada sesiapa yang main. Aku tak tahu cara main piano, jadi aku memang tak pernah sentuh. Hanya bersihkan saja.

"I know how to play piano. Do you wanna see?" Seperti yang aku jangka. Tak sangka pula Nevan ada bakat muzik. Aku mula teruja.

Kami menuju kearah piano. Papan piano dibuka. Sedikit berhabuk. Maklumlah sibuk sangat sampai lupa nak kemas bahagian piano ni. Lagipun terletak di hujung sudut yang memang tempat sukar untuk perasan kewujudan piano. Tak sangka Nevan nampak. Cekal betul mata dia ni.

"I'm sorry. We don't have tutorial book" Buku piano yang aku katakan, sering digunakan untuk pemain piano jika mereka sedang belajar. Nevan tersengih lagi. Mukanya selamba seperti bangga.

"It's okay. I know very well how to play without the book. Now, let's just sit and listen to my music" Jarinya mula diangkat ke piano. Mula untuk memainkan muzik.

Aku pula sibuk mahu rakam. Ya lah, bolehlah jadikan kenangan. Aku suka juga bunyi piano yang menenangkan.

Jarinya mula berlari-lari di piano itu. Menghasilkan bunyi yang cukup merdu. Lama aku menghayati alunan terhasil. Dalam alunan itu, ada kedengaran sedih, perasaan rindu, berkecamuk dan cinta. Buatkan aku rindu pada seseorang. Memori kembali segar. Kawan aku Elina yang dah lama tinggalkan kami.

Air mata mengalir tiba-tiba. Memori lama aku dan Elina masih ditayangkan di otak. Buatnya, aku jadi rindu bersama dengan alunan piano. Aku laju mengusap mata. Takut-takut Nevan perasan, dan akan berhenti bermain semata-mata aku menangis.

Dan banyak lagu yang dimainkan. Hampir satu jam aku menghayati alunan muzik piano Nevan. Pandai betul dia ni. Aku syak dia bekas pelajar muzik, atau memang hobi dia bermain piano. Aku memberikan tepukan kehormatan kepadanya.

"Are you crying, Mia? I can hear you sobbing"

Aduhai, dia ni. Tak sangka tengah khusyuk main piano, sempat tengok aku mengelap air mata. Tembelang terbongkar.

"I'm sorry if my music are very sad to hear. Actually, this song made from my father. The name of this song is about our family. He always play this song when it turns to my birthday when I was kid. I miss my dad and mom" Suaranya sedikit sedih. Muram. Rupa-rupanya disebalik lagu ni, ada makna tersirat. Aku hormat.

"Also, when I hear yout music, it reminds me of my friend name Elina. She already dead. My memory with her pops up as I hear you play this music" Aku senyum segaris. Walaupun mata masih nak berteriak, aku tetap tahan.

"Since when you can play piano? It's very impressive!" Aku ubah suasana. Daripada bersedih, baik kita bergembira.

ENEMY OR HUSBAND?Where stories live. Discover now