"Tok. Tok. Tok" Meja ku diketuk.
Aku membuka kelopak mataku perlahan lahan. Pandangan mataku masih kabur sebab mamai. Digosok-gosok mataku dengan jari lalu dilihat kembali gerangan yang berani menggangguku tidur.
"Hai." Ucap seorang perempuan yang sedang duduk di kerusi sebelahku seraya melambaikan tangannya perlahan lahan.
Aku hanya mempedulikannya dan sambung tidur. Meletakkan kepalaku beralaskan kedua tangan. Mata dipejam rapat namun masih dapat aku mendengari bebelan perempuan itu tadi.
"Ish.. orang tegur dia. Dia buat tak tahu je? Deskmate apalah macam ni?"
Aku hanya membisukan diri. Bukan sebab bisu tapi malas nak bercakap. Hanya bercakap bila perlu contohnya macam cikgu tanya soalan atau minta kebenaran nak pergi tandas. Kalau tak, malas nak bercakap.
"Halluu dengar tak? Orang tegur tak balas pun. Kerek betul." Kata dia lagi.
Aku masih diam. Buat tak tahu seolah olah pertanyaannya terbang dibawa angin.
--•--
Raisya POV :
Weyh, dah kenapa ngan mamat ni. Aku tegur dia buat tak tahu je. Nak kata pekak aku tegur awal awal tadi dia bangun. Apalah nasib aku dapat deskmate macam ni.
"Hai.." Sapa seseorang dari arah belakangku.
Aku lantas melihat ke belakang. Kelihatan sorang pelajar perempuan dengan senyuman manis dilirikkan di wajahnya.
"Hai. Saya Raisya. Panggil je Rai." Balasku.
"Ooo.. saya Afrina panggil je Fina." Katanya pula.
"Awak tak payahlah amik hati dengan si Edris tu. Dia tu memang macam tu. Buat tak tahu je kalau orang cakap dengan dia. Harap muka je handsome perangai kerek" Sambungnya lagi.
Aku hanya tertawa kecil tatkala dia mengutuk deskmate aku tu depan depan. Aku pasti mesti si budak lelaki kerek tu dengar apa yang dibualkan aku dengan Fina. Btw, aku baru tahu nama dia Edris tapi aku rasa lagi sesuai kalau panggil dia budak kerek ~ Haha
Tak lama kemudian, seorang pelajar lelaki berpakaian sukan duduk di kerusi sebelah Fina. Aik, pelik betul. Orang lain pakai baju sekolah, dia seorang je pakai baju sukan.
"Hush.. budak baru ke?" Tegurnya.
"Haah" Balasku pendek.
"Ni Zafrul. Panggil je Zaf. Budak paling bermasalah dalam kelas ni" Kata Fina pula.
"Eeh, sedap sedap je ko kata aku bermasalah" Kata Zafrul mahu menidakkannya.
"Dah memang betul pun kan. Tengok tu. Orang pakai baju sekolah, kau pakai baju sukan." Kata Fina lagi.
"Suka hati akulah" Balas Zafrul lalu mempedulikan si Fina.
Aku pula hanya terdiam mendengar pergaduhan kecil mereka berdua. Sesekali aku melirik ke sisiku. Hmm, kalau deskmate aku berterusan macam ni, memang persis cakap dengan hantu lah. Aku tanya cakap semua dia tak jawab. Haish, nasib.. nasib..
![](https://img.wattpad.com/cover/354531788-288-k822030.jpg)
YOU ARE READING
AILUROPHILE
Non-FictionKehidupan Edris iaitu seorang yang introvert mula berubah setelah kehadiran seorang pelajar perempuan baharu iaitu Raisya Aireena di dalam kelasnya. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Raisya agar hasratnya untuk menjadi kawan Edris tercapai. Sedangk...