Bab 3

8 1 0
                                    

Edris POV :

Oke.. cukup cukuplah dengan masalah hari ni. Deskmate baru aku tu memang tak boleh nak duduk diam ke apa? Memang mulut tu always po pet po pet bercakap ke apa. Rimas aku.

Basikalku yang berwarna biru itu dikayuh pulang ke rumah. Jarak sekolah dengan rumah aku iaitu di Taman Harmoni hanya lebih kurang dalam 50 meter sahaja. Jadi setiap hari aku akan pergi dan pulang sekolah menggunakan basikal.

Aku tiba di rumahku. Basikal diletakkan di bahagian beranda rumah. Poket seluarku diseluk untuk mengambil kunci rumah. Tapi..

Kunci rumah tak ada. Aku mula gelabah. Aduhh.. macam mana nak masuk rumah kalau tak ada kunci. Mak aku belum balik dari kerja ni.
Pukul 3 lebih gitu baru balik. Sekarang baru pukul 1.30.

"Mana siot kunci tu. Takkan tertinggal dekat sekolah kot?" Kataku sendirian.

"Edris! Awak cari ni ke?" Satu suara perempuan kedengaran. Tapi suara dia macam pernah dengar.

Aku berpaling ke belakang dan lihat deskmate aku sedang berdiri di depan pagar rumah sambil tangannya memegang satu kunci. Ya, itu kunci rumahku. Tapi macam mana boleh ada pada dia?

--•--

*Flashback*

Aku kemas kemas peralatan sekolahku. Diambilnya kunci rumah dan beberapa buah buku tulis di bawah meja lalu diletakkan di atas meja. Kemudian dimasukkan ke dalam beg.

"Esok kena pakai baju sukan kan?" Tanya deskmate baru aku.

Aku malas untuk menjawab. Jadi sebelum dia tanya lebih banyak soalan, lebih baik aku pergi awal awal. Aku mengendahkan soalannya lalu terus melangkah keluar dari kelas. Tanpa disangka, kunci rumah tu tertinggal dekat atas meja.

*End of flashback*

--•--

"Awak punya kunci kan?" Tanya dia.

"Hmm.." Balasku lalu mengambil kunci yang sedang dipegangnya.

"Penat penat saya ikut awak dari sekolah sampai rumah sebab nak pulangkan kunci tu. Awak balas Hmm je? Terima kasih pun takde?" Katanya.

"Yer.. terima kasih" Balasku acuh tak acuh.

"Tak dengarlah.." Kata dia lagi.

"Kau pekak ke? Buat buat tak dengar pula." Kataku.

"Boleh pun cakap. Ingat bisu. Yelah 24 jam diam je.."

"Ikut akulah kalau tak nak cakap sekalipun."

"Hehe, btw tak payah terima kasih pun tak apa. Sebab rumah saya dekat sebelah kanan rumah awak. So maksudnya kita ni berjiran lah. Jadi lepas ni banyak banyakkanlah bercakap dengan jiran awak ni." Kata dia dengan senyuman.

"K." Balasku lalu berpaling dan membuka pintu rumah, meninggalkan dia di luar.

Dapatku lihat perempuan tu mula marah tatkala aku hanya meninggalkan dia di luar rumah begitu sahaja. Tapi kisah apa aku sebab bukan masalah aku.

Tapi seriuslah perempuan tu jiran aku? Memang tiap tiap hari tak amanlah cerita dia sebab asik duk po pet 24 jam.

AILUROPHILEWhere stories live. Discover now