Bab 4

8 1 0
                                    

Raisya POV :

Handphone realmeC2 aku dihidupkan. Skrin terpancar menyilaukan mata. Aku merendahkan sedikit tahap sinarannya lalu mula membuka aplikasi whatsapp.

Nampaknya Fina dah tolong masukkan nombor aku dalam group kelas 4 AG. Bukan tu jer, dia juga buat satu group chat dimana terdiri daripada 3 ahli iaitu aku, Fina dan Nadrah. And lagi satu, nama group tu ialah the powerpuff girls.. watchaa ~Haha

Ting ting.

Bunyi notifikasi mesej masuk. Ianya dari group the powerpuff girls.

----------


Fina : Hellooo Rai. Welcome to group the powerpuff girls.. 😉

Hai hai... : Rai

Nadrah : weyh Fina, tak ada nama lain ke ko nak letak. powerpuff girls juga yang ko nak amik.


Fina : biarlah.. ko jangan nak tukar tukar eh.. nope x boleh.

Fina : Btw, Rai. First day school. Oke?

Haha.. okeay jerr : Rai

Fina : Baguslah klu mcm tu. Klu ada pape masalah, bgitau je kitorang oke..

Oke : Rai

----------

"Raisya!" Panggil satu suara.

"Iyer.. nape bu?" Sahutku. Aku meletakkan handphoneku kemudian mengorak langkah menuju ke dapur.

"Ha Raisya. Tolong bagi kek coklat yang ibu buat ni dekat jiran sebelah. Ibu nak berbaik baik memandangkan kita hidup berjiran." Terang ibu.

"Oo okey." Balasku. Sepotong dua kek coklat aku letakkan ke dalam sebuah bekas lalu ditutup. Selepas itu, aku mula mengatur langkah menuju ke rumah jiran sebelah iaitu rumah hehe.. rumah si budak kerek tu lah.. rumah sapa lagi.

--•--

Edris POV :

Sesekali aku mengerling jam di dinding. Sudah pukul 3.15 petang. Kejap lagi sampailah tu mak aku. Perut dah lapar ni. Balik sekolah tadi aku hanya makan sebungkus roti 7days perisa coklat untuk isi perut.

Sementara menunggu mak aku balik dengan makanan, aku hanya membuang masa dengan menonton televisyen. Homework pun tak ada. Handphone pun aku jarang main. Just guna utuk belajar je. Haha, bosan kan hidup aku.

"Assalamualaikum" Kedengaran satu suara memberi salam.

Sape pulaklah yang datang petang petang ni. Selalu tak ade pun.

Langkah kaki diatur menuju ke tingkap rumah. Langsir tingkap aku selak, untuk melihat ke luar. Ahh, perempuan ni lagi. Tak ada orang lain ke. 24 jam dia je yang muncul.

Aku pedulikannya lalu sambung menonton televisyen. Namun suara orang memberi salam berkali kali masih kedengaran. Ishhh rimas betullah perempuan ni. Apa lagi yang dia nak?

--•--

Raisya POV :

Aik.. tak ade orang ke dekat rumah. Nak kata si budak kerek tu keluar, basikal dia ada je. Ke dia saja je nak palau aku ni?

Pin! pin! Bunyi hon kereta.

Aku berpaling ke belakang dan melihat terdapat sebuah kereta Myvi berwarna merah parking di hadapan rumah yang sedang aku berdiri ni.

Tidak lama kemudian, keluar seorang wanita dalam lingkungan umur 40 tahun dari dalam perut kereta lalu berjalan kearahku.

"Ye dik. Nak apa dekat rumah mak cik ni?" Tanya Mak cik itu lembut. Senyuman manis tak lekang di bibirnya.

"Saya Raisya. Saya dengan family saya baru je pindah dekat sini. Ni tadi ibu suruh beri sedikit kek coklat yang dia buat ni dekat mak cik." Jawabku sambil melirikkan senyuman membalas senyuman mak cik itu tadi.

"Oo.. terima kasih. Duduk dekat rumah nombor berapa?" Tanya mak cik itu lagi.

"Kita jiran mak cik. Duk sebelah je" Jawabku.

"Erm.. mak cik ni mak Edris ke?" Tanyaku pula.

"Haah ye. Mak cik lah mak nya si Edris. Nanti Raisya berkawanlah dengan anak si mak cik tu. Dia selalu sorang sorang. Sian pula mak cik tengok."

'memang nak kawan pun tapi anak mak cik tu yang kerek sangat' bebelku di dalam hati.

"Okelah mak cik. Saya balik dulu. Nanti mak cik kirimlah salam dekat Edris ye. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

AILUROPHILEWhere stories live. Discover now