Edris POV :
Pintu rumahku diketuk.
What! Seriuslah perempuan tu sampai ketuk pintu lagi. Nak kena perempuan ni, suka hati je masuk rumah orang.
Aku dengan perasaan geram membuka pintu rumahku. Ayat yang mahu dikatakan sudahpun tersusun di dalam kepala. Namun, perkara itu terbantut tatkala aku lihat mak aku yang berada di depan rumah bukannya budak perempuan tu.
"Ha, bukan main lama nak buka pintu. Tido ke?" Soal makku.
"Takdelah, Edris gi tandas tadi." Tipuku. ~jangan tiru aksi ini, tidak baik menipu yer :)
Mak aku melangkah masuk ke dalam rumah. Dia meletakkan satu bekas tupperware berwarna ungu di atas meja makan. Aku mahu tahu apa isinya jadi aku pun membuka bekas tupperware tersebut.
Dua potong kek coklat yang masih panas dapat aku hidu baunya. Sangatlah harum. Aku mengambil sepotong lalu dimasukkan ke dalam mulut. Rasanya sungguh sedap ya ampun. Lagi lagi coklat adalah perisa kegemaranku.
"Jangan nak gelojoh sangat makan tu." Tegur mak aku.
"Sedapnya kek ni. Mak beli dekat mana?" Tanyaku.
"Bukan mak beli. Jiran kita yang kasi tadi." Jawabnya sambil mengeluarkan bungkusan makanan yang sudah dibelinya dari dalam plastik.
"Oo.. Jiran kita yang mana?" Tanyaku lagi.
"Alah.. yang baru pindah tu. Yang ada budak nama Raisya tu." Jawab makku bersahaja.
"Hmmhh.. budak perempuan tu."
"Nape? Kamu kenal ke?"
"Dia deskmate orang." Jawabku separa bisik.
"Lah deskmate kamu rupanya. Bolehlah kamu kawan dengan dia. Mak tengok dia tu baik orangnya. Lagi satu, tadi dia kirim salam dekat kamu."
"Hmm Oke."
"Dah tak payah lah nak pikir pikir pasal benda tu. Sampai bila kamu nak sesorang je tak ada kawan"
Kata kata ibuku mengingatkan aku akan satu kisah silam yang pernah aku lalui. Aku mengeluh lalu mula menyusun langkah menuju ke bilikku.
Mak aku hanya memerhati saja tingkah laku anaknya. Dia tahu aku masih belum bersedia untuk jadi seperti dulu. Orang yang gembira dan ramai kawan. Tragedi yang berlaku betul betul sudah mengubah kehidupanku.
--•--
*Flashback*
"Nik, jom pergi kedai air Mak Timah tu" Kataku.
"Oke jom" Balasnya.
"Tapi macam biasa, sape lambat dia belanja." Kataku lagi lalu menolak Nik ke belakang. Aku terus membuka langkah berlari menuju ke jalan seberang.
"Weyh Edris tunggu ah." Kedengaran gelak tawanya mengejarku.
.....
BAMM!!
*End of flashback*
--•--Kejadian itu mula bermain di fikiranku. Tanpa disangka, kedua belah mataku mula mengalirkan air mata. Aku menangis mengenangkan dia.
YOU ARE READING
AILUROPHILE
NonfiksiKehidupan Edris iaitu seorang yang introvert mula berubah setelah kehadiran seorang pelajar perempuan baharu iaitu Raisya Aireena di dalam kelasnya. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Raisya agar hasratnya untuk menjadi kawan Edris tercapai. Sedangk...