Kringgggg
loceng berbunyi menandakan sudah tiba waktu rehat. Semua pelajar terus berpusu pusu ke kafeteria sekolah. Begitu juga dengan aku dan Fina.
Makanan telah siap aku beli. Lalu mataku mula melilar mencari meja makan kosong. Aku pun melihat si budak kerek atau namanya Edris atau lagi mudah deskmate aku sedang makan berseorangan di sebuah meja.
Aku dengan beraninya mengatur langkah ke arah meja yang diduduki Edris lalu duduk di kerusi di hadapannya. Walaupun aku perasan ramai pelajar yang memerhatikan gerak geriku, aku tetap tenang dan cuba untuk mengendahkan mereka.
"Hai deskmate. Nak makan sekali boleh?" Tegurku dengan senyuman manis.
Seperti biasa, budak kerek tu senyap sahaja. Tidak menjawab pertanyaanku. Sedikit reaction pun tak ada. Seolah olah aku ni hantu.
Aku hanya mempedulikannya lalu mula membaca doa makan. Baru sahaja, aku ingin menjamah sesudu nasi goreng. Si budak kerek tu pun bangun dan beredar pergi.
weyh.. mamat ni ingat aku ni hantu ke apa. Buat tak tahu je aku dekat sini. Ish geram betul. Nasib baiklah aku ni penyabar kalau tak dah lama dah pinggan nasi goreng ni melayang dekat muka dia.
Dapat didengari suara-suara pelajar sekeliling mula bercakap pasal aku.
"Hei.. Rai. Jomlah rehat sekali dengan kitorang." Pelawa Fina yang tiba tiba muncul disebelahku. Di sebelahnya pula ada seorang pelajar perempuan yang tidak aku kenali sedang melirikkan senyuman kepadaku.
"Ohh oke." Balasku dengan senyuman manis.
Kami bertiga duduk semeja. Makan makan sambil berborak.
"Jadi awaklah si Raisya Aireena tu?" Soal Nadrah, pelajar perempuan yang datang bersama Fina tadi kepadaku tatkala aku mula memperkenalkan diri.
"Haah" balas Fina pendek.
"Awak nak tahu tak. Satu sekolah dah mula cakap pasal awak." Katanya dengan perasaan teruja.
"Oo.. Apa yang diorang cakap pasal saya?" Tanyaku musykil kepada Nadrah.
"Diorang cakap ..."
"Jomlah cepat makan. Dah nak habis waktu rehat dah ni." Kata Fina memotong ayat Nadrah. Mereka berdua mula bermain main mata seperti menyembunyikan sesuatu dariku.
"Erm tak ada papelah.. diorang tak cakap apa apa pun." Kata Nadrah sengan senyuman.
"Ermm oke." Balasku bersahaja. Tak nak beritahu sudah.. tak kisah pun.
Kami bertiga kemudiannya mengemas meja makan dan masuk ke kelas masing-masing. Aku dan Fina kelas 4 AG. Manakala Nadrah pula kelas 4 AC.
Ya, untuk sesiapa yang belum tahu. Umur aku 16 tahun ye. Form 4. Dan untuk pengetahuan korang, kelas 4 AG dengan kelas 4 AC takdelah beza mana cuma kelas 4 AG ni khusus kepada subjek fizik, bio, kimia, addmaths. Kalau kelas 4 AC pula subjek mata pelajaran diorang tak ada subjek fizik, bio tu semua tapi diorang ada Asas Sains Komputer dan GKT.
Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Masuk masuk je dah nampak si budak kerek Edris tu.
Aduhh, nampaknya sampai baliklah aku kena palau dengan deskmate aku.
YOU ARE READING
AILUROPHILE
Non-FictionKehidupan Edris iaitu seorang yang introvert mula berubah setelah kehadiran seorang pelajar perempuan baharu iaitu Raisya Aireena di dalam kelasnya. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Raisya agar hasratnya untuk menjadi kawan Edris tercapai. Sedangk...