Satu set kertas addmath dibelek. Hampir kesemua soalan sudah aku jawab. Berkat rumus dari buku teks. Betullah orang kata, buku teks adalah cikgu yang tidak bercakap.
Cikgu Nisa memberikan seorang satu set kertas addmaths bagi tajuk yang baru habis kitorang pelajari. Untuk ulangkaji dan latihan. Dan kertas ni wajib dipulangkan esok, arahan Cikgu Nisa.
Tinggal lagi satu mukasurat je yang masih belum siap. Dan dekat mukasurat tu ada dua soalan. Guess what? Dua dua tu soalan KBAT!!
Haish.. cikgu ni kena faham. Saya ni KBAS jer ~ Kemahiran Berfikir Aras Sederhana. Bukan KBAR yer ~ Kemahiran Berfikir Aras Rendah. Para pembaca, jangan salah faham :)
Aku tengah cuba selesaikan soalan KBAT tu. Tetapi secara tiba tiba muncul satu makhluk berbulu di atas mejaku. Macam mana dia boleh muncul? Magic ke puff? Of course lah bukan. Makhluk bulu tu lompat naik atas meja aku. Dan tak lagi tak bukan makhluk berbulu tu mestilah kucing.
Aku membelai badan kucingku yang berwarna kelabu itu. Cute saja dengan badannya yang sedikit berisi. Btw, nama kucing aku ni Kiko, jantinanya betina. Baka badan besar dan ada enam jari dekat setiap kakinya. Haha unik kan.
Kucing ni aku ambil dekat kampung halamanku. Masa tu anak kucing lagi. Aku mintak dengan nenek aku nak bawa balik ke rumahku di Endau, Mersing. Dekat Johor.
Disangkakan kucing biasa rupanya kucing kacukan. Maybe dekat kampung, kucing nenek aku dia mengawan dengan kucing lain yang baka macam tu. Sebab tu dapat anak baka yang sama. Hushh cute gila. Rasa nak gendong sentiasa je si kiko tu.
--•--
YOU ARE READING
AILUROPHILE
NonfiksiKehidupan Edris iaitu seorang yang introvert mula berubah setelah kehadiran seorang pelajar perempuan baharu iaitu Raisya Aireena di dalam kelasnya. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Raisya agar hasratnya untuk menjadi kawan Edris tercapai. Sedangk...