Bab 6

7 1 0
                                    

Sinar cahaya matahari pagi mula menyinari segenap bumi. Aku bersiap untuk pergi ke sekolah. Setelah selesai bersarapan, aku mengambil beg sekolahku yang berada di sofa ruang tamu.

Pintu rumah dibuka. Kasut sekolahku di rak kasut dicapai dan dipakai. Dikemaskan tali ikatannya agar tidak tercabut.

"Mak, orang gi sekolah dulu." Laungku dari pintu rumah. Aku pasti mak aku yang sedang berada di ruangan dapur dapat mendengari suaraku.

"Ha yelah.. hati hati bawa basikal tu." Nasihat makku yang baru tiba di muka pintu rumah.

Setelah bersalaman, aku pun sudah bersiap sedia dengan menaiki basikal. Namun tiba tiba .....

--•--

Raisya POV :

"Edris!" Panggilku tatkala melihat deskmate aku tu baru keluar dari rumahnya dengan menaiki basikal. And you know what, Edris berhenti. Dia tak palau macam sebelum ni.

Aku berjalan menghampirinya. "Awak nak gi sekolah ke?"

Tiada respon. Senyap sahaja. "Weyh.. dengar tak?"

"Dah nak pergi sekolah lah. Nak pergi mana lagi." Jawab Edris dengan nada seperti terpaksa.

"Hehehe.. sorry. Btw, kita pergi sekolah sekali lah. Saya pun naik basikal jugak." Kataku.

"Tak payah. Pergi jelah asing asing asal nak pergi sekali." Balasnya.

Belum sempat aku menyambung kata kata seterusnya, dia pun mengayuh basikalnya beredar pergi.

weyh, dia pergi macam tu je. Hishh.. napelah aku ni nak sangat berkawan dengan dia. Tapi dia bukan nak kawan dengan aku pun. Haihhh....

AILUROPHILEWhere stories live. Discover now