Waktu addmath adalah waktu yang paling mengejamkan.~ huaa..
Cikgu Nisa sedang menulis sesuatu di papan putih. Tampaknya seperti soalan. Aduhh.. kalau betul soalan, aku harap bukan aku yang kena jawab.
"Oke. Semalam kita dah belajar cara untuk selesaikan soalan ni. Jadi harini saya nak buat latihan sedikit." Terang Ckgu Nisa.
"Sebelum tu, jom kita refresh dulu. Hmm, Edris jawab soalan satu." Sambungnya lagi.
Edris hanya menuruti kata kata Cikgu Nisa. Bangun dan bergerak ke papan putih bagi menjawab soalan tanpa perasaan gentar. Hmmhh.. mesti budak pandai kan.
"Soalan dua... Awaklah budak baru. Raisya kan?" Kata Cikgu itu lagi.
"Haah saya."
"Awak jawab soalan nombor dua. Soalan ketiga kita bagi.. ha Afrina."
Aku dengan Fina pun bangun lalu mula menyusun langkah ke papan putih.
Aduhhh apalah nasib aku..Aku dahlah tak berapa pandai. Macam mana ni..?
Soalan nombor dua aku perhati saja dari tadi. Kenapa tiba tiba semua ilmu addmaths dalam otak aku hilang.. ke mana semuanya pergi. ~huaa, ibu tolong Raisya.
"Bss.. bsss.." bisikku kepada Edris.
"Edris tolonglah aku.. pleasee.. aku tak tahu macam mana nak buat." Kataku lagi. Masih dalam nada berbisik.
Namun tiada sebarang respons dari budak si Edris tu.
"Weyh.. Edris tolonglah. Nanti aku bagi kau kek coklat lagi. Tolong aku please.. rumus pun jadilah."
Masih tiada sebarang harapan. Aku lihat pula Fina di sebelah. Dia pun tak pasti dia jawab betul ke tidak. Tapi sekurang kurangnya dia masih boleh menjawab, dari aku ni. Haihh.. aku mengeluh.
Secara tiba tiba, Edris berdiri di sebelahku lalu menulis rumus yang digunakan untuk menjawab soalan tersebut. Aku senyum puas. Yeayy, nasib baik budak kerek ni tolong. Jadi dia ni tak lah kerek mana macam yang Fina cerita.
Setelah rumus ditulis, dia duduk di tempatnya semula. Sempat aku mengerling ke arahnya, muka masih tak ada perasaan. Apa apa pun, thanks dowh.
Rumus dilihat kembali. Ilmu yang hilang tadi datang semula. Aku pun jawab soalan tu menggunakan rumus yang diberi. Dan akhirnya siap. Aku dan Fina kembali ke tempat duduk.
"Oke bagus.. semua betul.." Kata Cikgu Nisa.
Lega hatiku seketika. Aku merapatkan tubuhku ke arah Edris lalu berkata
"Terima kasih deskmate.."
"Jangan lupa kek coklat tu." Kata Edris.
Reaksi aku berubah. Ceh, ingatkan tolong ikhlas. Nak kek coklat je rupanya. :\
YOU ARE READING
AILUROPHILE
Non-FictionKehidupan Edris iaitu seorang yang introvert mula berubah setelah kehadiran seorang pelajar perempuan baharu iaitu Raisya Aireena di dalam kelasnya. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Raisya agar hasratnya untuk menjadi kawan Edris tercapai. Sedangk...