AZHAR memecut agak laju motor KAWAS AKI nya membelah lebuh raya kerana hari mahu hujan dan dia mahu segera sampai ke rumah ' ERRA untuk menyampaikan dokumen yang perlu di tandatangani oleh ayah ERRA ,CIKGU ABDULLAH TAN dan membawa nya semula ke kampus.Dia hanya perlu singgah untuk menyerahkan dokumen dan terus pulang ke kampung pada petang itu juga. Sebaik tiba di hadapan rumah tersebut tiada kereta Cikgu Abdullah kelihatan di porch dan Azhar pun menekan loceng.Seketika kemudian Puan Zaidah ibu Erra muncul dan segera membuka pintu pagar secara otomatik ." Cikgu tak de ke Untie,tanya Azhar sebaik dia bersalam dengan Puan Zaidah di pintu rumah."Dia ada seminar di Pulau B hari ini dan esok."Jawab Puan Zaidah sambil menyuruh Azhar masuk ke rumah."tak apelah Untie saya nak terus balik rumah sebelum hujan turun" ujar Azhar ."Eh kamu ni ,mana sempat nak sampai sana,langit dah nak runtuh,kamu bawa laju laju kan bahaya, rehat kat sini dahulu,bagitahu kat family u ada di sini"ujar Puan Zaidah.
Sebaik sahaja Azhar duduk di ruang tamu,Puan Zaidah minta diri untuk ke dapur membuat minuman dan kemudian keluar dengan membawa sepinggan kuih dan minuman panas untuk mereka berdua .Paun Zaidah menyuruh Azhar membawa masuk motosikal nya ke dalam porch kerana hari mahu hujan. Azhar akur dan segera mengalihkan motosikal nya sambil di perhatikan oleh Puan Zaidah." Sebuk sangat ke si Erra tu sampai tak nak ikut kamu balik kali ini?" tanya Puan Zaidah."tak tahu lah Untie ,dia kata ada progrem hujung minggu ni"ujar Azhar sambilmenghirup kopi nya.Hujan mula turun dan Untie segera ke belakang untuk menutup pintu dan tingkap di bahagian dapur. " Hah kan betul Untie cakap,kalau kamu balik juga tadi ,ntah sampai mana kamu kena hujan ni" ujar Puan ZAidah sambil duduk disebelah Azhar.
" Kalau kamu letih rehat lah dulu,pergi masuk bilik Erra tu,nanti Untie siapkan makan untuk dinner" sambung Puan ZAidah bila melihat Azhar menguap. Tanpa banyak bicara Azhar pun segera bergerak menuju ke bilik Erra di tingkat atas. Dia sudah biasa datang ke rumah itu sejak dia masih menjadi anak murid kepada Cikgu Abdullah. Namun bagi Azhar dia lebih seronok bila Cikgu Abdullah ada kerana dia rajin bercerita dan berbual dengan nya mengenai apa jua topik sejak dahulu lagi.Cikgu Abdullah merupakan salah seorang guru favourite Azhar dan sebaliknya Azhar juga menjadi pelajar favourite Cikgu Abdullah. Selain dari kecemerlangan di segi akademik,Azhar juga menjadi pelajar contoh di segi disiplin dan aktif dalam ko korikulum terutama kelab Bahasa Inggeris dan Sains dimana Cikgu Abdullah menjadi Guru Penasihatnya.
Puan Zaidah pula bagi Azhar seorang yang agak 'liberal dan social' mungkin kerana pekerjaan nya sebagai Pengurus Jualan bagi barangan kosmetik yang popular melalui sistem jualan langsung. Dari segi pemakaian dan penampilan nya Puan Zaidah amat menjaga personalitinya yang lebih up to date berbanding dengan Cikgu Abdullah yang agak konservatif .Di sinilah bagi Azhar ada nya konflik antara mereka berdua walau pun tidak secara terbuka tapi Azhar dapat menghidunya terutama bila dia mencuri dengar perbualan Erra dengan ibunya melalui telefon.
Atas kepercayaan nya yang tinggi kepada Azhar,Cikgu Abdullah tidak menghalang anak nya Erra yang setahun muda dari Azhar untuk berkawan rapat dengan nya.Puan Zaida pun sendiri merestui hubungan anak nya dengan Azhar kerana dia cukup berkenan dengan perilaku dan budibahasa Azhar di samping mempunyai personaliti dan penampilan yang menarik. Pada mulanya Azhar menganggap Erra sebagai adik angkat nya tetapi sejak dia memasuki Universiti dan berjauhan dari nya ,perasaan nya terhadap Erra makin berubah menjadi lebih menyayangi sebagai sahabat karib. Atas galakan Cikgu Abdullah juga Erra dapat memasuki Universiti yang sama dengan Azhar cuma berlainan kursus sahaja. Bagi Cikgu Abdullah dan Puan Zaida,keberadaaan kedua nya di Universiti yang sama banyak membantu mereka kerana kurang lah sikit kerisauan berpisah dengan anak tunggal nya kerana dia tahu Azhar akan menjaga Erra.
Bagi Azhar amanah dan kepercayaan Cikgu Abdulah dan Puan Zaidah cukup di jaga.Erra di atang bagai adik kandung nya sendiri dan dia sentiasa bersedia mengambil dan menghantar Erra ke mana sahaja yang di kehendaki .Helmet untuk Erra sentiasa ada di motornya dan orang lain tidak di benarkanuntuk menggunakannya. Bagi nya kehadiran Erra di universiti yang sama bagai bulan jatuh ke riba nya dan memberi inspirasi kepadanya. Erra pulak mewarisi sifat ibunya yang 'open minded' dan menaruh kepercayaan kepada Azhar mungkin kerana 'arahan atau kehendak ' mereka tanpa banyak kerenah.Di segi disiplin diri ,dia mungkin mewarisi dari ayahnya yang membolehkan nya selesa dan serasi dengan Azhar. Disegi ini,rasanya tiada konflik berlaku antara Erra dan Azhar.
YOU ARE READING
B.4.**SiJantung Hati vs Pesakit Jantung #
RomanceZaheera(Erra) anak kacukan Puan Zaida dan Abdullah Tan seorang guru menjadi kawan /kekasih kepada Azhar senior di sekolah dan bersambung hingga ke IPT. Puan Zaida pun mula menaruh hati pada Azhar dan sanggup berkongsi dengan anak nya dek kerana masa...