Part 5

1.6K 24 0
                                    


Seperti yang di jadualkan dua hari sebelum pembedahan Cikgu Abdullah,mereka bertiga tiba jam 6 petang selepa mengambil Erra dari asrama dan menanti Azhar habis kerja jam 5 petang kerana Azhar pun akan mengambil cuti dua hari sepanjang mereka ada di rumahnya bagi mempastikan mereka selesa dan dia ada bila di perlukan.Bila hal ini diketahui oleh Cikgu Abdullah melalui Erra ,dia menegur Azhar supaya jangan membazirkan cuti dan masa untuk melayan mereka kerana boleh menjejaskan penilaian prestasi tahunan kerjanya.

Azhar meminta Cikgu Abdullah dan Puan Zaida untuk menggunakan bilik tidur utama nya dan Erra akan menggunakan bilik tamu dan dia sendiri akan menggunakan bilik bacaan yang di guna sebagai bilik kerjanya juga.Semua telah siap untuk menerima tetamu dan juga bilik sementara nya yang di isi dengan pakaian nya untuk beberapa hari.Cikgu abdullah dan Puan Zaidah tidak putus putus mengucapkan terimakasih pada Azhar atas pengorbanan nya itu.

Keesokan harinya mereka menghantar Cikgu Abdullah berajumpa doktor mengikut appointment yang telah di tetapkan bagi mengukur tahap kesihatan dan kesediaan nya untuk menjalani pembedahan .Kedua dua Erra dan Puan Zaidah telah menunjukan muka sedih dan risau mengalahkan cikgu abdullah sendiri .Azhar menegur Erra dengan menasihatkan jangan tunjukkan apa jua emosi ketika itu dan 'be positive 'terhadap prosess yang akan di jalankan.masa ini  lah sekali Puan Zaidah melihat kematangan Azhar sebagai lelaki dan ketua keluarga yang di harapkan.

Malam tu mereka menjamu selera dengan menu Northern Indian pilihan Cikgu Abdullah dan susana begitu mesra sekali dengan hidangan tandoori ayam ,roti tempayan dan nasi beriani. mereka melihat Cikgu Abdullah begitu berselera sekali yang menimbulkan kehairanan kepada Puan Zaidah yang melihat perubahan itu. Pagi esok nya Azhar dan Erra keluar mencari sarapan seperti yang dihajatkan oleh Cikgu Abdullah iaitu nasi kerabu dan juga laksam .Oleh kerana mereka tidak merancang untuk masak ,maka menu untuk lunch pun di beli sekali oleh Azhar dan Erra. 

ketika bersarapan Cikgu Abdullah begitu rancak berbual bersama Azhar meliputi pelbagai topik seolah olah mahu melupakan esok adalah hari untuk dia menjalani pembedahan jantung yang menurut Puan Zaidah ia berisiko tinggi kerana keadaan kesihatan Cikgu Abdullah sejak kebelakangan ini.maklumat itu disampaikan kepada Puan Zaidah secara rahsia kerana di desak.   Kerancakan perbualan antara guru dan bekas murid kesayangan terpaksa di hentikan Puan  Zaidah pada jam 3 petang untuk dia memakan ubat dan berehat.  

Petang itu mereka bersembang di beranda kecil di luar ruang tamu sambil menikmati minuman petang yang di sediakan oleh Puan Zaidah sendiri dan  melihat pemandangan kota dari ketinggian yang menarik.Sekali lagi Cikgu Abdullah memuji keputusan Azhar membeli kediaman tersebut dan dia juga  menikmati pemandangan dan suasana tersebut.Malamitu mereka semua berihat dan tidur agak awal kerana mahu menghantar Cikgu Abdullah ke hospital .

Esok nya mereka bertolak jam 0730 pagi dan Cikgu Abdullah 'check in' jam 1000 pagi untuk persiapan proses pembedahan  dua jam kemudian. Mereka semua sempatlah bersalam dan bergambar dengan nya . Oleh kerana pembedahan di jangka mengambil masa antara 12 hingga 16 jam Puan Zaidah dan Erra di nasihatkan untuk pulang berihat dan menghubungi pihak hospital selepas jam 6  petang . Di rumah Azhar,Puan Zaidah dan Erra memerap di bilik masing masing dan Azhar membuat kerja di dalamblik nya.

jam 5 petang ,pihak hospital menelefon Puan Zaidah memaklumkan bahawa suami nya tidak dapat di selamatkan kerana berlaku komplikasi dan pendarahan yang banyak ketika proses pembedahan sedang di jalankan. Puan Zaidah terus meraung dan meluru ke bilik Erra yang kemudiannya turut sama meraung mengejutkan Azhar di biliknya. Azhar terpaksa mententeram kan kedua dua wanita pujaan nya itu yang meraung dan saling berpelukan.

Petang itu juga mereka bertiga pergi ke hospital untuk mengetahui status jenazah Cikgu abdullah dan dimaklumkan proses membuat post mortem hanya akan di buat pada pagi esok dan paling cepat jenazah boleh di tuntut selepas jam 3 petang.Mereka pun pulang semula ke rumah dan menghubungi saudara mara dan rakan rakan beliau dan serta pihak jawatankuasa masjid bagi urusan pengkebumian .

Hari esoknya mereka datang ke hospital jam 2.30 petang dan dibenarkan untuk mengeluarkan jenazah dari unit forensik jam 3.30  petang.Atas nasihat Azhar mereka bersetuju agar jenazah di sempurnakan oleh pihak ketiga di hospital tersebut dan hanya perlu membayar bagi segala  urusan termasuk penyediaan kereta jenazah untuk menghantar jenazah di kediaman nya dikampung halaman nya.Mereka di beri peluang melihat jenazah sebelum ianya di sembahyang kan .

jam 6 petang mereka bertolak mengiringi kereta jenazah untuk menghantar nya ke kempung halaman untuk di kebumikan. 

  

  

B.4.**SiJantung Hati vs Pesakit Jantung #Where stories live. Discover now