chapter 06

23 1 0
                                    

keesokan harinya, Hazel pergi ke sekolah seperti biasa, begitu juga dengan Aaron. Hazel berjalan menuju ke kelasnya di tingkat 2 sambil memikirkan sesuatu.

"siapa perempuan tu eh? dia rapat sangat ke dengan Aaron? ish, asal aku tetiba kisah pula ni. lantak lah." monolog Hazel.

Hazel masuk ke dalam kelas, dia melihat Zul sedang mengambil kehadiran kelas mereka, mungkin guru kelas mereka tak ada pada hari tersebut. Di sebelah tempat duduk Hazel sudah diduduki oleh si Aaron. Hazel tidak bercakap Dengan Aaron dari semalam.

Hazel melabuhkan punggungnya dia atas kerusi plastik lalu meletakkan begnya di atas meja. Aaron dari tadi memerhatinya, dia hairan kenapa Hazel tak nak bercakap dengannya.

"Hazel, awak okay ke?" bisik Aaron.

"..." tiada sahutan daripada Hazel. Hazel hanya menongkat dagu sambil tangannya kirinya ligat melukis sesuatu pada bukunya.

"ehem, saya-"

"jangan kacau saya boleh tak. sehari memang tak sah kalau awak tak kacau saya." Hazel mengalihkan perhatian kepada Aaron dan berhenti melukis.

"awak nak tidur luar ke malam ni??" ugut Hazel. katanya dengan nada berbisik.

"tap-"

"em." mata Hazel membulat besar.

"okay okay." Aaron terus diam. padan muka HAHAHAHA.

kring kring kring, menandakan waktu rehat bermula.

"terima kasih cikgu."

"lepas ni awak nak pergi makan kat kantin ke dewan makan?"

"kantin je lah, saya ada bawa duit lebih tadi."

"aku nak makan dengan kau boleh kan??"

"sejak bila aku ajak kau?"

"alaaaa." pelbagai karenah pelajar sekolah waktu rehat.

"wei wei aku dengar ada budak baru lah."

"ye ke? kelas mana?"

"aku dengar dia masuk kelas 6AS2."

Hazel memasang telinga mendengar percakapan para juniornya.

"budak baru?" Hazel mengerutkan dahinya.

selang beberapa minit kemudian.

Hazel masuk semua ke kelasnya, terdengar agak bising rakan sekelasnya. rupa-rupanya disebabkan ada budak baru, patutlah kecoh.

Hazel melihat ke pelajar baru tersebut. wajah Hazel berubah 180 darjah setelah dia melihat wajah pelajar baru yang akan menjadi rakan sekelasnya.

flashback...

Hazel semasa tingkatan lima agak nakal. dia selalu membuli pelajar yang lemah. mangsa utamanya ialah seorang pelajar perempuan yang bernama Clarissa Efento, pelajar kelas sebelah. Hazel selalu membuli Clarissa.

"Zel, aku rasa kau patut siram je dia ni guna air." kata salah seorang daripada kawan Hazel, Zie.

"apa kata kita guna air tuuu." Sya juga salah satu daripada mereka. antaranya, Zie, Sya, Fely dan Hazel.

Zie dan yang lain tersenyum gembira kecuali Hazel.

"jangan buat saya macam ni, pliss." rayu Clarissa.

"banyak cakap lah kau perempuan, Sya ambil baldi cepat. kejap lagi nak habis waktu rehat."

tetiba telefon Hazel berdering.

"guys, aku nak jawab panggilan jap. nanti aku datang balik."

"ha pergilah," jawab Fely.

selang beberapa minit. Hazel kembali ke tandas semula dan agak terkejut melihat pemandangan di depannya.

UNEXPECTED HUSBAND (COMPLETE) √Where stories live. Discover now