chapter 11

12 1 0
                                    

"bye! hati-hati ke sekolah!" Hazel melambai ke Aaron.

"bye, jangan keluar rumah."

"yeeee."

sebaik sahaja kereta milik Aaron meninggalkan halaman rumah. Hazel terus masuk ke dalam semula.

"aih mamat ni kan."

"Hazel kau kena stay kat rumah, kalau tak habislah kau."

Hazel menuju ke biliknya.

tiba-tiba, telefonnya berdering.

"helo?"

"..."

"kalau aku tak ikut, boleh?"

"...?"

"apa?!!... okay!"

-

balik sahaja dari sekolah, Aaron terus menuju ke rumahnya. sesampainya dia di sana, dia mencari kelibat Hazel.

"Hazel?" dia memanggil nama Hazel berkali-kali. Setelah puas mencari, dia ingin memastikan bahawa Hazel tidak meninggalkan rumah. Lalu dia mula mencari Hazel di biliknya.

"Hazel!" dia melihat Hazel sedang tidur nyenyak di atas katil dengan pakaian tidur pada bajunya.

flashback

Hazel menyedari jam sudah menunjukkan jam waktu balik sekolah, jadi dia cepat-cepat balik ke rumah agar Aaron tidak sedar dia telah ke luar rumah pada hari tersebut. Kebetulan dia sampai di rumah, kereta Aaron sudah berada di halaman rumah mereka.

"shiaaa!" dia menggigit bibir memikirkan bagaimana hendak masuk ke rumah sebelum Aaron menyedari keberadaannya sekarang. Jadi, terlintas satu idea di benak fikirannya. Dia melihat ke atas. Hazel terus memasuki rumah melalui jendela bilik tidurnya.

"uishh, nasib baik sempat." baru sahaja menghela nafas lega, dia perasan baju yang dikenakan olehnya sangat tidak patut dilihat oleh Aaron. Jadi, dia segera mencari baju yang sesuai.

"Hazel." mendengar suara Aarok semakin mendekati pintu biliknya, dia langsung merembat baju tidurnya pagi tadi di atas katil. Apalagi, Hazel terus berpura-pura tidur.

end flashback

"Hazel?"

"oh tidur." dia melihat ke arah Hazel. Dia perasan Hazel sedang berpeluh. Mana tak berpeluhnya, naik ke atas atap bukanlah mudah, sudah tentu memerlukan tenaga yang banyak. Aaron langsung mendekatinya, dia mengelap peluh di dahi Hazel.

"Hazel, awak okay ke? kenapa awak berpeluh??" Hazel berpura-pura seperti baru hendak bangun tidur.

"hm?"

"awak sakit ke?"

menyedari dirinya berpeluh sehingga menyebabkan Aaron menyangka dia sakit, dia langsung mereka cerita sendiri.

"er mana ada saya sakit. mungkin sebab aircon tak pasang kot?" Hazel hanya tersengih sambil mengelap peluh yang membasahi wajahnya. Aaron percaya dengan kata-kata Hazel, lalu dia pergi memasang aircon untuknya.

-

Dua hari kemudian...

Hazel baru sahaja keluar dari bilik mandi sambil mengelap rambutnya menggunakan tuala. Sebaik sahaja keluar dari bilik mandi, dia melihat Aaron yang sedang duduk di atas katil sedang memandang ke arahnya.

"awak buat apa kat sini??" terketar-ketar Hazel bertanya.

"..." dia tidak menyahut tapi

"duduk sini." dia menepuk katil empuk itu ingin Hazel duduk di sebelahnya.

UNEXPECTED HUSBAND (COMPLETE) √Where stories live. Discover now