Bunyi burung di luar sedang berkicauan dan saling menyahut antara mereka. matahari sudah bangun. rumput dengan gembira menari-nari di pagi hari. awan pula memburukkan suasana. wajah awan kelihatan muram pagi itu. setelah bermuram, kini dia sudah menangis.
segelas kopi yang masih berasap diteguk perlahan. kaki disilang. tangannya lantas mengambil telefon Samsung s24 di sebelahnya. air kopi diteguk lagi.
"bahh!" air kopi yang hendak diteguk habis membasahi baju Hazel.
"aisat!!"
"huh?" Aaron buat tak tahu salah dia.
"see, what you've done to me!!!"
"uh sorry hehe." Aaron tersengih.
Hazel bingkas bangun untuk menukar bajunya yang sudah basah.
setelah bertukar pakaian, dia turun semula ke bawah. dia melihat Aaron sedang bermain dengan air kopi yang tumpah lalu dimasukkan semula ke dalam gelas. telefon Hazel pun dimasukkan nya sekali.
"wtf..."
-
akibat terlalu marah, Hazel menghalau Aaron ke luar rumah yang masih hujan. Aaron cuba berkali-kali untuk buka pintu dari luar tapi sudah dikunci oleh Hazel dari dalam.
sekitar tengah hari, hujan pun berhenti turun. Hazel bingkas bangun dari katil. baru dia teringat, Aaron masih di luar rumah. ingatkan nak suruh dia duduk kat luar 30 minit tapi Hazel terlelap dibuai mimpi bersama suasana air hujan yang sangat menyenyakkan tidurnya.
"omg Aaron!" Hazel segera turun ke bawah. dia membuka pintu dan melihat Aaron sedang menggeletar duduk di depan pintu rumah. wajahnya basah mungkin kerana air hujan yang dibawa ribut. mulutnya sedikit pucat.
"Ha-Hazel..."
"uh I'm sorry..." dia terus mengangkat Aaron masuk ke dalam rumah. diambil nya selimut untuk menutupi tubuh Aaron.
"awak kena mandi dulu."
Hazel membawanya ke bilik mandi. usai itu, dia hendak keluar.
"aa Ha-Hazel..." tangan Aaron menggeletar berserta bibirnya.
Hazel menoleh. dia berfikir mungkin dia tak boleh mandi sendiri. jadi, dia pun tolong mandikan Aaron. sekali dengan dia yang mandi.
-
Aaron sedang berbaring di katil. selimut ditarik untuk menutup tubuhnya yang menggeletar. Hazel menyentuh dahinya, panas. Hazel segera mengambil ubat dan air untuk diberikan kepada Aaron.
"Aaron, makan ubat jap." dia membangunkan Aaron yang hampir terlelap.
"mm tak... nak..." dia menolak ubat yang diberi.
"aduh, janganlah macam ni. buat saya rasa bersalah kalau awak tak sembuh."
"tak... nak... ubat... pahit... tak sedap..."
Hazel memandang dengan pasrah. tanpa berfikir panjang, Hazel menyumbat ubat ke dalam mulutnya lalu
"Aaron pandang sini..." disuap oleh Hazel dari mulut ke mulut. ubat sudah pun ditelan oleh Aaron tapi kenapa Hazel dapat merasakan mulutnya tidak dapat dilepaskan. ketika itulah Aaron menarik pinggang Hazel dengan kedua-dua tangannya untuk mendekatkan dirinya. Hazel tersentak, dia cuba untuk melepaskan diri. namun, bibir yang bertemu ini terasa menyenangkan. lalu Hazel memberikan semuanya pada Aaron.
-
"wth..." Hazel sedikit kesal setelah mengalami apa yang telah terjadi sebentar tadi antara mereka.
Hazel menoleh ke sebelahnya, Aaron sedang tidur nyenyak dibuai mimpi. Selimut ditarik ke atas untuk menutupi tubuh Aaron yang sedikit terdedah untuk mengelakkannya sakit lagi.

YOU ARE READING
UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅
Детектив / Триллер[COMPLETE] ADA kalanya perkara itu memang disengajakan. jika cinta dan dendam disatukan, adakah boleh berjalan seiringan waktu? alangkah baiknya jika dendam dapat dilupakan jika ada cinta. namun, perkara itu sama ada mustahil atau tidak...