Hazel sedang menyandarkan diri pada katil sambil scroll telefonnya. Dengan ketawa yang tak henti-henti, oleh kerana melihat video lucu yang dipaparkan di media sosial seperti Tiktok dan Instagram. Bukan apa, bontotnya masih sakit akibat terjatuh di bilik mandi tadi, sebab tu lah dia menghabiskan masanya di atas katil sahaja.
"lawak lawak HAHAHAHAHAH!" dia menepuk-nepuk bantal di sebelahnya tiap kali dia ketawa.
Ting! satu mesej masuk. Hazel terus membuka aplikasi tersebut lalu melihat mesej yang dihantar. Wajahnya yang tadi ceria kini menjadi kusam. Setelah meneliti mesej tersebut, wajahnya buntu mencari jalan penyelesaian.
"macam mana ni?!?! huwaaa!" dia sedang buntu.
ketika kehabisan idea, muncul satu idea di benak fikirannya. dia terus angkat dari tempat tidur lalu membuka bagasi yang belum dibuka sejak hari pertama dia ke rumah tersebut. dia langsung berganti pakaian.
sebelum terjun melalui jendela, dia melihat situasi di tingkatan bawah. nampaknya, semua orang sedang rancak berbual di meja makan.
seterusnya, dia melihat cctv di sekitar rumah sebelum dia menutupi cctv tersebut menggunakan gula-gula getah yang berwarna hitam. sudah tentu dia melakukan perkara tersebut dengan hati-hati agar tidak dicurigai.
selesai itu, dia terus terjun melalui jendela di biliknya yang tepat menuju ke depan pagar rumah.
-
"Hazel Hazel." panggil Aaron dari bawah sebelum membuka pintu bilik Hazel. namun, Hazel sedang membaringkan diri di atas katil, nyenyak tidurnya.
Aaron menghampirinya lalu membangunkannya. Buruknya wajah Hazel tidur, air liur deras mengalir ke cadar tilam, mulut terbuka luas seluas laut China selatan. lengannya dijadikan bantal.
menyedari ada yang menghampiri dan menyentuh lembut mulutnya, Hazel terus membuka matanya. dia memandang ke arah Aaron yang sedang mengelap air liur di mulutnya.
"yakk! awak buat apa ni?" Hazel terus mengalihkan jari Aaron yang mengelap air liur di mulutnya. dia memandang Aaron dengan hairan. jari Aaron yang masih ada sisa air liurnya diangkat oleh Aaron tinggi ke udara.
"yakk! itu kotor lah! pergi basuh tangan awak!" Hazel langsung memusingkan belakang Aaron dan menendang bontotnya untuk membasuh tangannya di bilik air. namun, tenaganya tidak cukup berbuat demikian.
"mana ada kotor, this is my wife saliva, so it's nothing." boleh pula dia tersenyum sampai hilang anak matanya.
"still it dirty!" teriak Hazel.
"Aaron! awak pergi basuh tangan sekarang atau saya tendang awak masuk cuci tangan?!" dia sendiri geli dan malu melihat jari Aaron dipenuhi air liurnya.
"okay okay." Aaron ketawa kecil.
-
"awak, jom turun."
"turun pergi mana?"
"pergi bawah lah."
"tak boleh, bontot saya masih sakit."
"kalau macam tu, saya gendong awak eh?" Aaron terus menggendong Hazel bridal style.
"eh! lepaskan saya Aaron, saya tak nak." Aaron terus melepaskan Hazel dari pegangan nya.
"argh!"
"sorry sorry my wife!"
"sorry?! yang awak hempas saya macam tu je dah kenapa huwaaa!" Hazel memang hendak menangis namun ditahannya.
"I'm so sorry Hazel!" dia langsung mengelap air mata Hazel yang sedikit mengalir menggunakan ibu jarinya.
YOU ARE READING
UNEXPECTED HUSBAND (COMPLETE) √
Misteri / Thriller[COMPLETE] ADA kalanya perkara itu memang disengajakan. jika cinta dan dendam disatukan, adakah boleh berjalan seiringan waktu? alangkah baiknya jika dendam dapat dilupakan jika ada cinta. namun, perkara itu sama ada mustahil atau tidak...