Kedua-dua pasangan pengantin berjalan beiringan di atas karpet warna merah. semua tetamu berdiri sambil bertepuk tangan untuk mereka.
perkahwinan Hazel dan bakal suaminya itu berlangsung di halaman rumah Hazel yang agak besar, kalah stadium bola sepak.
rumput halaman rumah yang berwarna hijau membuatkan tempat yang sudah dihias dengan pelbagai bunga semakin indah dan cantik dilihat. simple tapi mewah.
seorang paderi yang dipanggil untuk memberkati mereka sudah menunggu mereka di atas pentas perkahwinan mereka.
dalam sekelip mata, Hazel yang berstatus bujang selama ini sudah bergelar isteri. perkara yang tidak pernah Hazel sangka, lelaki yang dipanggil suami dan yang sudah sah menjadi suaminya ialah lelaki yang sangat dikenali.
Hazel menuju ke biliknya setelah dia selesai melayan semua tetamu. dia mendudukkan dirinya di atas katil dengan wajah yang tidak menyenangkan.
"omg! macam mana dia tu boleh jadi suami aku. hello, mama memang tak ada pilihan lain ke?" bunga ros yang ditabur di atas katil itu dikuisnya satu persatu lalu dibaling.
Hazel sedang berada di bilik pengantin yang sudah dihias dengan bunga ros, dan terdapat sepasang angsa yang dibentuk seperti hati menggunakan tuala juga.
Hazel membaringkan diri sebentar. tiba-tiba pintu dibuka dari luar oleh seseorang. Hazel tidak sedar akan kehadiran orang itu.
"Hazel?" Hazel yang memejamkan matanya sebentar, terus bangun dari kedudukannya tadi.
"kau buat apa kat sini?"
"salah ke? aku kan suami kau sekarang."
"helo Aaron Zyandex, siapa benarkan kau masuk sini??" oh rupanya Aaron yang dikatakan olehnya lelaki yang tidak bertuah kalau berkahwin dengannya.
"dah kahwin, jadi suami isteri pun masih guna 'aku kau'."
"suka hati aku lah." Hazel buat de je.
"Hazel Ryan, ingat Aaron Zyandex ini sudah menjadi suami you. so, please respect me." Aaron tetiba membuka butang bajunya satu persatu, dari atas sampai bawah.
"jap, kau buat apa ni??"
"why? is there something wrong? and please, I want to remind you again, don't use 'aku kau' faham?" Aaron pun agak blur dengan apa yang Hazel cakap.
"erh tak kisah lah, yang kau buka baju tetiba ni kenapa?"
"panas, bilik ni panas. tak ada aircon ke?" dengan selamba Aaron melempar kan baju kot hitamnya ke Hazel. muka Hazel yang agak kecil tu habis hilang ditutup oleh baju itu. Hazel menarik baju yang melekat pada wajahnya dengan muka nak je tembak Aaron tu sekarang.
"wth-" Aaron sudah masuk ke bilik mandi dan hanya mengenakan boxer sahaja sebelum dia masuk ke bilik mandi.
"weeiii!" Hazel menjerit, terkejut dengan apa yang dilihat. Aaron hanya tersenyum, sengaja mengusik Hazel.
"kau cepat tutup pintu tu!" Hazel berkata sambil menutup matanya menggunakan tapak tangannya. tak sanggup lihat. Hazel tidak lagi menutup matanya setelah dia mendengar pintu bilik mandi ditutup.
"oh mak kau hijau!" latah Hazel apabila Aaron betul-betul di depannya sekarang. nasib baik dh pakai seluar.
"pandai juga you melatah." Aaron menahan tawa. jarak antara mereka sekarang hanya seinci.
"kau-kau buat apa ni?" Hazel tergagap-gagap berkata ketika Aaron semakin mendekatinya menyebabkan Hazel tersepit di antara Aaron dan birai katil. Hazel tidak tahu hendak berbuat apa.

YOU ARE READING
UNEXPECTED HUSBAND S1 (END)✅
Mistério / Suspense[COMPLETE] ADA kalanya perkara itu memang disengajakan. jika cinta dan dendam disatukan, adakah boleh berjalan seiringan waktu? alangkah baiknya jika dendam dapat dilupakan jika ada cinta. namun, perkara itu sama ada mustahil atau tidak...