Hazel memberanikan diri untuk bertanya perkara yang sudah lama dia ingin tanyakan pada Aaron. Aaron sedang duduk di atas kerusi koridor sambil kakinya disilangkan dan surat khabar pada tangannya menutup wajah tampan nya.
Hazel berjalan perlahan menuju ke arah Aaron.
"ha, awak nak apa. jalan terjengket-jengket." kata Aaron tetapi matanya masih fokus pada surat khabar yang dibacanya. Entah apa yang dia baca.
Hazel yang diketahui itu langsung buat muka tak tahu.
"sa... saya nak pergi... pergi sana... ha... nak tengok pemandangan dari koridor ni." Hazel terus berjalan menuju ke luar koridor, Aaron hanya semeter je jarak dari dia.
"hm." Lama Hazel hendak memikirkan ayatnya.
"Aaron... ummm, saya nak tanya sesuatu boleh?" dia kumpul semua keberanian dia.
"hm apa dia?" dia berkata tanpa memandang Hazel.
"ada gambar... dalam dompet awak-" Aaron terus menurunkan surat khabar yang menutupi wajahnya tadi. dia curiga dengan soalan yang ditanya oleh Hazel.
"janganlah pandang saya macam tu." kata Hazel tergagap-gagap.
"dompet? gambar? awak ambil dompet saya ke??" Aaron mengangkat sebelah bulu keningnya.
"taklah... buat apa saya nak ambil dompet awak."
"habis tu?"
"saya belum habis lagi cakap, saya nak tanya, ada gambar perempuan kat dalam tu kan. saya nak tanya je, siapa dia?"
"ohhhh" sebelum memberi jawapan.
"jap, asal awak nak tahu siapa dia? awak jeles ke?"
"ya Tuhan, mana ada. Just curious. you know, saya tak suka benda yang mencurigakan."
"ye ke?" Aaron hanya tersenyum.
"betul lah, buat apa saya nak jeles. bukan saya kisah pun."
"habis tu, awak nak tahu siapa dia, apa pula tu. tak ke jeles namanya. yelah suami awak simpan gambar perempuan dalam dompet dia walaupun sudah kahwin."
"ish, kalau awak tak nak bagitahu tak apa lah. malas lah bercakap dengan awak."
Hazel hendak berlalu pergi namun Aaron mencapai pergelangan tangannya.
"tunggu." Hazel agak tersentak. Dia menoleh ke arah Aaron yang masih tidak mahu melepaskan pergelangan tangannya.
"hm?"
"betul awak tak nak tahu siapa dia?" dia bertanya untuk kepastian.
"bukan penting pun. lepaskan saya, saya nak berak ni." Aaron melepaskan pergelangan tangan Hazel, baru sahaja hendak berlalu,
"ex fiance." Hazel terus tidak menyambung langkahnya.
"she is my ex fiance. don't worry, she already left this world. I didn't expect you ask about her. I almost forget her."
"do you still love her? and why she-"
"I don't know, I still confused about my feeling. we almost get married but..." air matanya menitis tapi ditahan.
"It's okay, if you don't want to tell about her." Hazel menuju ke Aaron, Aaron langsung memeluk pinggang Hazel, dia menyembam kepalanya pada bahagian perut Hazel. Melihat itu, Hazel terus mengusap lembut kepala Aaron.
"I am idiot Hazel! I should not tell her to come to my office that day." he start crying.
"do you know what, I kill our child too..." Hazel agak terkejut mendengar itu. 'aku kahwin dengan tunang orang?'
YOU ARE READING
UNEXPECTED HUSBAND (COMPLETE) √
Mystère / Thriller[COMPLETE] ADA kalanya perkara itu memang disengajakan. jika cinta dan dendam disatukan, adakah boleh berjalan seiringan waktu? alangkah baiknya jika dendam dapat dilupakan jika ada cinta. namun, perkara itu sama ada mustahil atau tidak...