chapter 01

108 2 0
                                    

sebuah kereta BMW sudah terpacak di pagar sekolah. pemandu di dalam kereta tersebut keluar lalu membukakan pintu untuk seseorang yang berada di tempat duduk belakang kereta itu.

"silakan cik muda." dia mempersilakan orang itu dengan hormat dan tunduk kepada orang tersebut. seorang gadis keluar dari kereta tersebut dengan pakaian lengkap sekolah.

dia menapak keluar dari kereta dengan menyandang beg sekolah warna biru laut dan dua buah buku dipegangnya. dia menuju ke kelas kemudian tiba-tiba berhenti di tengah jalan. dia memandang ke bawah kasutnya.

"asal tali kasut aku ni asyik terbuka je dari tadi? lantak lah!" getus hati gadis itu.

"Lukman bersedialah kau. cik muda kau tu dah sampai. minta tolong ikatkan tali kasut." kata salah seorang pelajar di situ. Lukman menoleh ke belakang dan memang benar apa yang dikatakan oleh pelajar itu tadi. Lukman memperlahankan langkah kakinya.

"Lukman, tunggu jap." gadis itu memanggilnya. dia mahu Lukman menunggunya tetapi Lukman dari tadi sudah menunggu kedatangannya.

"macam biasa." Lukman terus duduk mencangkung untuk mengikat tali kasut gadis itu. Hazelend Ryan, cucu kesayangan pemilik Gold High School. dia memang suka menyuruh orang lain melakukan sesuatu untuknya walaupun benda tu dia boleh buat sendiri seperti mengikat tali kasutnya. Hazel terus meninggalkan Lukman di belakang setelah tali kasutnya selesai diikat.

dia terus menuju ke kelasnya, 6AS2. keadaan agak bising pagi itu. sekali dia melangkah masuk ke dalam kelasnya itu, sesornag yang paling dibencinya duduk di tempat duduknya.

"hi good morning!" sapa lelaki itu, Aaron Zyandex, satu-satunya lelaki yang berani mendekati Hazel.

"asal kau duduk kat kerusi aku ni?" Hazel meletakkan begnya di atas meja sebelah meja yang sepatutnya tempat duduk Aaron.

"lek lah, duduk jap. aku nak beritahu kau sesuatu ni." Hazel terus duduk tanpa banyak tanya. lagi cepat benda ni selesai lagi cepat dia duduk kat tempat dia. dah lah tanpa rasa bersalah Aaron menconteng buku nota Hazel. Hazel merampas buku nota miliknya sebelum semakin teruk diconteng oleh Aaron.

"cepat lah cakap, benda apa yang penting sangat tu." rimas Hazel dengan sikap Aaron.

"aku nak ajak kau keluar malam ni kat Fantasy Club, pukul 8.00. aku tunggu kau kat sana."

"jangan lupa." Aaron memperingati Hazel sebelum dia angkat dari tempat duduk Hazel.

"ada hati nak ajak aku keluar. suka hati aku lah nak ke tak nak." bebel Hazel. satu mesej masuk.

Aaron Zyandex
jangan lupa malam ni, Fantasy Club.

Hazel memandang ke arah Aaron yang sedang menyandar di tepi pintu, Aaron sedang memerhatinya dari tadi.

Hazel
okay.

Aaron tersenyum puas dengan jawapan Hazel namun Hazel hanya mengiyakan sahaja, belum tentu dia akan datang. tidak lama kemudian, sir Jason masuk untuk mengajar subjek addmath. pembelajaran dijalankan seperti biasa.

-

"guys! aku berjaya ajak dia keluar." dengan girang Aaron berkata kepada kawan-kawannya.

UNEXPECTED HUSBAND (COMPLETE) √Where stories live. Discover now