PROLOG

226 3 0
                                    

DINDA labuhkan duduk di barisan paling belakang sekali dalam kelompok keluarga mentuanya.
Sesekali bertemu pandang dengan ahli keluarga daripada pihak sana, Dinda sekadar mengukir senyum kecil. dadanya berdebar. Jari jemari mengigil halus. Detak jantung juga berbeza iramanya berbanding kebiasaan.

Allah, kuatkanlah aku! monolog Dinda dalam hati.

"Aku nikahkan kau dengan NUR ELINA BINTI MUHAMAD EDRUS yang berwakil walikan aku, dengan mas kahwinya..."
Lantunan suara tok kadi di dalam sana tenggelam timbul menampar telinga Dinda.

Dinda sedut nafas dalam-dalam, lalu hembus perlahan. Saat ini, Sehabis daya dia cuba pujuk diri supaya bertenang dan bersabar.Semuanya yang berlaku sudah tertulis takdirNya.Kuat Dinda. Ada bahagian kau nanti. Yang baik-baik pastinya. Bisikan halus itu bersulam dengan lantunan suara tok kadi menerjah gegendang telinga Dinda buat sekian kali.Dinda senyum sendiri. Senyuman dalam kepedihan. Ya,ada bahagiannya nanti Allah sebaik-baik perancang. Allah sebaik-baik pengurus.Aku serahkan seluruh hidupku kepadaMu, Ya,Allah.

Dinda pejam mata seketika. Terasa sepasang matanya berat dan hangat. Sesekali tatkala dia pandang ke hadapan sana, melihat lelaki itu kacak dalam persalinan serba putih, detak jantung Dinda makin tidak mampu dikawal jadinya. Kalau dalam dunia ni, Dinda tak perlu fikirkan sesiapa, rasanya Dinda dah bangun, berlari mendapatkan lelaki itu. Melelar tangan lelaki itu supaya bangun, tinggalkan tempat ini. Pergi sejauhjauhnya. Biarkan tiada yang mencelah di tengah bahagia milik mereka. Argh! Rapuh betul perasaannya hari ini.

Dinda melingaskan pandang ke sebelah pihak sana. Dan sepasang mata Dinda kemudian terpasak pada sepasang mata yang turut melontar pandang ke arahnya. Wanita itu nampak cukup cantik dalam persalinan warna senada dengan lelaki tadi. Solekan pada wajahnya buatkan kecantikannya hari ni nampak begitu menyerlah. Wanita itu senyum pada Dinda.Hari ini pertama kali Dinda pandang wanita itu dari jarak sebegini dekat.

Dinda larikan pandangannya daripada terus bertaut pandang dengan wanita itu. Dia menekur pandang ke lantai. Kolam matanya yang sudah melimpah terus sahaja pecah. Basah kedua belah pipi. Mujur Dinda ada selit tisu dalam handbag. Cepat dia keluarkan tisu dari handbag. Seka air mata di kedua belah pipi

"Thanks,sayang. Sudi terima abang yang takde apa-apa ni sebagai suami sayang. Insyaa Allah abang akan bahagiakan sayang. Sayang doakan abang dimewahkan rezeki ye. Nanti apa je sayang mintak, abang boleh penuhi."
"Sayang tak kisah macam mana pun kehidupan kita. Cukup abang sentiasa ada bersama sayang, mencintai sayang seadanya. Setia hingga akhir hayat sayang."

Ah, kenangan. Kenapa masa sekarang juga nak datang? Semuanya terlayar diruang mata seolahnya baru semalam terjadi. Hakikatnya sudah memasuki tahun ke 9 usia rumahtangga mereka.

“Aku terima nikahnya El... Elina... err Nur Elina..."
Nada suara separa menggigil itu bergema di dalam masjid.

Dinda dongak. Melontar pandang ke hadapan. Terpasak sepasang matanya pada lelaki yang mengenakan persalinan serba putih yang duduk bersila depan tok kadi.

"Kamu seperti belum bersedia." Tok kadi menegur.
Lelaki itu menggeleng beberapa kali. Kemudian dia meraup wajah. Hela nafas panjang. Matanya menentang mata tok kadi dan mereka yang ada di sekelilingnya. Entah kenapa dia rasa malu.

"Bukan kata yang ini, kali kedua dah kan?"
Dia mengangguk perlahan bersama senyum kecil dibibirnya.

"Maaf, saya tak tahu kenapa tiba-tiba jadi resah semacam."
Tok kadi senyum mengangguk. Dia tepuk-tepuk bahu pengantin lelaki yang duduk bersila di hadapannya ketika itu.

"Bertenang dulu. Ambil masa sekejap. Dalam sepuluh minit lagi kita mulakan."
Dia mengangguk perlahan selepas mendengar kata-kata tok kadi.

UNTUK 5 HARI KAU DAN AKUWhere stories live. Discover now