Bab 16

110 0 0
                                    

KELUARGA Zaqrul sudah siap menanti di ruang tamu. Manusia paling gembira sekali sudah tentulah Puan Zaharah. Bukan main excited lagi nak sambut menantu baru. Mana Puan Zaharah tak seronok nak bermenantukan Elina, pertama kali jumpa, Elina sudah hadiahkan seutas rantai tangan emas. Walaupun tidak besar mana rantai tangan tu, yang penting emas 916. Kena pula dia memang pengumpul emas tegar.

"Kau lambat lagi ke? Dah pukul berapa ni Zaqrul oii."
Sayup-sayup Dinda dan Zaqrul mendengar bebelan Puan Zaharah dari tingkat bawah. Kebetulan pintu bilik mereka tidak ditutup rapat. Kalut Dinda butangkan baju melayu Zaqrul. Jemarinya menggigil. Zaqrul memakai sepasang baju melayu satin warna putih, lengkap dengan sampin songket warna hitam bercorak benang emas.

"Handsomenya suami Dinda."

"Isteri abang depan mata ni pun cantik. Persis bidadari." Balas Zaqrul ikhlas.
Dia senyum pada Dinda. Siap memakaikan butang pada baju melayu Zaqrul serta betulkan sampin, Dinda ambil masa merenung seketika lelaki yang sudah siap sedia untuk majlis pernikahannya sekejap lagi.

"Kalau Dinda ni persis bidadari, takkan lah abang kahwin lagi seorang, kan? Dinda tak sempurna. Banyak kekurangan. Dinda tak boleh mengandung. Mana layak Dinda disebut persis bidadari." Ayat sedih macam ni yang buat Zaqrul tak tahan dengar.

"Jangan cakap macam tu. Dinda bukan tak boleh mengandung. Rezeki kita belum sampai,sayang." Dinda mengangguk.
Betullah apa Zaqrul cakap tu. Rezeki mereka belum sampai. Dalam melayan emosi, tibatiba pintu bilik mereka ditolak kasar. Puan Zaharah terpacak di tengah pintu bilik sambil bercekak pinggang. Pandangan matanya yang menyinga ditala menentang pandangan mata Dinda. Lekas jemari Dinda yang tadi melekap pada bidang dada Zaqrul melorot ke bawah. Dinda menekur lantai. Tidak berani melawan pandangan dengan ibu mentuanya.

"Patutlah tunggu tak turunturun. Berdrama lagi rupanya."

"Mak, kejaplah." Ujar Zaqrul, suara celah gigi.
Sebolehnya dia tidak mahu bertelagah dengan emaknya ketika ini.

"Sekejap apa? Kau tak tengok jam?"

"Alah, dekat je masjid tu. Naik kereta sepuluh minit dah sampai."

"Berpeluh ketiak aku ni lah tunggu kau. Lekas sikit. Kita dah nak gerak." Selepas habiskan pesanan tu, Puan Zaharah turun.
Zaqrul elus ubun-ubun Dinda. Melempar senyum buat isteri tercintanya sebelum langkah kakinya dihayun keluar bilik.

"Dinda okay tak?" Sekali lagi soalan itu diajukan.
Zaqrul tak pasti untuk apa. Yang dia sedar, saat ini bukan dia terlampau gembira pun. Dia rasa tak tentu arah. Rasa resah. Cuma semua perasaan tu dia selindungkan dahulu.

"Dinda okay."  Dua patah perkataan.

Lebih kepada penipuan. Takkan dia nak terus terang yang dia tak okay sekarang ni? Dia tidak mahu merosakkan apa yang Zaqrul sudah rancang. Biarlah. Jika ini sebuah kebahagiaan untuk suaminya, dia redha. Dia yakin Allah sediakan sesuatu yang terbaik untuknya. Zaqrul pautkan jemarinya dengan Dinda, lalu menarik Dinda mengekorinya turun ke bawah. Dinda pandang figura Zaqrul dari belakang. Hatinya semakin sebak.
'Selamat pengantin baru, suamiku.' Lafaz Dinda disudut hati. Turun sahaja di ruang tamu, pandangan Dinda bertembung dengan pandangan menyinga Puan Zaharah. Puan Zaharah mendekati Dinda. Menantunya itu diperhati atas bawah.

UNTUK 5 HARI KAU DAN AKUWhere stories live. Discover now