Epilog

180 1 0
                                    

"SAYANG okay lagi ke ni? Abang risau lah. Tengok sayang nampak letih sangat."
Zaqrul kemaskan tautan jemarinya dengan Dinda. Berkalikali dia perhati riak wajah Dinda. Melihat peluh merenik pada wajah Dinda,
lekas-lekas Zaqrul keluarkan tuala kecil dari poket seluarnya. Tuala muka yang dilipatlipat hingga saiz boleh muat dalam poket.

"Boleh je abang. Kita jalan la. Asalkan abang jangan lepas tangan. Kan doktor dah cakap, banyakkan berjalan memudahkan bukaan bersalin. Itu yang Dinda buat sekarang. Ni dalam perut ni belum tunjuk tanda pun bila dia nak keluar."
Zaqrul tersenyum mendengar bebelan Dinda. Sesekali dia mengusap perut Dinda yang makin ketara besar. 

"Doktor tu dah beritahu siap dah tarikh kena serah diri masuk wad kalau takde turun tanda. Dinda tak nak la, bang. Buatnya kena induce ubat..."
Dinda dah pamer riak cemas membayangkan saat kelahiran si kecil pertama ini.
Dalam teruja menanti, jujurnya dia sangat berdebar. Sesekali Dinda termengah-mengah dan terpaksa curi nafas untuk stabil semula. Zaqrul yang kasihan melihatkan cik isteri yang nampak jelas keletihan itu menukar haluan apabila melihat tidak jauh daripada mereka, terdapat gerai menjual minuman dan makanan ringan. Siap ada meja dan kerusi lagi.

"Sayang, jomlah duduk sana dulu. Pekena air kelapa pun sedap."
Bila Zaqrul sudah halakan langkah ke gerai tersebut, Dinda mengalah dah menurut.

"Sedapnya air kelapa tu, abang. Nak lah."
Dinda sudah telan liur berkali-kali. Tengok pulak ketulan ais yang memang menjadi kegemarannya mengunyah kebelakangan ni, lagilah dia semakin tidak sabar mahu menikmatinya.

"Abang, nak laksa jugak. Nak telur dua biji tau."

"Amboi mak labu ni..." Sengaja Zaqrul mengusik.

Ini kalau Puan Zaharah dengar menantu dia diusik macam tu, mahu kena pasang telinga lah orang yang berani-berani mengusik menantunya yang menunggu hari nak bagi dia cucu baru ni. Puan Zaharah selepas mendapat tahu Dinda mengandung, terus berubah sikap. Dia dah layan Dinda macam duludulu semula. Hari tu selepas Zaqrul dan Fiqri bawa Dinda ke hospital, Elina datang serang bakal ibu mentua tak jadi dia lah pulak.
Dengan muka tegang, dia mintak balik seutas rantai tangan emas yang dia hadiahkan pada Puan Zaharah tu.

Melihat Zaqrul yang sudah kembali ke meja mereka bersama dua gelas air kelapa, Dinda pamer senyum lebar. Tak sabar mahu basahkan tekak. Zaqrul sudah mula bercuti hari ni. Dia ambil cuti awal mahu menemani Dinda menjelang hari kelahiran cahaya mata pertama mereka. Mujur Fiqri memahami.  Dia tidak kisah sangat lama mana Zaqrul mahu bercuti.

"Abang, sampai sekarang kan, Dinda masih rasa ralat tau, pasal abang dengan Elina tak jadi kahwin. Fikir-fikir semula, Dinda kasihan sangat dengan Elina. Abang bayangkan dia dah bersiap cantik-cantik, dah ready nak jadi isteri abang..."
Saat ini Dinda betul-betul terbayangkan wajah Elina. Dinda masih ingat lagi bagaimana Elina datang terkam dia. Sampai habis shawl yang terbelit pada kepala dia terlucut. Baju kurung moden yang dia pakai, koyak di bahagian bahu. Ya Allah, malunya masa tu.

"Tak payah nak ingatlah." Ucap Zaqrul selamba seraya menyedut minuman.

"Abang cakap senang. Bukan abang yang tanggung malu."

"Sebenarnya Elina tu bukan cintakan abang sangat. Mata duitan dia tu. Dia pulun nakkan abang sebab Fiqri buat perjanjian dengan dia, kalau Elina boleh dapatkan abang, dan Elina buat sampai abang cerai Dinda, Fiqri akan bagi dia seratus ribu ringgit."

"What??" Terjerit suara Dinda.
Terkejut bukan kepalang. Benda ni ada kaitan dengan Fiqri?

"Fiqri tu ada hati dengan sayang sejak zaman sekolah. Dia sendiri mengaku dengan abang. Sebab dia membujang sampai sekarang, katanya dia masih mengharapkan sayang. Tapi lepas dapat tahu sayang dah mengandung,dia terima hakikat sayang bukan jodoh dia."
Zaqrul menyambung lagi. Tenang bicaranya.Anak matanya terpasak tepat pada wajah Dinda. Patutlah si Fiqri ni bukan main beria lagi mengenang kisah silam mereka zaman sekolah. Dinda teringat setiap perbualan mereka sewaktu dia menumpang kereta Fiqri ke masjid dulu. Alahai, tak sangka betul lama Fiqri simpan perasaan tu dan berharap.

"Fiqri cakap, Elina dah kahwin dengan ex husband dia semula. Dia dengan anak-anaknya dah ikut husband dia tu pindah ke Sabah. Husband dia orang Sabah, pulak tu ada business di Sabah tu." Dinda terangguk-angguk.
Terasa lapang hatinya ketika ini. Masalah yang dulu membelenggu dia dan Zaqrul, kini berlalu. Fiqri pun, menurut Zaqrul lagi, dalam proses untuk bertunang. Calonnya adalah pilihan emak dan ayah Fiqri sendiri.

"Kenapa abang buat keputusan tak jadi menikah dengan Elina?" Dinda berhenti menyuap laksa ke mulut.
Dia dongak seketika. Anak matanya mencari sepasang masa suaminya, menagih jawapan.

"Abang teringat janji abang pada sayang. Abang tak sanggup lukakan sayang. Masa akad nikah tu, bayangkan... sebut nama Elina pun sangkut, dalam mata abang terbayang wajah Dinda. Masa akad nikah tu, abang terbayang saat abang lafaz nama Dinda time kita menikah." Zaqrul meraup wajahnya. Dinda terkedu mendengar luahan Zaqrul. Perlahan bibirnya menyungging senyum selepas itu.

"Terima kasih abang, untuk seluruh kasih dan cinta abang pada Dinda." Dinda rasa terharu.

"Lepas abang terus-terang dengan Elina tak jadi menikah dengan dia, masa tu jugak abang rasa terlepas satu beban besar."
Dinda senyum mendengarnya. Dalam diam dia panjatkan syukur pada Allah, masih mengizinkan dia dan Zaqrul berbahagia bersama, malah kehidupan mereka diserikan dengan cahaya mata yang menunggu masa untuk menjengah dunia.

- TAMAT -

UNTUK 5 HARI KAU DAN AKUWhere stories live. Discover now