Bab 14

102 0 0
                                    

HARI ni mereka tiada perancangan ke mana-mana. Sekadar duduk di rumah, tonton netflix. Dinda layan movie seram. Ada Zaqrul dengan dia, dia beranilah layan movie seram. Kalau tiada Zaqrul, memang tidaklah Dinda nak layan movie seram seorang diri.

"Abang, Dinda rindu nak makan masakan abang." Tiba-tiba perut berkeroncong.
Dekat mulut pula dan dan rasa nak makan masakan air tangan encik suaminya ini. Tu yang Dinda terus mintak.

"Rasa macam nak jugak makan yang berkuah, yang masam-masam. Ya,Tuhan. Sedapnya. Dah rasa dekat tekak ni hah."
Dinda menyambung lagi.
Zaqrul yang tadi sedang memeluk Dinda, melepaskan pelukan. Posisi duduknya diubah sedikit. Pamer wajah berkerut, dia pandang wajah cik isteri.

"Semacam je sayang punya selera hari ni? Cara teringin sayang tu..."
Permintaan Dinda buatkan Zaqrul terfikir sesuatu.
Namun demi tidak mahu menimbulkan pertengkaraan mereka berdua, Zaqrul ketepikan dulu apa yang terlintas difikirannya.

"Kenapa? Sayang menyusahkan abang ke?"
Soalan dalam nada bergetar.Dinda sebak. Rasa mahu menangis. Tepuk dahi Zaqrul dibuatnya. Dah ke situ pula Dinda fikir. Dia baru gaya nak bangun, nak masuk dapur. Cik isterinya ni, kebelakangan ini sensitif betul.

"Mana ada sayang susahkan abang. Sayang abang ni sensitif betul." Muncung bibir itu masih tak hilang.
Zaqrul nak tergelak. Namun dia tahan rasa itu. Tidak mahu mengusik Dinda yang bukan-bukan. Silap mengusik, spoil mood pulak nanti. Lagi pun hari ni hari ke empat dah. Kalau boleh dia tak mahu sebarang perkara yang boleh merosakkan hari mereka berdua. Biarlah yang indah-indah je sepanjang hari ni dan esok.

"Abang masuk dapur dulu, masak. Sayang duduk sini je ye."

"Abang nak Dinda tolong tak?" Zaqrul geleng bersama senyuman.

"Abang boleh buat semuanya tanpa assistant. Isteri abang jadi ladyboss hari ni."
Tergelak Dinda mendengar apa yang Zaqrul cakap.

Sudahnya dia sekadar menghantar Zaqrul ke dapur menerusi anak matanya sahaja. Sehinggalah Zaqrul sudah tidak kelihatan lagi, barulah pandangan Dinda terpasak ke skrin televisyen semula. Tidak perasan masa mana Dinda boleh terlelap di sofa tu. Sedar je dari lena, tahu-tahu Zaqrul sudah menyertainya di ruang tamu. Dan masa yang sama juga, hidung Dinda terhidu aroma yang cukup membuatkan dia telan liur berkalikali.

"Sedapnya bau..."

"Abang baru siap masak, sayang." Ucap Zaqrul dalam senyuman.

"Abang masak apa? Laparlah. Terus rasa nak makan ni." Dinda bangun dari sofa.
Laju sahaja langkahnya di hala ke meja makan. Nampaknya semua hidangan dah siap menanti dibawah tudung saji. Dinda angkat tudung saji. Buntang matanya melihat beberapa hidangan di hadapan matanya.  Zaqrul datang berdiri di sebelah Dinda. Tangannya diletak ke bahu Dinda. Menoleh ke wajah cik isteri yang mempamer riak teruja itu, hati Zaqrul kembang setaman.

"Okay tak, sayang?"

"Lebih dari okay ni, abang." Dinda tarik kerusi.
Dia duduk sopan. Zaqrul pula lekaslekas ambil pinggan dan sendukkan nasi. Zaqrul masak siakap 3 rasa, tomyam seafood, telur dadar,  sotong goreng tepung. Mestilah lebih dari okay yang Dinda cakap.

"Ini mahu makan bertambah dibuatnya ni." Dinda senyum lebar.

"Makanlah sayang. Makan puas-puas." Balas Zaqrul senang hati. Dinda makan bertambah. Dua pinggan habis. Selalunya Dinda susah nak makan bertambah macam ni. Zaqrul yang melihat Dinda menyuap makanan tersenyum-senyum. Rasa berbaloi betul dia ligat masak tadi. Hasilnya, Dinda makan dengan begitu berselera.

"Abang masak banyak tak tomyam?"

"Ha,ah. Banyak jugak. Kenapa, sayang? Nak tapau bagi dekat jiran-jiran ke?"
Tergelak-gelak Dinda menyambut soalan Zaqrul itu.

"Dinda tanya sebab nanti petang nak makan lagi. Nak makan tomyam tu dengan koew teow pulak. Sedap sangatlah, abang."

"Asyik sedap je ni. Ada gaya boleh buka restoran tak?"
Zaqrul berseloroh. Laju-laju Dinda angguk bersama senyuman.
Mestilah boleh kalau Zaqrul buka restoran.

"Air tangan abang, nombor dua paling sedap dalam dunia ni."
Berkerut dahi Zaqrul bila dengar Dinda cakap macam tu.

"Nombor satu cheff mana pegang?" Soal Zaqrul ingin tahu.

"Nombor satu, mestilah arwah mak Dinda. Bayangkan dia cuma buat nasi goreng pecah telur, letak hirisan cili padi dan bawang.
Goreng dengan minyak goreng ikan. Semerbak bau nasi goreng mak dalam rumah dulu. Dinda yang tengah tidur, celapak bangun sebab tak sabar nak makan." Bersinar-sinar anak mata Dinda kala bercerita.

Jeda beberapa saat. Dia tenggelam dalam kenangan lama itu. Rindunya dia pada arwah emaknya datang bertandang. Dinda meraup muka. Matanya digosok beberapa kali. Kemudian dia pandang Zaqrul semula.

"Terima kasih,abang. Layankan kehendak Dinda. Masak semua ni. I love you, so much."

"I love you too, sayang." Balas Zaqrul mesra. Ya Allah, terima kasih. Untuk saat-saat terindah kami ini.

UNTUK 5 HARI KAU DAN AKUWhere stories live. Discover now