BAB 3

141 2 0
                                    

ZAQRUL baru hendak masuk ke perut kereta. Namun tindakkannya terbantut apabila pandangan mata terpasak ke satu arah. Perlahan langkah Zaqrul dihayun menuju ke arah pandangan matanya terpasak tadi.

"Kenapa ni, Elina?" Zaqrul menegur.
Elina,staff baru office Zaqrul. Bertugas sebagai designer. Zaqrul jarang bertegur sapa dengan Elina ni. Bukan apa, jarang bertembung dengan dia sangat. Tempat kerja Elina agak ke belakang.

"Kereta ni hah, Encik Zaqrul. Buat hal apa entah. Aduhai, time gini la dia tak nak hidup. Mati akal dah saya nak adjust bagi boleh hidup. Dah la takde siapa boleh datang pick up saya kat sini."
Elina garu kening perhati keretanya. Nak kata minyak habis, bukan. Sebab awal pagi tadi dia baru isi full. Kalau masalah bateri pun, rasanya bukan. Sebab bateri kereta dia,baru minggu lepas dia tukar bateri baru. Bila Zaqrul mendekati kereta Elina, Elina sedikit mengundur ke belakang. Dia memerhati Zaqrul yang nampak mahu cuba membantu untuk menghidupkan enjin keretanya.

"Minyak kereta ada lagi?" Soal Zaqrul.
"Pagi tadi saya isi full, Encik Zaqrul. Ada banyak lagi tu." Laju bibir Elina membalas.
"Atau batery lemah kut? Dah berapa lama batery kereta ni?"
"Bateri kereta ni baru seminggu saya pakai yang baru."
Elina senyum kecil.
Zaqrul kembali membisu. Sebetulnya dia bukan tahu sangat bab baiki kereta. Kurang ariff. Benda basic je tahu pun. Selebihnya berlagak pandai. Depan perempuan, kut. Lebih dari yang basic, dia bukan pakar. Beberapa kali Zaqrul cuba hidupkan enjin kereta Elina. Namun apabila cubaannya tidakberhasil, Zaqrul akhirnya mengalah.

"Macam mana, Encik Zaqrul?" Zaqrul hela nafas berat.
Pandangannya melingas ke sekeliling. Suasana di sekitar office mereka sudah lengang. Nampak gaya semua staff sudah pulang. Kalau tidak boleh juga Zaqrul minta tolong orang lain cuba tengokkan kereta Elina. Mana tahu ada yang pandai.

"Macam ni lah, saya uruskan orang ambil kereta awak ni bawak ke bengkel kereta. Kawan saya ada bengkel kereta, tak jauh sangat dari office ni." Nak tak nak, Elina terpaksa akur.
Apa lagi pilihan yang dia ada? Dia mana ada sesiapa nak datang tolong.
"Hmm, kereta viva saya ni selalu buat hal. Maklumlah kereta lama. Mujur dia pandai buat hal time saya dah dapat gaji." Merungut Elina seraya berseloroh dengan Zaqrul.

Sejujurnya dalam berseloroh, memang betul pun apa yang Elina cakap
"Baru tengahari tadi saya cek akaun bank. Duit gaji dah masuk. Tak sempat pun 24 jam happy tengok angka dalam akaun bank tu, alih-alih nak balik kerja petang ni, si viva pink ni buat hal. Adoilaaa. Tak kesian tuan ni." Zaqrul tersenyum menyambut gurauan Elina.

Seluk tangan ke poket, dia menyandar tubuh seketika ke kereta Elina. Sambil tu dia keluarkan handphone, hantar mesej pada kawan dia. Tuan punya bengkel baiki kereta yang dia cerita pada Elina.
"So, ni awak nak balik macam mana?"
"Entahlah, Encik Zaqrul. Saya tak ramai kawan. Takde yang boleh harap datang ambil saya." Wajah Elina keruh.

Dia menghembus keluhan berat. Zaqrul nampak Elina belek handphone. Sambil tu mundar mandir ke hulu ke hilir. Barangkali tengah cari seseorang untuk tolong datang jemput dia balik. Hampir 10 minit menanti Elina yang nampak keresahan di situ, sudahnya Zaqrul pelawa hantar Elina. Kali pertama dia pelawa perempuan lain selain isterinya Dinda naik keretanya.
"Dah lewat sangat ni. Jomlah saya tolong hantarkan awak balik. Rumah kat mana?"
Segar sepasang mata Elina melihat riak wajah Zaqrul.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Bila Zaqrul sudah buat tawaran begitu, haruslah laju-laju dia mengangguk walaupun dia sebenarnya boleh sahaja balik dengan grab car! Peluang jangan dilepaskan. Bisik Elina di dalam hati.
Sebelum ni memang selalu dia curi pandang salah seorang share partner merangkap bos nombor dua di office dia bekerja ini. Cuma nak menegur tu, dia belum jumpa masa yang sesuai. Lelaki ini pula dia nampak kurang mesra dengan staff perempuan. Lain halnya dengan bos nombor satu, Encik Fiqri. Encik Fiqri yang kiut miut tu terlebih peramah dengan perempuan! Ada je la Elina perhati sekejap Encik Fiqri menempek di meja receptionist, sekejap bergelak ketawa bertepuk tampar dengan kerani akaun. Hmm..

Elina mengekori Zaqrul ke kereta Zaqrul. Masuk ke perut kereta tanpa segan. Duduk betul-betul sebelah Zaqrul.
"Rumah saya di Taman Chempaka Fasa 2, Jalan Seri Utama." Zaqrul toleh ke arah Elina. dahinya berkerut.
"Kebetulan, dekat je rumah awak dengan rumah saya. Rumah saya, Taman Puteri, atas sikit je dari taman awak tu."
Elina sengeh sambil mengangguk.
Taman tu dia tahu sangat. Tak sangka pula dekat sahaja jarak rumah mereka.
"Err sebelum tu, boleh tak Encik Zaqrul bawa saya ke KFC, drive thru je. Boleh?" Elina pandang wajah lelaki itu penuh mengharap.

Bukan dia sengaja nak menyusahkan Zaqrul sebenarnya. Cuma dia dah janji dengan anak-anaknya di rumah. Rasa tak sanggup pula menghampakan anak-anaknya. Zaqrul tak jawab permintaan Elina. Lelaki itu belek jam di pergelangan tangannya. Sebolehnya dia enggan sampai lewat di rumahnya. Dah terbiasa, sebelum maghrib dia akan sampai. Sempatlah dia mandi,bersihkan diri. Solat maghrib dan isyak berjemaah dengan Dinda.

"Kalau susah tak mengapalah Encik Zaqrul." Elina tarik semula permintaannya tadi bila melihat riak wajah lelaki itu yang nampak tak senang. "Sebenarnya, bukan apa..." Zaqrul urut pelipis.
Dalam kepala ligat cari jawapan sesuai. Karang Elina tuduh dia takut bini. Tak pasal je jadi bahan gelak di office nanti.
"Saya ni tadi dah janji dengan anak-anak saya nak belanja dia orang makan KFC. Rasa sedih pulak, teringat anak-anak
menunggu kat rumah tu." Elina main tarik tali.
Dia pancing Zaqrul guna ayat kasihan macam tu. Zaqrul pula dengar je Elina luah macam tu, lebur hati dia. Lebih-lebih lagi Elina sebut anak. Zaqrul memang sensitif! Sudahnya kereta yang dia pandu asalnya sudah berada di jalan utama menuju ke rumah Elina tadi, dia ubah memasuki jalan menuju ke pusat bandar.
"Eh, bukan kita dah nak balik ke Encik Zaqrul?" Elina pura-pura bertanya.
Dia melingaskan pandangan ke kiri dan kanan jalan.
"Awak cakap dah janji nak belanja anak-anak awak KFC. Jomlah. Saya ni tak boleh kalau bab anak-anak.
Cepat kasihan." Zaqrul tersenyum kelat sekilas menoleh ke sebelah.
Elina senyum kemenangan.
"Mesti Encik Zaqrul ni papa yang penyayang kan. Bertuahnya la anak isteri Encik Zaqrul."
Dan pujian Elina itu Zaqrul sembut dalam riak kosong.
"Encik Zaqrul ada anak berapa orang?" Elina lontar pula soalan berikutnya.
Sengaja. Soalan yang sebenarnya dia dah lama dapat jawapannya. Zaqrul menggelengkan kepala. Tanpa sedar terhela keluh panjang dari bibirnya. Banyak pula Elina ni menyoal dia. Staff lain pun tak pernah hendak seramah Elina ni menyoal dia itu ini.
"Kita dah sampai KFC. Nak order apa?" Zaqrul tukar topik dan soalan Elina tadi dia biarkan saja tanpa jawapan.
Elina jongket kening sekilas menoleh ke sebelah. Dia tersenyum sinis apabila menyedari Zaqrul tidak menjawab soalannya. Ah, tenang Elina! Bisik hatinya kemudian.

UNTUK 5 HARI KAU DAN AKUWhere stories live. Discover now