Bab 12

87 0 0
                                    

"SEKEJAP je masa berlalu. Hari ni dah masuk hari kedua abang cuti, and full time luangkan masa dengan isteri tercinta abang ni."
Zaqrul senyum sedangkan Dinda yang awalnya melebar senyum melihat Zaqrul datang ke meja makan terus berubah ekspresi pada wajahnya.Hati yang mulanya tenang seolah dilanda garuda ketika ini.

"Kenapa, dah tak sabar nak habiskan tempoh lima hari ni ke?"
Sinis pertanyaan Dinda itu mengundang kerutan pada wajah Zaqrul.

Zaqrul tarik kerusi di meja makan tersebut lalu duduk. Kedua belah tangan dinaikkan ke atas meja. Sebelah tangan menongkat dagu. Anak matanya merenung wajah bidadari di hadapannya yang sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan. Aroma menu yang terhidang di depan mata buatkan Zaqrul tidam sabar mahu menikmatinya. Perut pun bukan main pandai mainkan pelbagai rentak lagu masa ni. Serupa orang kebulur!

"Sayang masak apa sarapan kita pagi ni?"

"Tu, dah nampak kan ada apa depan mata." Dinda sekadar juih bibir.
Bercakap pun serupa nak berperang. Macamlah Zaqrul yang sedang mahu bersarapan di hadapannya ini adalah musuh ketatnya.

"Amboi, berangin je pagi-pagi ni. Abang asyik kena marah je.Semalam mood sayang okay je. Hari ni kenapa? Period datang ke?"
Dinda tak balas soalan usikan Zaqrul itu.

Dia sendukkan nasi ke dalam pinggannya dan kemudian duduk. Zaqrul soal pasal period? Kalau ikutkan memang jadual period dia datang masa ni. Tapi tu lah, macam selalu. Bulan ni jadual period dia gelong lagi agaknya. Dah masuk hari ke lima delay. Dan kali ni, dia malas nak cek urine pregnancy test lagi dah. Cukuplah. Lagi pun, dua minggu je lagi dia bakal bermadu.Mengenai harapan yang satu itu bagi Dinda biarlah dia ketepikan dulu. Zaqrul perhati satu persatu menu yang terhidang di hadapan mata. Nasi lemak pandan, sambal sotong kering, ayam goreng berempah, telur rebus, sambal bilis. Pergh. Mahu bertambah sarapannya sekejap lagi.

"Sayang masak banyak tak?"

"Hmm...banyak jugak. Dah tapau siap untuk sedekah pada jiran-jiran. Lepas makan kejap lagi abang tolong hantar ye."Zaqrul angguk.

Suasana di meja makan pagi ini jadi sunyi sepi meskipun hidangan yang terhidang di meja makan itu semuanya makanan kegemaran Zaqrul. Tak semenamena Zaqrul terasa janggal. Sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut, Zaqrul pandang Dinda. Tengok ke gaya Dinda menyuap,tak bermaya macam orang sakit.

"Sayang tak sihat ke? Makan macam hendak tak hendak je."Dinda mendongak.
Menentang pandangan encik suami. Dia senyum lalu menggeleng.

"Nak kata tak sihat tu, entah la. Macam okay je. Cuma semalam ada rasa pening kepala. Pagi ni selera makan tak berapa ada. Tekak ni hah, macam mana entah." Berkerut wajah Zaqrul.
Bingkas dia bangun, bawa belakang tapak tangannya ke dahi dan leher Dinda.

"Okay je. Tak demam pun."

"Dinda tak cakap pun Dinda demam, abang." Dinda mengeluh.

"Kita ke klinik je la kejap lagi." Zaqrul mula risau.
Dia memang pantang kalau dapat tahu ada yang tak kena dengan isterinya ini. Dia cepat bimbang.

"Tak nak. Bukan benda serius pun. Abang jangan risaulah." Akhirnya Zaqrul akur pada kehendak Dinda.

Nak paksa sangat karang berperang pulak. Tapi kalau ikut hati dia, memang dia nak je usung cik bidadarinya ni ke klinik,Selesai bersarapan, Dinda memanjat anak tangga naik ke bilik. Zaqrul mengekori. Namun sewaktu mereka sama-sama masuk ke bilik, handphone Zaqrul tiba-tiba menjerit. Zaqrul seluk poket keluarkan handphone. Dinda menjeling skrin tersebut. Menggelegak amarah dalam hati Dinda bila membaca sebaris nama si pemanggil. Zaqrul garu kening. Jadi serba salah nak jawab panggilan masuk itu. Silap dia lupa nak silent handphone tadi.

"Bak sini." Dinda ambil handphone ditangan Zaqrul.
Button hijau ditekan dan Dinda pilih loud speaker. Elok panggilan bersambung, macam peluru suara Elina menyembur di hujung talian sana. Dinda senyum sinis je kerling Zaqrul.

"Bie, lupa ke apa ayang pesan? Whatsapp ayang hantar, bie wajib balas tau! Kalau tak ayang mogok seratus hari. Hisy, bie ni. Nak urus benda kecik ni pun tak reti. Pergilah toilet ke. Balas whatsapp ayang masa tu. Takkan sampai dalam toilet pun wife bie nak join masuk sekali?"
Tut! Button merah Dinda tekan.
Tanda tamatkan talian serta merta. Anak matanya merenung riak serba salah Zaqrul. Nafasnya laju turun naik. Marahnya meluapluap. Macam ni jenis perempuan nak bermadu dengannya, nampak gaya boleh tambah stress.

"Abang cakap perempuan tu faham kan? Faham apa macam ni gayanya?"Zaqrul membisu tanpa sebarang balasan.
Handphone yang Dinda hulurkan semula padanya dia ambil. Dia off dan kemudian masuk ke poket.

"Perempuan tu potong mood betul lah." Dinda hempas punggung ke katil.
Tadi, dia ingat nak bersiap. Nak ajak Zaqrul keluar lagi. Macam semalam. Tapi bila dah potong mood begini, nak keluar pun malas.

"Sorrylah, sayang. Salah abang, lupa off handphone." Zaqrul duduk sebelah Dinda. Cuba paut bahu Dinda, namun cubaannya tidak berhasil. Dinda tepis kasar tangannya.

"Abang tipu Dinda lagi ye. Kononnya dia memahami syarat yang Dinda letakkan pada abang. Kalau faham, macam tu ke?" Giliran Zaqrul menghembus keluh panjang. Susah betul bila berdebat dengan Dinda melibatkan hal yang satu ni. Dinda macam ni. Elina macam tu.
Aaargh! Silap haribulan dia boleh jadi penghuni wad sakit jiwa.

"Dah la,sayang. Ketepikan dulu hal ni semua. Kita fokus kita berdua je.Please..." Zaqrul cuba memujuk.
Lambat-lambat Dinda mendongak mencari sepasang mata Zaqrul. Wajahnya masih terpamer riak mencuka.

"Mandikan Dinda macam semalam. Boleh?" Melebar senyum Zaqrul. Heh, setakat yang ni, kacang je.
Sepuluh kali sehari Dinda minta pun, dia sentiasa on.

"Lepas mandi, siap, kita jalan-jalan pantai pulak. Kita pergi pantai yang selalu abang memancing dulu. Abang nak memancing pun boleh, Dinda temankan."

"Betul ke ni?" Zaqrul teruja.
Bukan main happy lagi bila dengar pula kata Dinda mahu menemaninya memancing. Dah lama gila kut dia tak memancing.

UNTUK 5 HARI KAU DAN AKUWhere stories live. Discover now