Bab 8

92 0 0
                                    

HARI ni sepatutnya Dinda keluar dengan Zaqrul. Nak beli barang dapur. Dalam peti sejuk tu, segala bahan memasak dah hampir habis. Biasanya sebelum ni Zaqrul tak pernah biar sampai hampir habis stock memasak macam ni. Tapi disebabkan Zaqrul cakap dia ada urgent meeting tak boleh lepas pada Fiqri untuk uruskan, maka Dinda putuskan pergi sendiri je. Semenjak berkahwin dengan Zaqrul, Dinda jarang drive kereta sendiri. Bila dah terbiasa Zaqrul je drive, dia duduk sebelah, lamalama jadi malas nak drive sendiri. Tapi hari ni, terpaksalah drive jugak si Viva hitam tu. Masa dalam perjalanan ke shopping mall, Dinda cuba hubungi Zaqrul. Dia ingat nak plan dengan Zaqrul ajak keluar makan di luar. Tapi dail punya dail nombor telefon encik suami tu, akhirnya masuk peti mel suara.Hati Dinda mula tak keruan.

Namun disebabkan tidak mahu mendidik diri sendiri cepat syak wasangka pada Zaqrul, Dinda berlapang dada menganggap barangkali Zaqrul sedang sibuk dalam urusan kerjanya. Selesai membeli keperluan dapur, elok menyusun langkah hendak ke tempat parkir kereta, tidak semena-mena anak mata Dinda terhala pada sebuah kereta yang cukup dia kenal. Jantung Dinda terus berubah irama degupannya bila melihat seorang wanita dan dua kanak-kanak keluar dari kereta tersebut. Tidak berapa lama kemudiannya, empunya kereta tersebut turut keluar. Ya Tuhan! Dinda rasa mahu meraung saat itu. Bibir terketap menahan perit. Itu kereta Zaqrul. Lelaki itu. Lelaki itu, Zaqrul. Suaminya yang tercinta. Dinda perhati satu persatu sketsa di depan matanya sambil sedikit berlindung di sebalik tiang. Mereka nampak begitu gembira. Kelihatannya sangat mesra. Seolaholah satu keluarga. Malah Zaqrul siap berpimpin tangan dengan salah seorang anak kecil itu.Menggigil jemari Dinda keluarkan handphone dari bag silangnya.

Nama Zaqrul dicari dan dia cuba hubungi telefon bimbit lelaki itu. Dari jauh, Dinda nampak Zaqrul hanya keluarkan handphone dari poket seluar, sekadar melihat skrinnya sahaja dan kemudian dia masukkan semula handphone ke dalam poket. Air mata Dinda luruh ke pipi. Pedihnya hati seolah hatinya sedang dilapah-lapah.Tidak menunggu lama berdiri di sebalik tiang itu, Dinda menapak ke keretanya. Cepat-cepat masukkan barang di belakang, kemudian dia masuk ke perut kereta. Hati libang libu mengenangkan apa yang baru dilihatnya tadi. Tidak menunggu lama, sekali lagi Dinda cuba hubungi Zaqrul. Sesaat. Dua saat berlalu. Zaqrul jawab panggilannya kali ni.

"Abang dekat mana?" Buru-buru Dinda ajukan pertanyaan.

"Dinda tanya apa ni? Kan sekarang time abang kerja, mestilah abang kat office. Meeting belum habis ni." Nada suara berbisik.

"Nanti free abang call Dinda semula." Lanjut Zaqrul lagi dan kemudian terus panggilan ditamatkan.

Tak sempat Dinda nak sambung bertanyakan soalan lain. Menggigil jemari yang masih memegang handphone. Anak mata memerhati skrin yang sudah gelap. Dia menggeleng perlahan bersama senyuman dihujung bibir. Air mata yang tadi dia seka terus lebat menimpa pipi.Sejak bila Zaqrul dah pandai menipu dia? Sejak bila Zaqrul tidak jujur dengan dia? Bukankah dulu seawal hubungan mereka bermula, Zaqrul berkali-kali mengulang ucapan bahawa tidak akan ada sebarang rahsia antara mereka berdua. Masing-masing perlu sentiasa jujur. Dan sekarang, yang terhidang depan mata dia drama apa?

"TAK pernah-pernah kau ajak jumpa semenjak jadi bini Zaqrul. Mimpi apa semalam? Kau mimpi bersanding dengan aku ke?" Fiqri berseloroh seraya menarik kerusi di hadapan Dinda. Punggung dilabuh seraya anak matanya memanah seraut wajah di hadapannya ketika itu.

"Mana Zaqrul?" Fiqri melingas pandang ke seluruh ruang restoran.
Mencari-cari kalau terlihat kelibat Zaqrul. Dinda melontar pandang tepat ke wajah lelaki yang duduk di hadapannya. Lelaki yang merupakan share partner di office Zaqrul, merangkap kawan baik Zaqrul dan juga kawan sekelas Dinda sejak zaman sekolah menengah. Nafasnya naik turun mengawal emosi yang terganggu.
Namun demi menagih jawapan kepada persoalan yang bermain difikirannya, dia cuba pujuk diri agar bertenang dulu.

"Aku sorang je." Ringkas ucapan Dinda.
Minuman di dalam gelasnya disedut perlahan. Buat basah tekak yang terasa kering. Membulat ulas bibir Fiqri. Mempamer riak terkejut pada masa yang sama. Namun tak lama kemudian, ketika anak mata Dinda melirik ke arah lain, perlahan bibir Fiqri menyungging senyum.

"Comfirm ada hal ni. Kau kalau bukan pasal ada hal penting, kau takkan cari aku. Tambah-tambah lagi ajak jumpa berdua macam ni. Kau kan kalau dengan aku, jual mahal. Sombong." Macam peluru Fiqri sembur Dinda.
Namun nada suaranya tidaklah sampai menengking. Bimbang juga Dinda blah tinggal dia macam tu je.

"Aku takde masa nak sembang kosong dengan kau." Dinda tayang ekspresi tengang.
Fiqri tergelak kecil. Dia hembus keluh sambil tubuh dibawa menyandar ke kerusi.

"Aku nak tanya pasal Zaqrul."

"Semacam je bunyi." Berkerut dahi Fiqri.

"Semacam ke apa, aku nak kau jujur dengan aku, Fiqri. Zaqrul ada skandal dengan perempuan lain ke?" Fiqri hembus keluhan.
Selama ni mana pernah dia dengar benda-benda macam ni dari mulut Dinda.

"Tiba-tiba je hari ni kau tanya macam tu. Zaqrul buat perangai apa dekat kau?"

"Jawab je la apa yang aku tanya." Dinda mula hilang sabar.
Sejujurnya dia bukan nak pun jumpa Fiqri berdua macam ni. Namun kerana tiada pilihan lain, dia terpaksa berjumpa Fiqri juga. Selagi dia tidak memperoleh jawapan yang dia perlu, selagi itu hatinya tidak senang.

"Lama ke Zaqrul meeting dekat office tadi?"

"Meeting? Meeting apa benda Dinda oi? Hari ni office kita orang cuti. Ada gangguan elektrik sejak awal pagi tadi.
Aku tak tahu bila nak okay. So, aku dengan Zaqrul decide cuti je hari ni. Dia pun tadi cakap dengan aku nak teman kau pergi beli barang dapur."
Terasa bersepai seluruh hati Dinda mendengar kenyataan yang keluar dari bibir Fiqri. Jadinya hari ni Zaqrul cutilah.

"Kau orang berdua dah keluar ke?"

"Kalau dah keluar, takdelah aku cari kau masa ni."
Bola mata Dinda mula berkaca. Tiada lagi segan walau yang duduk di hadapan dia waktu ini bukan suaminya.

"Aku tahu kau tahu something pasal Zaqrul yang aku belum tahu, Fiqri. Aku nak kau jelaskan semuanya." Dinda tenung dalam-dalam sepasang mata lelaki itu.

Dia harap sangat Fiqri dapat berlaku jujur dengannya. Dalam masa yang sama, handphone depan mata Dinda tibatiba vibrate. Menghantar isyarat menandakan pesanan ringkas masuk ke aplikasi whatsapp. Pesanan dari Zaqrul. Dinda buka aplikasi whatsapp dengan debaran di dada.

'Abang balik rumah lewat malam sikit. Fiqri ajak teman dia balik kampung sekejap. Adal urusan penting. Sayang tidur dulu. Jangan tunggu abang. Kunci pintu elok-elok. Abang ada kunci pendua ni.' - Zaqrul

Jatuh kedua belah bahu Dinda. Dan air matanya ikut sama luruh ke pipi. Dia hulur handphone depan Fiqri. Biar Fiqri baca. Bibir terketap menahan rasa sakit. Abang! Sampai hati...

UNTUK 5 HARI KAU DAN AKUWhere stories live. Discover now