Bab 5

112 0 0
                                    

ABANG, esok abang cuti kan?"
Dinda toleh belakang, perhati Zaqrul yang berbaring di sofa panjang. Tangan yang sedang melipat pakaian terhenti seketika.
Anak matanya dipanah tepat ke wajah encik suami.

Dinda perasaan, Zaqrul nampak ralit dengan handphone ditangannya. Entah apa yang menarik perhatian Zaqrul agaknya. Sesuatu yang aneh pada pandangan Dinda. Soalan Dinda tadi, Zaqrul tak jawab.
"Abang, tak dengar ke apa Dinda tanya?" Tak puas hati, Dinda mengesot supaya lebih dekat dengan Zaqrul.
Dia jengah pandang skrin handphone Zaqrul. Nak juga tahu apa yang Zaqrul belek tu. Sempat anak mata Dinda melirik skrin handphone Zaqrul sebelum lelaki itu tekapkan skrin handphone tu ke dada. Dinda senyum sinis. Encik suaminya tengah ralit dengan whatsapp rupanya.

"Mesej siapa?"
"Sayang cakap apa tadi tu? Sorry, abang tak dengar tadi." Dinda mendengus.
Tiba-tiba rasa sakit hati bila soalan dia aju Zaqrul buat tak endah.
"Abang tu ralit mesej dengan siapa? Sampai Dinda cakap dengan abang tadi, macam Dinda cakapdengan tunggul kayu."
Kali ni nada suara Dinda berubah.
Zaqrul senyum. Terus simpan telefon dalam poket seluar.

"Abang balas whatsapp Fiqri. Biasalah dia tu. Dia kan suka mesej abang."
"Macam lah tak berjumpa." Dinda juih bibir.
Nak percaya dengan tidak sama banyak je. Zaqrul terus bangun. Tidak mahu melanjutkan hal tu lebih-lebih, dia turun bersila depan Dinda.
"Meh abang tolong sayang lipatkan."
Dan jemarinya terus ligat ambil pakaian yang masih berlonggok depan mata. Perkara yang jarang-jarang dia buat sebenarnya. Tapi sebab nak ambil hati Dinda, dia buat. Dinda masih tenung encik suami yang sedang melipat pakaian depan matanya. Teringat panggilan telefon dari ibu mentua semalam.

"Zaqrul buat apa sekarang? Dah lama tak balik sini. Call pun tidak. Duit dah takde hulur. Kau cakap sikit dengan dia, mak dia ni belum mati lagi tau. Dah ada bini makin lupa pulak mak sendiri." Pedas ucapan Puan Zaharah.
Sentap Dinda dia. Sebagai isteri mestilah dia terasa. Seolah-olah, dia pula punca Zaqrul tak balik kampung.

"Abang perasan tak yang abang dah lama tak balik kampung jenguk mak, jenguk ayah tu."
Zaqrul hembus keluh panjang. Dia kerling Dinda sekilas.

"Dinda, siap lipat pakaian ni, Dinda pack pakaian kita. Untuk 2 hari satu malam. Kita naik Cameron Highlands. Honeymoon.
"Zaqrul tayang sengeh. Seolah ucapan Dinda tadi langsung tak terkesan padanya.

"Abang! Abang sengaja je kan? Sengaja elak balik kampung? Abang tu masih ada mak, ada ayah. Abang patut hargai masa yang ada sekarang ni tau. Bukan macam Dinda. Dinda dah hilang kedua-duanya."
Suara tegang Dinda pada mulanya kini berubah kendur. Hatinya sebak. Zaqrul belum duduk ditempatnya. Zaqrul belum rasa perit yang dia rasa setelah kedua ibu bapa pergi buat selamanya.

"Dinda, abang ni malas nak balik sebab nak elak gaduh dengan mak. Nak elak mak tu asyik mengata Dinda. Abang sakit hati tau,setiap kali balik sana, mak tak habis-habis soal benda yang sama. Lepas tu jadi punca nak bahan Dinda. Dinda boleh tahan ke dengan mulut mak?"
Dinda terdiam.
Kalau Zaqrul soal dia pasal pedasnya mulut Puan Zaharah setiap kali mengata dia, memang dia tak tahan. Tapi sebagai isteri Zaqrul, dia tidak mahu kelak dituduh terlalu mengawal dan mengongkong Zaqrul hingga lelaki itu tak balik jengah mak ayah sendiri. Dia bukan begitu.

"Baliklah abang sementara ada kesempatan ni. Bukan lama mana balik pun. Dua hari satu malam je. Pasal mak abang mengata
Dinda tu, benda biasa je la. Dinda dah hadap bertahun-tahun dah."
Dinda senyum kecil usai habiskan ucapan tu.

Dia sambung melipat pakaian yang berbaki sedikit sahaja lagi di depan mata. Bila Zaqrul bantu macam ni, terasa ringan banyak kerjanya. Tadi nampak pakaian tak berlipat menggunung banyaknya, tekak dah rasa loya. Ini sedar-sedar Zaqrul dah nak habis lipat, terus hati rasa lapang.

"Tengok lah minggu sekali lagi ke. Minggu ni abang nak tidur kat Cameron Highland. Dinda pack baju cepat kejap lagi. Kita bertolak lepas subuh esok." Dinda cuma membisu. Malas nak paksa-paksa lagi. Zaqrul ni kalau melibatkan mak dia, tak boleh Dinda paksa lebih-lebih. Silap paksa, mereka suami isteri yang berperang.

"Abang bukan tak ingat mak ayah. Mana ada anak tak ingat mak ayah. Abang ni tak nak tambah dosa. Dinda bukan tak tahu, tiap kali berdepan dengan mak, abang bertelagah dengan mak pasal hal yang sama." Dinda pandang Zaqrul dalam-dalam.
Hatinya sebak.Sebab kekurangan diri dia, jadi punca Zaqrul selalu bergaduh dengan mak sendiri.

"Kalau Dinda ni boleh bagi abang zuriat, abang dengan mak tentu takkan perang mulut selalu kan?" Kolam mata Dinda terasa hangat dan berat. Saat pandangan mulai berbalam, Dinda langsung bangun.

"Nak ke toilet kejap." Ucap Dinda tanpa memandang Zaqrul.
Zaqrul perhati figura Dinda yang menjauh. Dia tahu Dinda sengaja mengelak dari dia saat ni. Dia bukan tak nampak mata Dinda merah dan berkaca tadi.

UNTUK 5 HARI KAU DAN AKUWhere stories live. Discover now