Sinaran cahaya matahari pada waktu pagi diantara belahan langsir yang beralun berirama menyilaukan mata Sofia....gadis itu menggosok matanya beberapa kali dan bangun dari pembaringan...dicapainya telefon disebelah dan melihat jam sudah pukul 8...selepas solat tubuh tadi terus sahaja dia terlelap dek kerana kepenatan annual dinner semalam...dia meregangkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan kemudian bingkas bangun ke almari pakaian nya
Setelah selesai membersihkan diri dan memakai pakaian Sofia pergi ke arah balkoni bilik nya lalu pintu kaca sliding door dibuka...dia mengorak langkah ke arah luar balkoni itu sambil menghirup udara segar...nafas nya ditarik sedalam dalamnya lalu dihembus..gadis itu tersenyum sendirian melihat keindahan ciptaan tuhan dimana pokok pokok dan bunga beraneka warna yang sangat menarik perhatian... tiba tiba matanya tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki yang memakai Hoodie dan mask yang menutupi mulutnya berwarna hitam,lelaki itu hanya berdiri diluar tembok rumah Sofia di belakang sebuah pohon yang merimbun...lelaki misteri itu hanya merenung ke arah nya...dalam Samar-samar cahaya matahari kelihatan ada parut dibawah mata lelaki itu...nampak seperti bekas ditoreh tapi tidak tahu oleh objek apa tapi sudah semestinya objek yang tajam!Lama Sofia melihat ke arah lelaki itu sedikit pun tidak berganjak
TING!
Terhinjut bahu gadis itu dek kerana bunyi notifikasi masuk di dalam telefon nya...seraya dia pergi ambil telefon itu dah melihat pesanan dari Puan Naura lalu ditekan pesan itu
Mama ada hal penting pasal bisnes baju mama...nanti makan breakfast bawah meja tau,tadi mama tak kejut Sofia sebab nampak penat sangat...jangan tunggu mama,makan je dulu tau bye sayang love you❤️
"Hm love you more...makan sorang lagi la jawab nya".Omel Sofia sambil melihat pesanan itu
Sofia pun turun ke tingkat bawah,lega rasanya melihat kereta papa nya tiada di dalam garaj... itu bermakna papa nya sudah pergi kerja takdela dia kena raba lagi dengan lelaki gatal tu!Saat Sofia tiba di meja makan diangkat nya tudung saji disitu dan kelihatan ada nasi goreng bersama beberapa kepingan roti dan jem...namun nasi goreng juga yang menarik perhatian dia nampak sedap!
TING TONG!
Hampir terlepas tudung saji itu dek kerana terkejut mendengar bunyi loceng rumah ditekan...
"Barang apa pulak kalini"
Sofia bergerak ke arah pintu utama rumah lalu dilihatnya suasana diluar melalui kaca kecil pada dedaun pintu itu namun tidak kelihatan sesiapa pun berdiri di luar
"Haish mesti budak ii ni tekan loceng dari luar pagar!"
Dia pun berlalu pergi ke arah meja makan semula ingin mengisi perut nya yang kosong,malas nak melayan kerenah budak budak taman perumahan nya
TING TONG!
Sekali lagi bunyi loceng ditekan menyebabkan langkah Sofia terhenti...dicekak nya pinggang sambil melihat ke arah kaca bulat pada dedaun pintu itu tetap tiada sesiapa!
"Aku kang budak ii ni siap la"
Sofia pun segera ambil tudung nya di atas lantas turun ke bawah dan membuka pintu...ye tiada sesiapa akan tetapi saat dia ingin melangkah kaki keluar tiba ii kaki nya terasa langgar sesuatu di atas alas kaki depan pintu utama rumah itu...seraya itu Sofia memandang ke bawah kelihatan kotak kecil berwarna hitam akan tetapi kalini kotaknya agak kecil dan kelihatan sedikit kusam...diambilnya kotak itu dan tertera disitu namanya
YOU ARE READING
HIDDEN SOULMATE
RomanceSOFIA ARABELLA gadis yg menutup auratnya dengan sempurna dan sangat menjaga agamanya dipandang remeh sesetengah masyarakat akhir zaman...namun apa yang disangkakan mata mata dunia di luar sana gadis ini mempunyai latar belakang yang sangat indah sep...