BAB 22

12 0 0
                                    

"wei muka aku okay ke cah??erk baju aku over sangat ke?? bibir aku pucat ke??". bertubi-tubi soalan Sofia pada Aisyah

Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah buat nya iaitu hari pernikahan dia bersama Tengku Harraz Mikhael anak jutawan terkaya di Malaysia..Wow dengar macam mimpi tapi itu lah kenyataan nya!

"Ya Allah okay dahhh kau jangan risau memang lawa gila kau Harini ni!!"

Lantas Aisyah memegang kedua dua lengan Sofia kemudian dipusingkan tubuh badan itu menghadap cermin besar di situ...dapat dilihat sepenuhnya diri nya sendiri dalam pantulan cermin tersebut

"See...cantik gila kot confirm Mika terkejut nanti!MUA yang makeup kau tadi pun Puan Sri yang upah of course la hasilnya meletopsss!".ucap Aisyah ingin menenangkan debaran sahabatnya

Sofia hanya tersenyum manis...betul dia sudah kelihatan cantik cuma gemuruh di jiwa nya yang agak sukar di kawal...lantas tangan Aisyah menggosok belakang tubuh badan Sofia bagi meredakan rasa gemuruh...

"Tarik nafas pelan pelan...pastu hembus...".bisik Aisyah ditepi telinga nya

Terus gadis itu menarik nafas sedalam dalamnya lalu dihembus perlahan lahan...mereka berdua tersenyum gembira tak lama lagi Sofia bakal di ijab qabul

"Masyaallah cantik nyaaa anak mama!!".Kata puan Naura yang baru sahaja tiba

Sofia dipersiapkan dalam hotel mewah itu juga tetapi ada bilik khas untuk dia dan orang orang yang berkaitan sahaja dibenarkan...Puan Naura lantas memeluk anak daranya itu terasa sebak beberapa jam lagi dia perlu melepaskan anak nya pergi

"Tak sangka Sofia dah nak kawin".ucap puan Naura sambil mengusap wajah mulus itu

Sofia lantas mengambil tangan mama nya lalu dikucup...Itu lah syurga nya buat selama lamanya tiada ganti..Puan Naura menerpa lebih dekat ke arah Sofia lantas dicium ubun ubun anak nya lalu tersenyum

"Mama doakan yang terbaik untuk kamu berdua"

"Thank you mama.."

Mereka dua sudah menahan sebak di dada...Aisyah disitu hanya tersenyum melihat adegan itu yela siapa je tidak sebak

"Sofia dah siap?".Soal puan Sri Dalila juga baru muncul

Lantas mereka bertiga disitu menoleh ke arah puan Sri Dalila

"dah mummy.."

"Ha jom tok kadi sampai dah...tetamu ramai tunggu dah tak sabar sabar nak tengok bakal pengantin perempuan"

Sofia seraya melihat ke arah puan Naura pula...wanita berusia itu mengangguk lalu memaut lengan Sofia,mereka pun beriringan keluar dari bilik itu diikuti Aisyah di belakang...puan Sri Dalila membawa mereka ke pintu gerbang dewan tersebut kemudian berhenti di depan muka pintu itu

"Are you ready?".Soal puan Sri Dalila sambil menggenggam tangan Sofia erat

Ditarik nafasnya sedalam dalamnya kemudian dihembus...lantas dia tersenyum manis

"I'm ready mummy"

Terdapat pengawal yang menjaga pintu itu..setelah mendapat kebenaran dari puan Sri dua orang pengawal itu membuka pintu gerbang besar tersebut terus angin sejuk dari dalam menerpa ke arah mereka...mata Sofia melihat ke dalam terkejut ramai betul tetamu yang datang tetapi yang pasti kebanyakan kenalan belah pihak Mikhael..Sofia mencuba sehabis baik untuk menyembunyikan reaksi terkejut nya lalu dia melemparkan senyuman manis pada semua tetamu yang hadir

Sofia berjalan beriringan bersama puan Naura saling memaut lengan masing masing...puan Sri Dalila di hadapan dan diikuti Aisyah di belakang atas karpet merah tersebut..tugas Aisyah di belakang mengangkat kain gaun pengantin itu yang meleret dan melangkah perlahan lahan sehingga Sofia naik ke atas pelamin...cahaya dari kamera tidak berhenti memancar tatkala ingin mengambil gambar Sofia setiap sudut..senyuman Sofia tidak lekang untuk hari ini dia perlu tersenyum sentiasa memandangkan ini hari bahagia nya

HIDDEN SOULMATE Where stories live. Discover now