BAB 8

8 0 0
                                    

"fuhhh siap pun!".Kata Sofia sambil meregangkan badannya dek kerana keletihan menyiapkan assignment yang diberi pensyarah

Dikerling nya jam pada telefon nya sudah pukul 4 petang..tiba ii dia rasa tekak nya meminta untuk dibilas,lantas dia bangun dan melangkah keluar dari bilik..

"Mama!!Mama!!". Panggil Sofia sambil menuruni tangga
"Aik mama takde ke?Papa!!"

Panggilan nya tetap tak disahut sesiapa...nampak nya kedua duanya keluar pergi kerja..Sofia meneruskan langkah nya ke dapur untuk mengambil gelas lalu mengisinya..tempat duduk di ambil lalu airnya diteguk dengan perlahan lahan..kemudian Sofia berjalan ke arah sinki untuk membasuh gelas tersebut,setelah itu dia mengelap tangan nya yang basah pada kain yang digantung tepi oven besar yang khas untuk membakar kuih-muih/kek itu...ditenung nya Sofia ke arah oven itu seketika sambil mula terimbas kembali masa lampau

***FLASHBACK***

Kerusi kecil nya ditarik lalu diletakkan di belakang pintu..anak kecil itu memanjat lalu dicapai nya kalendar yang tergantung disitu kemudian turun semula..Matanya ralit melihat tarikh yang tertera di situ

"Ha!betul la Harini birthday papa!"
"Tapi aku nk bagi surprise apa eh??"

Anak kecil bernama Sofia Arabella itu mula memikirkan apa hadiah yang ingin dia berikan pada papa nya...tiba tiba muncul satu idea bernas

"HA!AKU TAUUU!"

iPad nya dicapai lalu menekan aplikasi YouTube dan menonton cara membuat kek hari jadi...Sofia seorang perempuan yang sangat pintar sejak kecil, walaupun hanya diajar sekali dia dapat buat dengan cekap dan tiada kesalahan..setelah selesai menonton dia pergi ke dapur memulakan projek membuat kuih itu...tangan kecil itu lincah menyediakan segala bahan dan mula membuat nya..setelah 2 jam berlalu akhirnya kek sudah siap...Sofia membuka oven tersebut lalu mengeluarkan kek itu menggunakan sarung tangan dan diletakkan kek itu di atas meja..Sofia segera memanjat kerusi dan menghidu aroma hasil tangan nya

"Nyummm mesti papa suka!"

Habis apron dan muka nya comot terkena tepung dan pewarna makanan kelihatan comel!tak lama kemudian dia mendengar deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah...anak kecil itu terlompat kegirangan lalu terus mengambil kek itu lalu dipegang,dia berdiri di tepi meja itu sambil menunggu papa nya masuk ke dalam... Tuan Ibrahim menguak pintu utama lalu melihat ke arah anak nya tanpa apa ii ekspresi lalu meneruskan langkah

"Happy birthday papa! tengok ni Sofia buat kek untuk papa!"

Tuan Ibrahim menghentikan langkah nya di hadapan Sofia lalu memandang ke arah Kek itu yang tertulis 'happy birthday papa yang ke 38"

"Kalau kau nak makan sangat...kau makan sorang aku penat..".Jawab Tuan Ibrahim dengan suara yang mendatar

"Ta-tapi Sofia buat untuk papa..papa rasa la sikit penat Sofia buat".

"Kek hodoh macam ni kau nk suruh aku makan?tak selera aku".sindir tuan Ibrahim pada anak kecil itu

Tuan Ibrahim meneruskan langkah nya ke arah tangga tiba tiba terasa ada tangan kecik yang menarik lengan baju nya

"Papa..rasa la sikit please..."

Tiba tiba tangan anak kecil itu direntap kasar oleh nya.. kemudian toleh ke arah Sofia

"Aku dah cakap kan aku tanak!!yang kau sibuk nak paksa aku kenapa ha??!!".sambil kek itu ditolak kasar oleh tuan Ibrahim hingga tumpah ke lantai

Anak kecil itu terkaku disitu sambil air mata Sofia sudah mula bertakung apabila melihat kek yang dia buat bertungkus lumus tadi hancur dalam sekelip mata sahaja

HIDDEN SOULMATE Where stories live. Discover now