BAB 23

10 0 0
                                    

Kelihatan puan Naura sibuk berbual dengan Puan Sri dan Tan Sri di luar rumah..Lalu Mikhael menerpa ke arah mereka

"Mama...Sofia mana?"

"Ada dekat atas packing barang..kenapa?dah rindu isteri ke".sakat puan Naura

"Mesti lah Naura,tak boleh nak berenggang dengan Sofia sikit pun".Kata Puan Sri Dalila

"Erk..takde apa saja cari dia,Mika nak jumpa Sofia kejap".Jawab Mikhael sambil mengusap belakang tengkuk nya

"Iya pergi la"

Lantas lelaki itu masuk ke dalam rumah Sofia dan naik ke tingkat atas, dilihat nya satu bilik yang pintu terkuak sedikit..dapat dilihat si isteri sedang sibuk melipat baju untuk diletakkan dalam bagasi..Mikhael pun perlahan lahan melangkah masuk lalu berdiri di sisi Sofia,gadis itu tidak memandang nya sama sekali malah sibuk ralit melipat baju...Mikhael mencebik punya la tampan begini tanak tengok

Kemudian dia mula berbaring atas katil Sofia sambil memandang ke arah nya dan kedua dua tangan kekar nya diletakkan belakang tengkuk...gadis itu yang sedang mengemas baju nya hanya memandang Mikhael dengan pandangan hairan

"Awak nak apa?".soal Sofia

"Takde apa saja je"

Sofia pun menyambung kerja nya...lelaki itu masih tidak berpuas hati lantas meniarap pula sambil menongkat dagu...ditatapnya mata bulat milik Sofia sambil tersenyum manis..gadis itu jadi susah untuk melipat baju dek kerana ditenung begitu,selama ini duduk seorang diri tiada pula orang nak tenung dia sebegitu

"Awak nak apa ni sebenarnya?"

"Takde apa la saja je tengok awak".ucap Mikhael sambil tersengih

Gadis itu hanya menggelengkan kepala nak buat macam mana dapat suami mengada nak perhatian...Nasib mengada minta perhatian dekat si isteri sahaja kalau dekat orang lain memang makan penumbuk jawabnya

"Erm lama lagi ke awak nak packing?"

"Rasanya...awak pergi la turun dulu borak dengan diorang kat luar tu".Jawab Sofia sambil menyusun baju dalam bagasi sikit pun tidak melihat ke arah Mikhael

Mikhael terus duduk dari pembaringan nya...direnung wajah jelita milik Sofia terasa tidak puas

"Sure ni tanak saya tolong ke?".soal Mikhael

"sure...it's okay pergi la turun dulu"

"Hm yelaaaa saya turun"

Lantas Mikhael bangkit dari katil itu dan merapatkan wajahnya di sisi kepala Sofia

"Jangan rindu tau sayang"

Terus lelaki itu berlalu pergi,Sofia hanya tersenyum sendirian...dia bukan apa tengah sibuk mengemas baju kalau dilayan cik suami memang tak siap sampai ke sudah

Setelah 20 minit berlalu baru lah siap baju nya dikemas...semua nya sudah masuk ke dalam bagasi,beg itu diturunkan dari katil lalu ditolak rapat ke dinding...peluh yang merenek diseka dengan jemarinya penat sedikit..tiba tiba tekaknya terasa dahaga lantas Sofia turun ke bawah untuk minum air..saat dia sedang membasahkan tekak terasa ada tangan melingkar di pinggang

"Apa ni papa!".ucap Sofia sambil menolak tangan sasa itu dari pinggang nya

"Aku nak minta tolong kau sikit"

"Minta tolong apa pulak ni...lepas la pa sakit la.."

Sofia masih cuba untuk leraikan pegangan nya,gelas dia minum tadi segera diletakkan atas para sinki...makin lama tuan Ibrahim merapatkan wajah nya ke arah Sofia

"Aku nak pinjam duit kau"

"Sofia mana ada duit pa!"

"Memang la kau takde duit tapi laki kau kan kaya!"

HIDDEN SOULMATE Where stories live. Discover now