Mata pen nya menari nari di atas helaian kertas buku lukisan itu..entah apa yang dia ingin lukis pun tidak tahu,tadi gadis itu berfikir ingin melukis idea terbaru gaun fesyen terkini tapi tiba tiba mood nya tiada
Ditarik nafas sedalam dalamnya kemudian dihembus,pen itu diselitkan pada jemarinya lalu diketuk ketuk ke meja...secara tiba tiba lelaki yang memakai Hoodie dan mask hitam itu muncul dalam kotak fikiran nya,lantas dia menggelengkan kepala beberapa kali
"Astaghfirullahalazim..."
Sofia menggosok dadanya bagi menenangkan hatinya yang agak resah gelisah itu... punggung nya terasa sudah petak dek kerana terlampau lama duduk atas kerusi tersebut lalu dia pun berdiri...diregangkan tubuh ke kiri dan ke kanan bagi membetulkan urat sendi nya..tekaknya terasa kering diminta untuk dibasahkan segera
Alat kawalan penghawa dingin ditekan lalu suhu dinaikkan,di luar balkoni nya jelas kelihatan air mutiara yang sangat lebat membasahi bumi Tuhan.. dilangkah kaki nya ke arah balkoni lalu menutup pintu kaca itu,setelah itu dia ambil selimut yang tebal nya lalu diletakkan atas kepala...selimut itu sangat besar dan panjang sehingga meleret ke lantai tapi dek kerana kesejukan Sofia meletakkan atas kepalanya seraya menutup tubuhnya sekali
Dia ingin ambil air di bawah jadi dengan perlahan lahan dia keluar bilik lantas turun tangga dengan hati hati risau jika terjatuh dek kerana selimut hello Kitty nya...saat tiba di bawah dia terdengar suara Puan Naura berbual di fikiran Sofia mungkin berbual dalam telefon
"Mama mana---"
Terus mati kata kata Sofia saat melihat ke arah ruang tamu nya ada Puan Naura,Tuan Ibrahim,Puan Sri Dalila dan Tan Sri Saifullah
GULP!
Sudahlah di turun dalam keadaan berselubung dalam selimut hello Kitty begitu,mata mereka semua terus melihat ke arah Sofia
"Sofia bangun dah?".Soal Puan Sri Dalila sambil tergelak kecil melihat telatah nya
Tanpa menjawab pertanyaan puan Sri Dalila gadis itu terus berlari naik ke atas semula,terus terbantut niatnya ingin minum air...setibanya dalam bilik dia terus menutup pintu dan mencampakkan selimut itu di atas katil
"Erk maaf la Puan Sri anak dara tu baru bangun agaknya".ucap puan Naura segan
"Eh takpelah Naura saya faham biasalah tu"
"Comel je bakal menantu kita kan bang".bisik puan Sri Dalila pada suaminya
"Macam awak masa muda muda dulu la".Jawab suaminya sambil tergelak kecil
Terus sahaja puan Sri menarik muka sikit sikit samakan dengan dia ishh
"Eeeeeee bengap la kau ni Sofia kan dah malu!!!"
Terus merona merah wajah Sofia,Dahla dia tak bersiap apa dengan selimut hello Kitty nya arghh tercalar maruah Sofia Arabella!
Lantas dia ambil tudung shawl nya lalu diselempangkan dengan kemas...dia melangkah pula ke arah meja solek nya diambil pelembap bibir lalu dicalitkan pada bibir..kemudian diambil bedak sedikit lalu disapukan pada wajahnya agar kelihatan lebih segar
Setelah selesai mempersiapkan diri Sofia pun turun ke bawah dan melemparkan senyuman manis pada mereka di bawah
"Assalamualaikum puan Sri, Tan Sri maaf lambat"
Lantas Sofia meraih tangan Puan Sri Dalila lalu dikucup dan sedikit tunduk hormat pada Tan Sri Saifullah..setelah itu Sofia mengambil tempat bersebelahan puan Naura
"Takpe kami faham..Sofia sihat?".Soal puan Sri
"Si-sihat puan Sri alhamdulillah"
Sofia memandang atas meja hadapan nya tiada apa apa minuman dihidangkan
YOU ARE READING
HIDDEN SOULMATE
RomanceSOFIA ARABELLA gadis yg menutup auratnya dengan sempurna dan sangat menjaga agamanya dipandang remeh sesetengah masyarakat akhir zaman...namun apa yang disangkakan mata mata dunia di luar sana gadis ini mempunyai latar belakang yang sangat indah sep...