Sudah 2 jam mereka berdua berjalan membeli belah di dalam mall,di tangan Aisyah sudah dijinjing beberapa paper bag yang terisi baju dan tudung baharu...sekali sekala shopping sakan apa salahnya kan!
"Kau dah settle beli ke belum?".Soal Sofia yang sedang berjalan sambil mencuci mata melihat apa yang ada
"Dah!eh kau tak beli Pape ke?"
"Takpelah nanti aku beli baju dinner tu dengan mama aku je,dia pandai pilih"
"Ermmm takpelah macam tu..jom aku hantar kau balik"
Mereka pun saling berpegangan tangan lalu pergi ke tempat mereka parkir kereta, Aisyah la sebagai pemandu manakala Sofia hanya duduk di sebelah...barangan Aisyah tadi diletakkan oleh nya di dalam bonet kereta lalu keduanya masuk ke dalam perut kereta...lantas meluncur laju menuju ke arah rumah Sofia, setibanya di sana
"Wey thank you tau hantarkan aku susahkan kau je".Ujar Sofia sambil keluar dari kereta milik Aisyah
"Eh takde apa laaa...aku yang patut terima kasih sebab kau temankan aku shopping"
"No hal la...Okla aku masuk dulu tau".Kata Sofia setelah menutup pintu dan tingkap kereta dibuka
"Eh kejap aku tolong kau keluarkan beg baju".
Handbrake kereta ditarik kemudian Aisyah turun pergi ke bahagian belakang kereta lalu pintu dibuka...beg tarik Sofia di angkat lalu diturunkan dan beri kepada nya
"Nah tuan puteri bag anda sudah hamba keluarkan".Kata Aisyah sambil gelak
"Ish kau ni aku bole ambik sendiri laaa..".Sofia sebersalah banyak menyusahkan sahabat nya itu
"Tak susah mana pun laaa...aku kan sado!".sambil dia menunjukkan otot di lengan nya yang hidup segan mati tak mahu
Sofia geli hati melihat telatah comel Aisyah...mereka saling bersalaman dan berpelukan di depan rumah Sofia itu...setelah pelukan dileraikan Aisyah masuk semula ke dalam kereta
"Pape bagi tau aku tau...jaga diri!".Sambung Aisyah lagi
"Iyaaa aku tau jaga diri jangan risau!"
"Byeee!! Assalamualaikum!."
PIN!!
Hon kereta Aisyah dibunyikan dan berlalu pergi,hanya lirikan mata Sofia menghantar nya pulang sehingga la hilang dari pandangan
"Waalaikumussalam...".Omel Sofia sendirian
Beg bagasi nya ditarik ke arah pagar rumah,kunci pagar spare yang ada padanya ditekan secara automatik pagar terbuka lalu Sofia menerpa ke arah pintu utama rumah.. loceng ditekan tak sampai seminit pintu dibuka dari dalam
"ANAK MAMA DAH BALIK!!".Ujar puan Naura kegirangan lantas memeluk anak dara nya
"Assalamualaikum mama".Sofia meraih tangan mama nya lalu dicium terlebih dahulu
"Waalaikumussalam"
Saat Sofia memeluk Puan Naura ada satu bau yang sangat dia kenali mencucuk hidung nya...
"Ma...are you drink it again?".Soal Sofia setelah meleraikan pelukan
"Eh..ma-manade mama tak minum la..dah jom masuk mama masak makanan favorit Sofia tau!"
Puan Naura menolong anaknya menarik beg bagasinya lalu dibawa anaknya ke meja makan...Mata Sofia bersinar sinar saat melihat lauk ikan patin masak tempoyak,sambal belacan dan ulam ulaman di atas meja memang itu makanan favorit nya
"Wahhh!!ada ikan patin masak tempoyak!!Lamanyaaa Sofia tak makan".Sofia terus sahaja menerpa ke arah meja makan lalu mengambil bau
"Aipp lupa la tu basuh tangan!".Kata puan Naura sambil menggeleng kepala melihat telatah comel Sofia
YOU ARE READING
HIDDEN SOULMATE
DragosteSOFIA ARABELLA gadis yg menutup auratnya dengan sempurna dan sangat menjaga agamanya dipandang remeh sesetengah masyarakat akhir zaman...namun apa yang disangkakan mata mata dunia di luar sana gadis ini mempunyai latar belakang yang sangat indah sep...