"serius la?!!".ujar Aisyah turut terkejut
"Iyeee!!!Bulan depan aku nikah babeee nervous nyaaa"
"Bila kau dapat tahu ni?"
"Pagi tadi puan Sri call aku dia kata Mikhael nak pernikahan dilangsungkan bulan depan!"
"Eh sempat ke dho?"
"Tula...tapi puan Sri tu kata sempat Wallahualam la"
"Mama kau tau tak?"
"Tau tadi aku dah bagi tau tapi tula...kalini mama aku tak boleh teman sebab dia ada hal bisnes dia penting..".ujar Sofia sambil menunduk,sedikit rasa sedih
"Takkan teman sekejap pun tak boleh?"
Sofia terus membisu... sebenarnya dia ingin puan Naura bersama sama dengan nya untuk pemilihan baju pernikahan nya nanti...tapi nak buat macam mana kalau kata puan Naura kehilangan kerja nya hilang la sumber rezeki halal Sofia nanti...nak harapkan duit tuan Ibrahim?Dahla berkira dengan keluarga bahkan duit dia tu pun sudah bercampur dengan duit haram!Sofia tidak mahu makan dari sumber yang haram Nauzubillah
"Takpelah kalau macam tu...nanti puan sri ada kan teman kau?"
"Ada je.."
"Ha baguslah tu!nanti dah siap beli tunjuk kat aku tau!!"
"Iyaaaa nanti aku tunjuk".Jawab Sofia sambil tertawa kecil
"Okla aku nak mandi ni bye!".ucap Aisyah
"Aku pun byee!"
Talian pun dimatikan
Sofia lantas meletakkan telefon nya semula atas katil dan mengorak langkah ke arah penyidai tuala nya lalu diambil...gadis itu baru sahaja ingin masuk ke dalam tandas tiba tiba telefon nya berdering minta di angkat
"Sapa lagi call ni?".ucap Sofia kemudian melihat nama siapa yang tertera pada skrin
"Eh mummy!"
Lantas panggilan diangkat
"Assalamualaikum mummy ye ada apa?"
"Waalaikumussalam...erm Sofia ada dekat rumah tak sekarang?"
"Ada je kenapa mummy?"
"Pergi siap sekarang mummy nak bawa Sofia pergi fitting baju nikah, terus kita pergi tengok hall untuk wedding kamu dengan Mikhael nanti"
"Ha?? sekarang?!". kata Sofia terkejut cepat bebenor
"Ye sayang sekarang"
"Ta-tapi mummy jauh la dari rumah mummy nak ke rumah Sofia nanti mummy letih...apa kata---"
"Mummy depan rumah kamu dah sayang"
Belum sempat Sofia menghabiskan kata-katanya puan Sri Dalila sudah memintas... dia tidak salah dengar kan??dah sampai??Lantas gadis itu berlari ke arah balkoni luar dia melihat ke bawah ternyata benar!Ada kereta Alphard hitam hari itu parkir depan pagar rumah nya
"Erk ba-baik mummy Sofia siap sekarang...bagi masa 20 minit boleh?"
"Boleh...mummy tunggu je"
"Thank you mummy"
Terus panggilan ditutup..gadis itu melepaskan keluhan panjang,sekarang dia sudah tahu Mikhael ikut perangai siapa suka sangat tiba tiba muncul membuat kejutan...ha faham faham la eh terkutuk mak mertua pulak maaf!
Gadis itu pun masuk ke dalam tandas semula, niatnya cuma ingin membersihkan diri tak sangka dia perlu mandi untuk keluar atas urusan penting hari ini...setelah selesai mandi dia pun memilih jubah berwarna unggu cerah sebagai pakaian nya untuk keluar hari ini... dikenakan bersama shawl berwarna cream bagi dia itu nampak sangat sepadan...diambil minyak wangi nya lantas disembur sedikit,terus beg tangan dan telefon nya di ambik lalu bergegas turun ke bawah
YOU ARE READING
HIDDEN SOULMATE
RomanceSOFIA ARABELLA gadis yg menutup auratnya dengan sempurna dan sangat menjaga agamanya dipandang remeh sesetengah masyarakat akhir zaman...namun apa yang disangkakan mata mata dunia di luar sana gadis ini mempunyai latar belakang yang sangat indah sep...