BAB 15

6 0 0
                                    

Dirinya ke hulur ke hilir tidak tenang...sekejap duduk kemudian bangun semula.. adakah terlalu awal untuk dia lakukan?tapi kalau dia terlambat dia juga menyesal tapi tiada guna lagi kalau ingin sesal kemudian hari

"Arghh aku kena mulakan jugak!"

Lantas Mikhael keluar dari bilik nya dan mula turun ke bawah dimana mummy dan daddy nya berada...mereka sedang menonton televisyen,kemudian dia duduk bersebelahan puan Sri Dalila atas sofa mewah tersebut

"Mummy daddy ada benda mika nak bagi tau ni"

Serta merta dua orang tua itu berpaling ke arah nya menanti apa yang ingin dikatakan

"Apa dia?".Soal puan Sri

"Esok Mika dah booking kan Spa untuk mummy package special punya termasuk dengan facial also body scrub"

"Wow! Seriously???". Soal wanita itu teruja

"Yes mummy...daddy pulak Mika dah booking kan tempat boek punya untuk main golf,ada jugak kawan kawan daddy nanti join sekali "

"Amboi baik betul booking kan untuk mummy daddy...ada apa apa ke ni?".Soal Tan Sri Saifullah berbaur sindiran

Lelaki berusia itu sudah dapat bau Mikhael seolah olah ingin kan sesuatu,macam la dia tak kenal anak teruna itu

"Hehe ermm mummy daddy sebenarnya nak minta tolong sikit"

Mereka saling berpandangan sebelum memandang ke arah Mikhael

"Minta tolong apa tu?".soal mereka serentak

"Ha-hantarkan rombongan Mika untuk seseorang..."

Terus terbuntang mata mereka,Tan Sri yang sedang minum air itu terus tersedak...rombongan?!anak mereka ingin meminang siapa??kenapa cepat sangat?

**************

Sedang gadis itu tidur diulit mimpi indah,jam baru sahaja menunjukkan pukul 8 tiba tiba telefon nya berdering minta diangkat segera...Sofia yang masih matanya memberat itu abaikan panggilan tersebut dan akhirnya telefon nya senyap

KRING KRING!!!

lagi sekali dia berdering,kali ini Sofia mengalah dia membuka matanya sedikit lalu meraba raba mencari telefon nya di atas katil,di skrin tertera ECAH ANAK MONYET❤️ lantas panggilan itu diangkat

"Hm...apa".Soal Sofia yang masih mengantuk

"Lahhhh kau tido lagi ke pagi dah ni!!"

"Ishhh takyah la jerit aku tak pekak lagi la"

"Hehe wei jom keluar aku bosan la"

"Serius la sekarang jugak ke"

"Eh tak la tahun depan,itu aku call Harini sebab tahun depan baru nk keluar". Sindir Aisyah kepada nya

Lantas Sofia membuka matanya lalu duduk dari pembaringan...anak matanya di putarkan ke atas perli dia la tu...tapi baru sahaja jam 8 awal lagi

"Aku tanya je takyah la perli perli"

"Ha kalau tanak aku perli jom!siap sekarang aku ambik kau lagi 40 minit"

Tiba tiba kedengaran dengkuran halus dihujung talian,Sofia menongkat dagunya sehingga terlelap dek kerana masih mengantuk,suara sahabat nya itu seperti mendodoi dia untuk ketiduran..Aisyah yang mendengar nya terus mengetap gigi geram

"SOFIA ARABELLA BANGUNNN!!!!"

ingin sahaja telinga Sofia terkeluar segala isi di dalam bahkan tercabut sekali

"Yeeee yeeee aku bangun la ni!Yela aku siap sekarang".Jawab Sofia sambil merengus kecil

"Siap tau!!jangan tido lak!!"

HIDDEN SOULMATE Where stories live. Discover now