Sofia duduk di tepi birai katil sambil mengeringkan rambutnya yang separas pinggang itu..rambut Sofia lurus dan berwarna keperangan maklumlah Tuan Ibrahim kan orang UK jadi ada la genetik nya,yang penting perangai setan tidak ikut ye!
Setelah mengeringkan rambut telefon nya dicapai lalu melihat ada missed call daripada nombor telefon tidak dikenali nya...seingat Sofia nombor Mikhael semalam tu pun dia tak sempat simpan lagi jadi dia syak nombor itu juga nombor Mikhael
Lantas Sofia menekan nombor tersebut untuk menelefon semula...kali ini gadis itu ingin berkeras dengan Mikhael dia mahu pertunangan nya dilambatkan sedikit,akhirnya talian disambung kan
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Pakcik tua!!Kalau awak call saya sebab nak bincangkan hal semalam saya minta maaf saya sibuk!"
"Waalaikumussalam...Hal semalam?Sofia mummy ni"
Terus tersentak Sofia tatkala mendengar suara orang lain...habistu nombor semalam dengan yang ini tak sama la?!!
"Eh pu-puan Sri sa-saya minta maaf saya...erm sa-saya..."
"Takpe mummy faham kamu fikir yang call ni Mikhael ye"
Terus terdiam seribu gadis itu...wajahnya tak usah dikata merah seperti tomato menahan malu!Sudahlah dia panggil anak Puan Sri itu pakcik tua arghhh
"Erk...ha-haah puan Sri,saya minta maaf"
"Mummy ganggu kamu ke sayang.."
"Eh tak tak saya free je ni"
"Tadi kamu kata sibuk?"
"Eh takdela tadi je sekarang dah settle dah..ada apa puan Sri call ni?".Ujar Sofia sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal
Dia berkata sibuk tadi kerana tidak ingin Mikhael ganggu tak sangka pula yang menelefon itu Mak kepada Mikhael haish buat malu je
"Mika bagitau mummy yang semalam dia dah berbincang dengan kamu dia nak langsung kan majlis pertunangan minggu depan...dan dia juga cakap yang kamu dah bersetuju betul ke?"
"Ha?!Ke-kejap ye Puan Sri.."
Lantas butang mute pada skrin telefon itu ditekan
"AAAAAAAAAAA SUKA HATI KAU JE TENTUKAN TARIKH DASAR PAKCIK TUAAA DAHLA PEKAK TAK SEDAR DIRI EYYYY!!!!"
Setelah puas dia menjerit melepaskan geram pada Mikhael,lantas butang mute itu ditekan semula
"Ha-hai puan Sri maaf ada hal sikit tadi"
"Hal apa tu??kalau sibuk takpe mummy call nanti je"
"Eh bukan bukann...tadi ada lipas jantan besarrr dia kacau Sofia!"
"Lahh lipas...boleh tau eh jantan ke betina?".Soal puan Sri Dalila kehairanan
"Hehe Bo-boleh puan Sri,kita cakap pasal apa tadi ye?"
"Oh ye mummy tanya betul ke kamu bersetuju untuk langsung kan majlis pertunangan tu minggu depan?"
"Setuju puan Sri...selagi tidak menyusahkan pihak keluarga Puan Sri saya ikut je"
Kalau ikut kan hati ingin sahaja dia berkata tidak setuju dan anaknya yang sesuka hati tentukan tarikh!!Tapi disebabkan dia nampak wajah Puan Sri Dalila itu sudah teruja mendapat tahu yang Sofia akan jadi bakal menantu nya terus gadis itu batalkan niat nya
"Eh tak susah mana pun la...esok Sofia free?"
"Free in Sya Allah kenapa Puan Sri?".Soal Sofia sambil berkerut dahi
"Nak bawak kamu pergi fitting baju tunang..ajak mama kamu sekali ye"
Terus terkejut gadis itu...cepat betul esok terus nak cuba baju tunang??betul betul gelojoh pakcik ni
YOU ARE READING
HIDDEN SOULMATE
RomanceSOFIA ARABELLA gadis yg menutup auratnya dengan sempurna dan sangat menjaga agamanya dipandang remeh sesetengah masyarakat akhir zaman...namun apa yang disangkakan mata mata dunia di luar sana gadis ini mempunyai latar belakang yang sangat indah sep...