🌼 BAB 11

9K 374 12
                                    

"Majlis nak mula dah, boleh tak Aara bawakan cupcake ke arah birthday boy tu? Sambil tu kita semua nyanyi okay?" cadang Kamilah.

Terpinga-pinga Aryssa. Berdebar. Dah kenapa aku pula yang kena bawa cupcake ni? Getus hati Aryssa tidak berpuas hati. Aku ni dah lah pemalu orangnya. Halah halah.

"Err, Raifa mana Dr? Kalau Raifa tolong bawakan boleh? Takpun, birthday boy Dr tak ada girlfriend ke? Boleh minta girlfriend dia bawakan. Please please Dr." Aryssa merapatkan kedua tangan di hadapan mukanya merayu.

"Tak ada girlfriend lagi anak lelaki mama tu sayang. And please, call me mama. Tak nak lah Dr Dr," tegur Kamilah lagi.

"Dah jom jom. Lewat dah ni," gesa Kamilah.

Terkial-kial Aryssa membawa cupcake yang sudah bercahaya dek api lilin yang dicucuknya tadi.

Perlahan langkah Aryssa membawa cupcake tersebut berhati-hati supaya api lilin tidak terpadam.

'Slow and steady Aryssa... ni kalau jatuh, sumpah aku buat-buat pengsan je nanti,' getus hati Aryssa.

Tepat Aryssa sampai di hadapan birthday boy, lagu juga habis dinyanyikan.

"Tiup Abang Lee!" jerit adik kembar lelaki itu.

Terpana Ku Adlee.

Mata itu.

Mata bercahaya itu.

"Aara Aryssa..." perlahan suara dalam Ku Adlee menyebut nama wanita di hadapannya itu.

'Oh gosh. Those eyes on me right now.. I can't think, I can't think.' Panik Ku Adlee seketika.

Ternganga Aryssa melihat wajah tampan di hadapan yang juga jelas terpampang riak terkejut melihat dirinya.

'Ku Adlee Raiz...' tertelan air liur Aryssa.

Terdiam mereka berdua merenung sesama sendiri.

Tersentak Aryssa apabila Kamilah memegang bahunya bagai mahu menyedarkan mereka berdua. Tidak perasan langsung ketika semua menyanyikan lagu hari jadi, ada menyebut nama penuh lelaki itu.

Gabra punya pasal, telinga pun tak function.

"Lee, tiup lilin. Ya, mama tahu Aara cantik menarik tertarik kau memang dabomb... tapi sebelum tertarik lebih-lebih tu, sila tiup lilin dulu," gurau Kamilah.

Mengecil sahaja mata Kamilah memandang anak lelakinya merenung Aara Aryssa.

Dek kerana nervous melampau, dengan Aryssa sekali meniup lilin serentak dengan Ku Adlee.

Aryssa tersedar dan membuntangkan matanya kerana terkejut dengan tindakannya itu.

"Opss! Sorry, tertiup sekali!" jerit kecil Aryssa menggelabah. Ketawa kecil Ku Adlee melihat keletah Aryssa.

"Tak apa, aku suka," jawab Ku Adlee sambil mengenyit sebelah matanya pada Aryssa. Gembiranya rasa hati melihat wanita pujaan datang bergolek di hadapannya. Jodoh ke ni?

Tersenyum-senyum Kamilah di sebelah Aryssa melihat reaksi positif dari anak lelakinya itu.


Sepanjang majlis, puas Aryssa cuba menjauhkan diri dari Ku Adlee. Rapat dia mengikut bontot Kamilah ke sana sini.

Sekejap-sekejap dia duduk bersama Raifa, sekejap dia duduk bersama si kembar Raina dan Raisa. Ada masa dia ke dapur membantu Yanti dan Tina membasuh cawan dan pinggan yang telah digunakan oleh tetamu.

Dikerling jam di dinding dapur, 9.30 malam. Aduh, lewat dah ni. Risau juga dengan uminya di rumah. Selalu waktu begini uminya sudah masuk ke bilik untuk tidur. Harap Aihan boleh teman umi tidur sebelum dia sampai ke rumah.

Puas Aryssa mencari Kamilah di serata rumah agam itu.

"Kak Aara cari apa tu?" Raisa menegur dari belakang.

"Err, mama mana ya? Kak Aara nak balik ni sebab dah lewat," jawab Aryssa sambil membuka aplikasi grab di telefon bimbitnya untuk book ride ke universiti bagi mengambil keretanya yang ditinggal di sana.

"Mama solat kejap. Alah, Kak Aara tak tidur sini ke? Lewat dah ni," berkerut dahi Raisa risaukannya.

"Akak kena jaga umi akak dekat rumah. Risau tinggal lama-lama. Kalau Raisa tolong bagi tahu mama nanti boleh? Akak balik dulu. Nanti akak mesej mama juga," pesan Aryssa. Raisa mengangguk dan meminta Aryssa untuk berhati-hati.

"Kau nak balik Ryss? Jom aku hantarkan."

Tersentak Aryssa apabila rapat Ku Adlee berdiri di belakangnya. Laju Aryssa berpusing dan mengundur selangkah kebelakang untuk mencipta jarak antara mereka.

"Eh, tak apa. Aku dah book grab. Tak payah susah-susah Ad," balas Aryssa sambil mencapai sling bagnya di kerusi makan dapur.

"Jangan degil, nanti mama marah aku sebab biar kau balik sendiri. Jom, kereta kau dekat U kan?" tanya Ku Adlee.

Aryssa menganggu lemah. Terpaksa bersetuju dan terus membatalkan grab yang telah ditempahnya tadi.

Terbuntang biji mata Aryssa melihat kereta kepunyaan birthday boy ini. Jauh beza Audi RS Etron GT dengan Axia miliknya.

'Kah! Bertambah insecure aku dibuat mamat ni.'


Sepi suasana di dalam kereta Ku Adlee. Sorang mamat freezer, sorang lagi minah tertelan jongkong emas sejak lahir. Cengkerik pun jadi malu nak krik krik kalau macam ni dia punya sepi.

10 minit berlalu, Ku Adlee berdehem bagi memecah kesunyian.

"Kau rupanya yang mama selalu cerita tu," ujar Ku Adlee perlahan.

"Dr cerita apa pasal aku?"

"Emm, pasal dia rapat dengan sorang student ni, baik, cantik, selalu tolong dia, teman dia. Dia sampai anggap kau macam anak dia sendiri dah," balas Ku Adlee.

Aryssa tersenyum nipis.

"Nasib baik yang elok-elok je Dr cerita. Yang aib-aib biar kitorang je lah yang tahu." Tergelak Ku Adlee di sebelah.

"By the way, cupcake kau buat sedap sangat. Rupanya cupcake yang mama order selama ni, dari air tangan kau," puji Ku Adlee sambil tersenyum. Terserlah lesung pipit panjang di pipi kiri Ku Adlee.

'Ya Allah, indahnya ciptaan tuhan. Apa ke handsomenya dia ni dari dulu sampai sekarang.'

'Waktu mengandung mak dia makan kismis banyak ke? Eh, tu untuk otak. Nak dapat handsome ni kena makan apa ek?'

Jauh melalut fikiran Aryssa sambil merenung sisi wajah Ku Adlee yang sedang khusyuk memandu di sebelahnya.

Melihat Ku Adlee memakai baju melayu bersama seluar jeansnya, teringat memori mereka berbaju warna sedondon setiap kali di dalam kelas prep.

Ku Adlee menoleh sekilas ke arah Aryssa di sebelahnya. Lah tenung muka aku macam nak tembus. Ada comot ke pipi aku ni?

Tangannya cuba mengelap pipi kot-kot ada cili sos ke apa.

Bersih.

Dia memetik jarinya di hadapan wajah gadis itu. Tersentak Aryssa dibuatnya. Terus dipalingkan wajah ke arah luar tingkap.

'Ya, Allah malunya! Kantoi usyar orang sebelah. Kerja tak clean Aryssa!' Aryssa mengetuk perlahan dahinya.

"Kau berangan apa Ryss tengok muka aku? Ya, ni aku. Sama je macam 10 tahun lepas. Tak ada yang berubah pun. Kau je yang banyak berubah," ujar Ku Adlee.

"Mana ada aku berubah. Aku pun sama je dulu dengan sekarang," jawab Aryssa.

Mencebik Ku Adlee mendengar jawapan Aryssa.

"Dulu cantik... sekarang lagi cantik, jelita, menarik, tertarik kau memang dabomb bak kata mama," usik Ku Adlee.

Terlepas tawa Aryssa diselangi tawa Ku Adlee mengenangkan ayat Kamilah tadi.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now