Prolog

1.6K 27 0
                                    

Khayla tekun menaip sesuatu pada keyboardnya.

"Khayla,bos kesayangan kau nak jumpa!"

"Uish Ya Allah!" Khayla mengurut-urut dadanya beberapa kali.

Zahra ni memang! Bukan reti nak ketuk pintu dulu . Ka bagi salam dulu ni tak,main terjah ja. Mujur jantung aku masih sihat walafiat. Kalau aku terkejut lepastu terlentang sapa nak tanggung.

"Hai, Cik Zahra, berapa kali aku nak bagitau yang kau kena masuk ketuk pintu dulu.Kalau masuk macam tu ja, buat nanti aku pengsan macam mana ? Kau ni agak-agak la...Kalau tak mahu bercerai nyawa aku dengan badan tau tak?"sengaja Khayla mengusik.

Tapi betullah.Kalau aku pengsan sapa nak buat CPR mulut ke mulut ? Zahra?
Eee..taknaklah.

Zahra adalah partner sekerja Khayla yang paling rapat. Sebaya pulak tu. Meskipun Zahra bekerja di bahagian juruukur bahan dan Khayla bekerja di bahagian arkitek keserasian menjadikan mereka akrab.

Dah dua tahun mereka bekerja di syarikat milik Dato' Adnan yang kini diambil alih oleh anak Dato' Adnan, Qays Luqman.

"Eh! Jangan macamtu pulak.Kesian Encik Qays bos kita tu.Dalam ramai-ramai arkitek dekat syarikat ni, aku tengok dia duk syok kat kau tau tak? Sikit-sikit panggil kau. Aku ni punyalah lawa macam Amelia Anderson dia tak pandang langsung. Hazirul yang kerja sama bahagian dengan aku pun suka kat kau tau tak? "Zahra tersengih.

Dia kelihatan begitu anggun dengan memakai baju kurung kosong berwarna purple.

"Pandailah kau ni kan?Suka sangat membawang. Patutlah si Atikah panggil kau Makcik Bawang hehehe" Khayla tergelak kuat. Padan muka kau ! Asyik nak menyakat aku je kan.

"Sampai hati kau Khayla, aku ni kawan kau tau. Dahlah pergi jumpa Encik Qays, nanti bos marah baru tau. Eh, takkan dia nak marah kau pulak dia kan sayang kat kau."Zahra mengenyitkan mata nakal kepada Khayla.

Suka melihat wajah kawannya yang blushing apabila diusik. Comel!

"Kau ni Zahra, nanti orang lain dengar, salah paham pulak! Kau jangan buat taktau pulak. Aku cuma sayang kan Abang Hakkim aku jeee. Datanglah seribu lelaki  macam Encik Qays aku takkan heran. For your information, Encik Qays dah ada si Dahlia tau. Tu baru dia punya taste."

"Dahlia tu? Meluat aku tengok dia! Pakai baju tak cukup kain nama ja ada boyfriend si Encik Qays yang kaya. Aku yang perempuan ni pun nak tersembul bijik mata tengok dia. Kau nak pergi jumpa Encik Qays kan? Pergilah cepat. Nanti kau kenyit mata sikit kat dia kut-kut falling in love bila tengok kau kenyit mata .Hehehehe. Boleh jadi wife boss."Zahra tak jemu gelak. Khayla yang jemu nak layan Zahra.

"Ish apa kau kata? Takpelah, nanti aku tau nak buat apa dekat kau ye Zahra. Aku nak pergi jumpa Encik Qays kejap." Khayla pantas berlalu. Baik aku cepat nanti pakcik tu marahlah pulak. Dia dahlah marah sekali rupa macam singa.

-Qaysla-

"Sikap berubah mengikut keadaan."
- Khayla

DIA YANG TERBAIK UNTUKKU  | OGWhere stories live. Discover now