"Syarat untuk tidur bersama?" Khayla membuat wajah polos. Berkelip matanya melihat Qays.
"Ha?!"
Bergema jeritan suara lelaki di hadapannya. Satu pejabat mendengar.
"Apa yang kau merepek ni?" soalnya.
Qays membetulkan tali lehernya. Terasa bahang pula bilik. Dia mengipaskan muka. Khayla membetulkan tudung. Senget akibat dicengkam dagu.
"Aku nak buang kau."
"Buang? Buang saya untuk apa?" soalnya. Cakap ayat tak habis macam mana nak faham ni.
Khayla menggaru kepalanya.
Keluhan dilepaskan. Penat jugak layan isterinya. Eh? Isteri? Sejak bila dia mula mengaku perempuan ni isterinya?
"Aku nak pecat kau, takkan tu pun tak faham? Kemas barang kau dan berambus dari syarikat ni." dingin.
Tanpa perasaan kesal atau bersalah, dia sewenang-wenangnya memecat pekerja paling terbaik di syarikatnya. Secawan kopi diambil. Dia meminum sedikit. Hilang dahaga.
Khayla menjegil mata. Terkejut.
"Apa? Habistu macam mana saya nak cari duit lepasni? Kalau saya tak cari duit nanti saya nak sara diri macam mana?" Bertalu soalan diajukan.
Qays tersenyum sinis. Dia melihat Khayla yang merayu padanya. Ini yang dia mahukan. Rayuan.
"Lantak kaulah, aku tak kesah. Yang aku kesah, kau dah tak diterima di sini. Syarikat aku. You have been fired!"
Gadis itu berjalan pantas menuju ke Qays. Dia taknak dipecat. Tangan memegang kot milik Qays.
"Tolong awak, tolong jangan pecatkan saya. Saya merayu sangat. Sekurangnya bagi saya peluang."
Habis dicengkam sedikit baju kot. Qays hanya melihat tangan Khayla dengan perasaan kosong.
"Takkan."
Khayla melepaskan cengkaman. Dia berdiri tegak kembali. Kali ni, dia melampau.
"Hargai saya selayaknya Qays. Sekurangnya hanya atas dasar berperikemanusiaan."
"No perempuan gila, kau hancurkan impian aku. Aku takkan layan kau dengan baik. Takkan."
Khayla menghentakkan kaki. Dia berlari anak menuju ke pintu. Pintu ditutup rapat.
Pakk!
Hempasan kuat menyebabkan pintu pejabat Qays berbunyi kuat.
"Dah pandai tunjuk taring?"
Qays mematahkan pena hitam di tangannya.
Diambil kotak kosong bawah meja, dia mengemas mejanya. Cawan dan buku disimpan.
Zahra dan Puan Anisa menuju ke arahnya.
"Kenapa ni? Kenapa kau kemas barang kau?" soal Zahra.
"Aku kena buang kerja."
Zahra dan Puan Anisa terlopong. Betul apa yang didengari? Tak salah dengar kan? Mereka berdua memandang antara satu sama lain.
- Qays Luqman -
"Semua salah aku, kalau aku betul-betul cakap yang aku tak bersalah mesti tak jadi macam ni." ucapnya.
Kotak diangkat memasuki bilik. Dia mengangkat secara perlahan-lahan. Berat juga. Diletakkan di tepi almari.
Berat hatinya mendapat pecat dari Qays. Langsung lelaki itu tidak memberi peluang.
Punggung dilabuhkan di atas katil. Penat lelah dia mengangkat lima kotak miliknya. Peluh yang menitik dilap.
YOU ARE READING
DIA YANG TERBAIK UNTUKKU | OG
Lãng mạnKarya kedua. Pada mulanya hidup Khayla Nafeesa penuh dengan warna warni. Suasana hidupnya yang ceria dapat menjadikan hari-harinya indah. Satu perkara. Ya, perkara yang mengubah keseluruhan hidup Khayla Nafeesa. Qays Luqman seorang lelaki yang penu...