Qaysla | 22

267 6 0
                                    

Buku yang habis dibaca terletak atas meja. Jemari menarik selimut sehingga ke paras dada. Suhu yang sejuk menusuk ke tulang hitam.

"Sejuk?"

Qays menaikkan suhu penghawa dingin.

Khayla cuma berdiam diri.

Jejaka itu mendekati dirinya. Dia menapak duduk di atas kerusi sandar bersebelahan katil.

"Maafkan saya. Saya dah banyak buat salah."

Qays menarik tangan Khayla. Dia mengucup tangan pemilik isterinya. Halus. Wangi.

Khayla melihat wajah Qays. Bergenang air mata lelaki bergelar suami pada dirinya. Terbolak balik untuk dia maafkan. Tidak setimpal dengan perkara dia pernah rasakan selama ini.

Tidak adil.

"Abang tahu Khayla tak boleh maafkan abang. Abang betul-betul menyesal. Abang harap sangat sayang maafkan abang."

Mengalir air mata ke pipi. Qays merayu padanya. Agar hati Khayla lembut untuk memaafkan dirinya yang sentiasa mendengar bisikan syaitan.

Khayla cuma merenung kosong.

Dia masih ingat setiap butir kata doktor tempoh hari.

"Puan Khayla mengalami pasca trauma yang teruk atau lebih pendek lagi iaitu PTSD. Akibat trauma yang melampau, mental Puan semakin merosot. Saya harap Puan bersabar."

Kata doktornya lagi, dia kemungkinan akan mengalami amnesia sementara kerana kenangan buruk yang berlegar di minda.

Terasa hangat tubir matanya, Khayla menutup rapat mata. Mengalir deras air mata kerana sakit yang dia rasakan.

"Sayang, maafkan abang ya? Abang menyesal. Abang janji lepas ni abang takkan pukul sayang lagi."

Lima jari mengangkat sumpah.

Qays dengan penuh berharap isterinya memberi ampunan sedaya upaya meminta maaf.

"S-saya m-maafkan."

Qays berdiri dan cuba memeluk Khayla.

Baru dia hendak menepis, lelaki itu dah memeluk dirinya.

"Terima kasih sayang. Abang janji akan jaga sayang."

'Jaga?'

- Qays Luqman -

"Encik Qays Luqman, terima kasih kerana berjaya laksanakan projek ini. Saya sebagai founder Aisya Perfume berbesar hati untuk bekerjasama dengan syarikat Encik."

Aisyah tersenyum. Dia cuma memberi isyarat menunduk seketika.

Qays pun menunduk juga. Selang satu saat dia berdiri tegak. Tali leher dibetulkan.

Memang trend ek perempuan suka menunduk? Tak salam langsung?

Sombong betul!

"Saya pun mengucapkan terima kasih sebab Cik Aisyah tetap menyokong syarikat kami."

Marissa dan Rania bertembung mata dan tersenyum.

Mereka berdua makin rapat semenjak syarikat majikan mereka berkerjasama.

"Maafkan saya Cik Aisyah, Cik ada mesyuarat bersama influencer sebentar lagi." seloroh Marissa.

Aisyah mengangguk. Dia memandang Qays dan bersuara.

"Saya minta izin diri dulu. Nampaknya saya pun semakin sibuk. Saya harap saya dapat berkerjasama lagi dengan Encik selepas ini."

DIA YANG TERBAIK UNTUKKU  | OGWhere stories live. Discover now