"Apa!?Ma takkanlah takde idea lain."betapa terkejutnya Qays dan Khayla mendengar jawapan yang dikeluarkan dari mulut mamanya.
"Datin saya tak nak..."betapa hancurnya hati Khayla apabila mendengar jawapan daripada Datin Afifah.
"Papa rasa ni jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ni. Maafkan Dato', ini jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ni,Dato' harap Khayla boleh terima semua ni demi menyelamatkan air muka , maruah kami sekeluarga dan Adnan Holdings." Dato' Adnan memberi keterangan kepada pekerjanya.
Beliau tahu kes ni bukan salah sesiapa pun.
"Tapi pa...Qays tak nak kahwin dengan dia pa."rayu Qays.
"Cuba kamu dengar kata papa dan mama,kalau gambar ni viral lepastu semua klien tolak untuk berurusan dengan kita.Kita dah takda pencarian dah,lepastu kita semua merempat dekat tepi jalan mengemis..kamu nak?" Adnan betul-betul tidak tahu untuk memikirkan jalan penyelesaian.
"Hmm.."Mati kata Qays. Dia juga tak tahu untuk memikirkan jalan penyelesaian.
"Macam mana kamu setuju?"tanya Datin Afifah kepada anaknya.
"Okay"itu yang keluar dari mulut Qays.
'Hah!Dia boleh kata okay ja!Dia ingat aku ni tak dak hati dan perasaan ka?'terbuntang mata Khayla apabila Qays hanya setuju kata-kata Datin Afifah.
"Khayla?Kamu setuju tak?Tolonglah Khayla untuk kali ni je.Lepas kes gambar tu selesai kamu berdua boleh bercerai." beriya-iya Datin Afifah ingin masalah ini selesai.
Khayla melihat wajah Datin Afifah yang mengharapkan jawapan 'Ya' daripada mulut Khayla. Lalu dilihat wajah Dato' Adnan yang banyak membantunya.
Selepas itu, Khayla melarikan pandangan ke arah Qays yang sedang melayan
Iphonenya.'Mestikah aku terima,macam mana dengan ibu,ayah dengan Aryssa? Macam mana dengan Hakkim, dia adalah tunang aku? Tak kecewa ke diorang? Ya Allah betapa beratnya ujian yang kau beri padaku..Diorang setuju ke? Tapi Datin Afifah kata perkhawinan ni dirahsiakan jikalau aku dan Qays setuju.
Khayla mengeluh seketika. Lidah terasa berat untuk menyampaikan jawapan.
"Datin,Dato'. Saya terima." betapa beratnya hati Khayla ingin menerima jawapan daripada mulutnya sendiri.
'Bagaimanakah layanan Qays kepada aku ketika aku bergelar isterinya.Adakah seperti tadi?'
"Terima kasih Khayla,Datin tak tahu nak balas budi Khayla macam mana."kata Datin Afifah.Khayla hanya mengukirkan senyuman palsu kepada Datin Afifah.
"Papa targetkan minggu ni juga Qays kahwin iaitu hari Sabtu. Lagi cepat lagi bagus."
Khayla dan Qays hanya mengganguk.
'Tolonglah Ya Allah,tolong aku tempuhi hari-hariku bersama dia. Dia berdoa di dalam hatinya moga dipermudahkan urusannya.Hakkim, Khayla minta maaf sebab terima pinangan Datin Afifah. Khayla terpaksa.'
Tidak tahan melayan perasaannya sekali lagi Khayla menangis tetapi kerana Hakkim.
Khayla Nafeesa
Hakkim memandu dengan laju. Dalam fikirannya hanya ada Khayla. Hakkim jelas mendengar jeritan seseorang di dalam panggilan sebentar tadi dan dia tahu Khayla dalam kesusahan.
Bunyi hon kereta beberapa kali kedengaran namun Hakkim tidak mengambil peduli. 'Tunggu aku Khayla,' desis hati Hakkim. Hakkim terus memecut.
Tanpa disedari,lampu isyarat telah bertukar merah.
Dumm! !
Pandangan Hakkim terus gelap.
Qays Luqman
Khayla terus memarkir keretanya di tingkat bawah apartmen miliknya. Mujurlah kawasan ini berpagar dan diawasi oleh pengawal yang beroperasi 24 jam. Dia masih lagi trauma dengan kejadian tadi.
Khayla melangkah longlai ke tingkat tiga. Sebaik sahaja membuka pintu, Khayla merebahkan diri di atas sofa.Air mata berjuraian di pipi.Bagaimanakah aku hendak jelaskan segalanya pada
Hakkim?Apakah reaksi Hakkim setelah dia mengetahui hal yang sebenarnya?Getaran telefon di meja menghentikan lamunan Khayla. lbu Rina?
"Assalammualaikum, Khayla"kedengaran suara yang amat dikenali Khayla, Puan Rina. lbu Adam.
"Waalaikumussalam,lbu Rina." Khayla gagal menahan perasaannya.Air mata berjuraian lagi.
"Khayla dah tahu ye nak?Bawabersabarlah. lbu Rina pun tak tahu kenapa Hakkim keluar tergesa-gesa tadi. Kita doa yang baik-baik,moga perkara buruk kita hindarkan."tenang suara Puan Sarina bertutur.
"Hakkim?Kenapa dengan Hakkim, ibu? Jantung Khayla berdegup laju. Ada sesuatu terjadi kat Hakkim?
"Hakkim kemalangan nak, lbu cuba nak panggil dia sebelum dia keluar tapi dia dah pecut
kereta. Tiba-tiba, hospital call ibu kata Hakkim kemalangan. Khayla tak tahu ke?"Khayla menekup mulutnya. Air mata bercucuran. Sebak.
"Ibu ,kenapa banyak dugaan bertalu-talu datang dekat Khayla?"teresak-esak Khayla menangis.
"Ya Allah,kenapa ni Khayla?"
"Ibu, Khayla tak tahu nak cerita macam mana kat ibu."
"Kenapa ni Khayla? Kenapa Khayla menangis macam ni? Cuba Khayla beritahu, ibu sedia mendengar."
"Ibu, ibu kat mana? Khayla nak jumpa ibu."
"Ibu kat hospital ni Khayla ,sekarang dah pukul dua pagi. Bahaya Khayla keluar larut malam. Esok kita jumpa ye.Esok sajelah Khayla."Lembut suara Puan Sarina memujuk Khayla.
"Tapi.. buu."
"Ibu harap Khayla dengar cakap Ibu. lbu tak mahu jadi apa-apa kat Nafisa pula. lbu sayangkan Khayla .Apa-apa pasal Hakkim ibu whatsapp atau call je ye nak? Boleh kan Khayla? lbu risau Khayla drive seorang diri malam ni. Bukan ibu larang, ibu tak larang Khayla melawat Hakkim. lbu cumakan risau akan keselamatan Khayla. lbu sayang kan Hakkim macam Ibu sayang kan Khayla." terang Puan Sarina.
"Okay bu, Khayla pergi esok ye? Nanti ibu update apa-apa dekat Khayla. Khayla risaukan Hakkim."
Aku takkan biarkan pokok pisang berbuah dua kali.
"Macamni lah ibu suka, assalamualaikum."
"Waalaikumussalam bu," telefon itu diletakkan kembali di atas meja. Khayla harus tenangkan dirinya. Khayla mengambil wuduk.Dia menunaikan solat istikharah untuk menenangkan jiwa yang resah.
Seusai solat, Khayla melihat sejambak pasu bunga ros biru di atas meja kerjanya.
Hakkim yang menghadiahi bunga ros itu. 'Hakkim maafkan Khayla , Khayla terpaksa' Khayla mengalirkan air mata yang entah berapa kali. Aku tak kuat Ya Allah..
- Qaysla -
"Jangan uji kesabaran seorang lelaki."
- Qays
YOU ARE READING
DIA YANG TERBAIK UNTUKKU | OG
RomanceKarya kedua. Pada mulanya hidup Khayla Nafeesa penuh dengan warna warni. Suasana hidupnya yang ceria dapat menjadikan hari-harinya indah. Satu perkara. Ya, perkara yang mengubah keseluruhan hidup Khayla Nafeesa. Qays Luqman seorang lelaki yang penu...