Khayla mengeluh perlahan. Mesejnya cuma dibaca. Dia segera meletakkan telefon di tepi katil dan segera bangun untuk memasak ramen karbonara kegemarannya. Bungkusan ramen diambil dari dalam rak. Dia memulakan memasak.
Segala bakatnya dicurahkan ketika masak. Khayla kalau bab memasak memang bakatnya. Terlintas kenangan lalu ketika dia memasak bersama Hakkim dan Ibu Rina.
Khayla pantas memotong bawang untuk ditumis. Hakkim mengambil bekas kecil. Dia menyuakan pada Khayla. Senyuman diberikan. Khayla menuang bawang siap dipotong di dalam mangkuk. Dia mengambil lobak merah pula untuk dipotong.
"Boleh potong carrot tu?" Hakkim bertanya. Bimbang jari Khayla terluka dek memotong sayuran agak keras.
"Of course boleh, ni Khayla kan. Semua benda boleh potong tau! Shing! Shing!" Ayunan pisau serentak dengan suara Khayla. Hakkim melihat gerak geri tunangnya. Macam kanak-kanak bermain peralatan tajam pula.
"Amboi jangan main macam tu. Nanti tangan terluka, saya jugak yang kena dengan Ibu." nasihatnya. Pisau diayun tadi diturunkan. Sengihan dilempar pada Hakkim.
"Hehehe, baik Encik Tunang!" Sebatang lobak merah dipotong perlahan.Tap tap. Hakkim mengambil ayam yang telah dipotong dan dibersihkan tadi. Secubit garam dituang pada ayam.
"Aduh!" Khayla menarik tangannya. Jari manis kiri terhiris dengan pisau.
Tunangnya membuka air pili singki. Khayla berjalan menuju ke singki dan mencuci luka. Pedih tak terkata. Dia pergi dari situ untuk mengambil peti kecemasan. Seketika kemudian, Hakkim kembali.
Luka dicuci lagi.
"Sakit lagi tak?"
Khayla mengangguk. Berdenyut luka hiris itu. Dia menekan sedikit jari untuk hilangkan rasa pedih. Hakkim menyapu ubat dan melekat plaster bercorak kartun.
"Awak, tinggalkan kerja memotong untuk saya. Biar saya yang buat. Awak tolong bagi bahan dan arahan untuk saya masak." nasihatnya. Lembut suara Hakkim memberi nasihat gadis itu. Jari halus berbalut dipandang lagi.
Sarina kembali ke dapur selepas memetik sayuran dan cili kecil. Dia terdengar perbualan anaknya dan Khayla.
"Betul tu Khayla, biar ibu Rina dengan Hakkim yang buat kerja berat. Khayla buat yang ringan saja, boleh nak?" soalnya.
Khayla mengangguk. Dia mengukir senyuman. Betapa beruntungnya dia mempunyai tunang dan Ibu Rina yang baik hati.
Tapi itu dahulu, sekarang dia perlu menjadi isteri kepada orang yang dia belum tentu kenal hati budinya lebih baik dari bekas tunangnya, Hakkim. Bau sesuatu yang hangit mencucuk deria bau Khayla.
"Alamak ramen aku!" Periuk yang memasak ramen itu menjadi kering. Ramen menjadi hitam. Khayla memegang telinga periuk. Serentak tangannya bereaksi.
"Aduh panas!" Dia memegang lengan kanannya sambil mencari kain. Satu kain tergantung di laci digunakan. Dia melapik dan meletakkan di dalam singki.
Nampaknya hasrat menjamah ramen terbatal. Satu keluhan dilepaskan.
- Khayla Nafeesa -
Laju tangan Qays membuka kunci pintu rumah. Dia menapak masuk dengan perlahan. Kasut diletakkan di dalam rak.
Kaki berjalan menuju ke anak tangga. Terus dia memikirkan apa yang dilakukan oleh Khayla malam ni? Dah tertidur atau melakukan kerja lain. Dia melangkah ke dapur. Tujuannya hanya memeriksa Khayla.
Pintu dibuka perlahan. Mata tertatap Khayla yang sedang terlena di atas katil. Dia menutup pintu kembali. Tampaknya Khayla hanya baik-baik saja.
Terus matanya terlihat satu periuk yang direndam. Hitam belegam periuk. Hangit rasanya. Dah besar pun tak pandai masak, getus Qays.
YOU ARE READING
DIA YANG TERBAIK UNTUKKU | OG
RomanceKarya kedua. Pada mulanya hidup Khayla Nafeesa penuh dengan warna warni. Suasana hidupnya yang ceria dapat menjadikan hari-harinya indah. Satu perkara. Ya, perkara yang mengubah keseluruhan hidup Khayla Nafeesa. Qays Luqman seorang lelaki yang penu...